Friday, March 28, 2014

PRK Balingian - Sabotaj DAP Terhadap Calon PKR Balingian Tersebar?! 

Kemelut dalaman pakatan rakyat sememangnya terjadi namun ianya sengaja disembunyikan demi mempertahan benang yang basah; terutama sekali pada PRK DUN Balingian ini-semuanya nampak manis, namun pahit derita hanya pihak dalaman parti yang merasanya.

Pagi tadi, krew kami terjumpa satu risalah yang mungkin agak mengejutkan rakyat di DUN Balingian, khasnya di Mukah. Jika dilihat dan dibaca, sememangnya agak tidak logik jika benar calon PKR untuk PRK Balingian ini berniat seperti yang dinyatakan dalam risalah di bawah.


Dari risalah di atas, benarkah calon PKR ingin mempejuang hak bumiputera untuk orang cina? Atau dengan makna lain, hak istimewa bumiputera akan dihapuskan? 

Memang benar perjuangan PKR adalah untuk keadilan, tetapi jika benar calon PKR ini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan bumiputera yang terdiri daripada palbagai kaum di Sarawak, PKR jelas sudah lari dari landasan politik. Jika bukan, siapakah yang membuat risalah ini?

Pada bulan lepas, 1 artikel kami telah dedahkan mengenai niat sebenar perjuangan DAP di Sarawak. Artikel tersebut menyentuh satu perkara serius iaitu berkenaan perjuangan DAP mendapatkan status bumiputera untuk orang cina dan india di Sarawak.



Anda boleh lihat di [SINI].

Satu blog milik jurucakap DAP, seorang pembantu khas kepada ketua DAP Sarawak, menyatakan secara terang-terangan bahawa "Sudah Masanya Status Bumiputera Diberikan Kepada Orang Cina dan India".

Satu perjuangan nyata bertujuan memecahbelah kaum di Sarawak, tetapi sehingga kini pemilik blog itu bebas menyebarkan fahaman rasis nya; dan beliau ada di Mukah sekarang.

Jika dikaji dari segi jentera dan arah sokongan, di Mukah khasnya mencatat sokongan untuk DAP lebih banyak daripada parti PKR atau PAS. Semua penyokong pakatan rakyat menjangkakan bahawa calon DAP akan bertanding di PRK Balingian. Namun apa yang berlaku, calon PKR pula yang kena.

Adakah kerana kekecewaan penyokong DAP mendorong mereka untuk melakukan sabotaj terhadap calon PKR? Dimanakah perginya otai-otai DAP sepanjang kempen PRK Balingian ini? Baru semalam muka mereka muncul. Adakah kehilangan mereka selama tempoh kempen ini menunjukkan protes mereka terhadap keputusan pemilihan calon?

Walau apa pun, yang menjadi mangsa keadaan sekarang ialah calon PKR, Hj Abdul Jalil. Seorang yang warak, namun dijadikan 'kambing hitam' kesan daripada kemelut dalaman pakatan rakyat.

Tetapi jika benar poster tersebut adalah dari PKR sendiri semata-mata ingin mendapatkan undi orang cina, kami dengan lantangnya menyarankan agara semua etnik bumiputera Sarawak khasnya di DUN Balingian menolak calon PKR dan undilah calon BN agar status keistimewaan bumiputera sentiasa terjaga.

Sumber: http//:www.sematankelawas.com

1 comment:

  1. Cuba bayangkan. Walaupun penduduk Kajang tahu Anwar kaki liwat, mempermainkan demokrasi ikut suka mak bapak dia dan segala macam perangai buruk mereka, tapi mereka ,masih mengundi PKR. Sebab apa? Sebab rakyat dah meluat dengan BN khususnya Najib dan KJ dan tahap meluat ini mengatasi segala-galanya.

    Pengundi Kajang

    ReplyDelete