Tuesday, October 28, 2014

Sekitar hari perbicaraan Anwar di Mahkamah pada 28 Oktober 2014

Lebih 100 orang penyokong Anwar dilihat berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, sejak jam 7 pagi tadi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam dan awal pagi tadi. Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Turut dilihat bersama kumpulan penyokong itu ialah A Samad Said.




Di bangunan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 8:50, Anwar tiba dan disambut oleh penyokong dengan teriakan “Reformasi”.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR juga kelihatan di ruang sidang.

Lima Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sementara itu, difahamkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguam bela utama kerana dia (Sulaiman) tidak sihat dan tidak dapat hadir.

Difahamkan Gopal dilantik sebagai peguam utama pembelaan di saat-saat terakhir. Menurut Latheefa Koya, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

Senarai peguam-peguam yang mewakili Anwar 


Sekali lagi, perhimpunan besar-besaran rakyat menjelang perbicaraan Anwar pada hari ini tidak berjalan seperti dirancangkan. Sejak pagi tadi banyak dilaporkan kehadiran dalam beberapa ratus orang penyokong sahaja mungkin dijangka akan berkumpul di satu tempat.. 

Tiada kelibat penyokong PAS yang turun beramai-ramai seperti ketika perhimpunan BERSIH 2.0. Juga tiada kumpulan penyokong dan pemimpin DAP bersama mengikuti perbicaraan Anwar selaku Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Berita lain akan menyusul kemudian. Sementara itu, mari lihat gambar-gambar yang dipaparkan di bawah;

Lagi suasana dan telatah penyokong-penyokong PKR di bawah; Gambar dipetik daripada laman http://bm.therakyatpost.com/


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin bersama penyokong Anwar Ibrahim menyarungkan sarung tangan dengan tulisan ‘Rakyat Hakim Negara’. Foto TRP R


Imam Hoslan Husin mengetuai bacaan doa dan diaminkan oleh penyokong yang mula memenuhi kawasan persekitaran Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto TRP


Kelihatan sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim mula berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Foto TRP



Antara yang menjadi Perbicaraan dalam kes liwat Anwar - Peguam minta mahkamah terima gambar Saiful hidang teh di kediaman Anwar.  

Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

“Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima),” tambahnya.

Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. 

Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.


3 comments:

  1. Ini aku syak sebenaqnya, kempen "MAU NEGARA SODOM"oleh DAPBANGKAI/PKRSODOM - dasar BINATANG BUAS!

    Makcik Sambal Belacan

    ReplyDelete
  2. "Rakyat hakim negara" - pala hotak si BANGANG-BANGANG ni! Jadi NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ni mahu dihakimi rakyat ala-BINATANG BUAS-puak-SODOM DAPBANGKAI/PKRSODOM?! PI MAMPOS!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Apa yg KJ cakap tu ada betulnya jg. Prosiding kes Anwar tu xde kena mengena dgn isu kehakiman negara. Yg dibicarakan tu adalah tentang kes liwat dia sj. Apa pula kaitan dgn rakyat?

    ReplyDelete