Friday, September 26, 2014

Pendedahan berani ahli, PAS pecah tembelang di Selangor

Biarkanlah mereka membalun sesama sendiri. Kita tengok Pakatan Rakyat sekarang dah retak, tunggu nak terbelah saja. Semakin lama, semakin banyak pendedahan.

Senjata makan tuan... itulah istilah sesuai buat parti PKR dan PAS. Selagi mereka berjuang untuk dapatkan habuan untuk penuhkan isi periuk sendiri, selagi itulah mereka tidak akan puas telanjang-menelanjangi antara satu dengan yang lain.

Sebelum ini Presiden PAS mendedahkan Broker dan Barua dari puak Anwarinas, hari ini kita dihidangkan dengan pendedahan tembelang PAS di Selangor. Entah besok, entah lusa puak pro-presiden dan ulama dedahkan lagi wajah sebenar penentang-penentang mereka..

UMNO jangan gatal-gatal nak masuk campur, nanti bila mereka dah checkmate, orang kata ini semua permainan korang. Inilah drama politik yang paling sofisticated pernah kita lihat dalam sejarah. Ada kisah ahli pemimpin nak pecat presiden sendiri, penasihat ekonomi kena pecat, menteri besar kena pecat, exco negeri kena pecat, parti nak kena pecat..  Semuanya berlaku dalam satu episod sahaja.

Cuba tengok rakaman video, puak pakatan rakyat sedang mengagih-agihkan peluru untuk PRU14

Orang dalam pecah tembelang, punca utama kekalutan di Selangor tersebar!




Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.


1 comment:

  1. Kenapa dipertikaikan kalau orang lain percaya kepada pemimpin PAS............bukankah ini bukti org lain percaya bahawa pemimpin PAS lebih amanah dalam menjaga harta rakyat?

    ReplyDelete