Thursday, September 25, 2014

Azmin diramal hadapi krisis Menteri Besar

Azmin Ali baru saja diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 menggantikan TSKI. Tanjak keramat yang diguna pun masih hangat. Lafaz sumpahnya pun masih lagi terngiang-ngiang di telinga...

Tiba-tiba muncul Zuraida Kamaruddin bagi cadangan supaya PAS diberi jawatan 'kesian' dalam kerajaan negeri. Alasannya sebab PAS telah mengkhianati keputusan Pakatan Rakyat yang menetapkan hanya satu nama (Wan Azizah) kepada Sultan Selangor walaupun baginda meminta lebih daripada 3 nama sebelum ini.

Isu siapa MB sepatutnya sudah selesai, tetapi suara-suara sumbang masih lagi mempertikaikan keputusan yang tidak menjadi seperti dirancangkan. Jika berterusan sikap 'restu tapi bantah' begini, Azmin akan berasa panas setiap hari.



Ahli Parlimen Ampang ini agak keterlaluan mengkritik PAS sampai terlupa dengan kewujudan angka.. jika dikira kerusi DUN dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, PKR lah selayaknya mendapat 'consolations' daripada PAS. Tolak DUN yang disandang TSKI, PKR cuma tinggal 13 kerusi sahaja. PAS sebaliknya mempunyai 15  kerusi. Ikut kaedah matematik yang ringkas, budak sekolah rendah pun tahu PAS sepatutnya menyandang Jawatan Menteri Besar itu, bukannya PKR.

Kenyataannya itu seolah-olah memperbudakkan PAS, tidak layak diiktiraf tempat dalam kabinet kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali. Sedangkan PAS membuat keputusan mengekalkan TSKI sebagai MB kerana bimbang DUN akan dibubarkan. Namun atas apa pun alasan, itulah hadiah Pakatan Rakyat kepada PAS yang masih dalam keadaan tak sedar diri lagi...

Rasanya Azmin tak segelojoh itu nak menghukum PAS, sedangkan dia sendiripun pening fikirkan cara nak stabilkan kembali Pakatan Rakyat bagi mengekalkan jawatannya sebagai orang nombor satu peneraju kerajaan negeri Selangor. Di mata kita nampak seakan dia gah dengan jawatan barunya, hakikatnya alam politiknya semakin bercelaru, mindanya tunggang-langgang oleh kekacauan di sekitarnya.

DAP terang-terang mahu Azmin ambil tindakan terhadap 4 exco PAS yang dianggap pengkhianat kepada Pakatan Rakyat. Ironinya, pengkhianatan itulah yang membolehkan PAS memilihnya sebagai Menteri Besar bagi menolak pencalonan Wan Azizah dulu. Orang-orang PAS serta Presiden dan Mursyidul amnya menyokong penuh perlantikan Azmin. Begitu juga DAP dan PKR biarpun sebilangan ahlinya tetap mahukan Wan Azizah dipilih sebagai Menteri Besar.  Azmin harus membuat keputusan bijak yang tidak akan mencacatkan sokongan antara kedua belah pihak..

Kita andaikan politik Selangor tidak akan sunyi dengan krisis. Melainkan PAS tiba-tiba jadi keldai merelakan diri diperlekehkan dan dihukum maka selesailah satu masalah. Tetapi jangan lupa seteru politik dalam PKR yang ramai mempunyai sindrom anti-Azmin, semuanya menunggu kesempatan untuk mengeluarkan Azmin daripada kedudukannya.

DAP pula dengan kerenah mereka, mencadangkan supaya ahli ecxo yang dipilih dalam barisan kerajaan pimpinannya bukan kalangan pro-Azmin dan mahu ahlinya dilayan istimewa.

Itulah nafsu dan selera DAP yang menyebabkan TSKI bertindak memecat adun mereka sebelum ini. Bolehkah seorang Menteri Besar bekerja dengan exco yang hanya akur arahan pemimpin tertinggi parti sahaja? Adakah ini cara bekerja kerajaan negeri di Pulau Pinang, yakni menerapkan kaedah 'exco remote control' dalam kepimpinan mereka? Jika begitu, kenapa tidak pilih kalangan umno sahaja sebagai exco kerajaan negeri mereka?

Kita belum dengar lagi apa diminta Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Banyak lagi yang Azmin kena peningkan bila dah pegang jawatan.. itu belum lagi nak hadapi karenah ahli exco yang akan dilantik, belum lagi nak fikir kekalkan prestasi secemerlang TKSI, belum lagi dengan masalah nak uruskan rezab rm3 billion yang dikatakan menjadi motif Kajang Move, belum lagi nak tangani serangan seteru politik baik dalam PR mahupun BN, belum lagi tangani masalah risiko kamera CCTV atau alat perakam rahsia yang diletakkan orang tertentu di pejabat seperti dialami TSKI sebelum ini lebih-lebih lagi dalam tandas.., ... Belum lagi masalah Akta Hasutan yang dihadapinya bersama Anwar Ibrahim.. semua itu baru mukadimahnya sahaja..

Yang pastinya, seluruh mata rakyat di Malaysia yang mengikuti krisis di Negeri Selangor akan memerhatikan setiap tindakannya satu persatu dengan teliti...

Inilah lumrah.. Bukan senang bila dah jadi Menteri Besar pada kadar segera!


CCTV spy ke atas TSKI


CCTV spy orang yang mirip Azmin







2 comments:

  1. raya hindu la azmin and the gang... pakat lingkup la selangor di bawah mb jamban?

    ReplyDelete