Friday, September 12, 2014

Gambar-gambar latihan tentera US-TDM Malaysia yang dikecohkan pencacai PR



12 SEPT: Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani  latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.
“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.
Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika.











Laporan Utusan Malaysia pada tahun lepas

SUNGAI PETANI 17 Sept. - Eksesais Keris Strike Siri 17 antara Tentera Darat Malaysia dan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) akan memberi penekanan terhadap cara mengendalikan kes perubatan (Medical First Responder-MFP) dan menghadapi periuk api (C-IED) terutama ketika menyertai misi pengaman di kawasan krisis.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shukuri Ahmad berkata, eksesais tersebut merupakan kesinambungan hasil perjanjian latihan bilateral antara kedua- dua negara.

Katanya, kali ini latihan dilaksanakan berorientasikan kepada Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Latihan ini membolehkan kedua-dua pasukan tentera bertukar ilmu pengetahuan dan pengalaman berguna.

"Lebih penting lagi, pegawai dan anggota terlibat akan diajar tentang teknik-teknik mengendalikan kes-kes kecemasan terutamanya berhubung pengendalian khidmat perubatan di kawasan bencana," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Eksesais Keris Strike Siri 17/2013 di Padang Kawad 52 Rejimen Artileri, Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Komander 25, Divisyen Infantri AS, Brigedier Jeneral P. Johnson.

Seramai 120 pegawai serta anggota tentera darat dan 75 tentera AS menyertai eksesais yang berlangsung bermula hari ini hingga 27 September ini.

Menurut Mohd. Shukuri, eksesais terbabit hanya melibatkan aspek arahan berpusat dan tidak melibatkan logistik serta aset tentera darat.

"Aspek latihan adalah hanya berbentuk dalaman kem. Para peserta diberikan satu situasi genting yang perlu diadaptasikan semasa latihan," jelasnya.

Sementara itu, Johnson berkata, eksesais tersebut dilihat mampu memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua pihak di samping mampu memberi pendedahan mengenai pelaksanaan misi pengaman.

"Latihan ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara malah, pihak tentera AS sendiri dapat mempelajari pelbagai aspek termasuk sosiobudaya masyarakat negara ini," katanya.


Untuk gambar aktiviti-aktiviti mereka sila rujuk SINI






2 comments:

  1. memang bagus kita buat eksesais mcm ni tapi aku buat kat rumah ja.. senam sikit2 & jogging sepuluh minit..!

    ReplyDelete