Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Terkini! Cerita jurumudi di sebalik insiden Bot Tempur CB204

Rakaman talian Astroawani bersama Leftenan Azri Bakar yang berkongsi pengalamannya yang mendebarkan ketika berdepan  saat genting bersama 6 lagi anggota.

Bot tempur CB204 akhirnya berjaya ditemui petang Isnin setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah, telah ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu.

Sama kita kongsikan..



Kredit kepada astroawani

Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani

Artikel di bawah dipetik daripada Harian Metro.

Sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/32jamhanyut/Article

Sumber foto terbaru dari internet

32 Jam hilang

Kuala Lumpur: Tujuh kru bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kelaparan selepas hanyut di Laut China Selatan selama 32 jam berjaya diselamatkan Kapal Diraja (KD) Ganas berdekatan perairan Pulau Layang-Layang, Sabah, awal malam ini.

KD Ganas tiba di lokasi CB204 yang mengalami masalah enjin itu pada 6.49 petang tadi, namun hanya berjaya merapati bot tempur berkenaan pada 7.12 malam bagi menyerahkan makanan kepada kru yang kelaparan berikutan cuaca buruk dengan keadaan laut yang bergelora tahap empat.

CB204 yang diketuai Leftenan Azri Bakar itu berjaya dihubungi kira-kira 3 petang hari ini selepas terputus hubungan 11.15 pagi semalam yang dikesan berada di kedudukan kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Layang-layang.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, tujuh kru CB204 berada dalam keadaan selamat, namun mereka kelaparan berikutan kehabisan bekalan makanan.

“KD Ganas sedang merapatinya. Namun, keadaan laut yang bergelora 'state 4' (tahap empat) menyukarkan," katanya melalui akaun Twitter.


Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Menurutnya, ia belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring berkenaan pada 11.15 pagi.

Posisi terakhir bot tempur berkenaan di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Gerakan mencari dan menyelamat CB204 membabitkan enam kapal dan tiga pesawat TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Turut bersama Lt Azri di atas CB204 ialah BK PAP, Charles Christopher ak Muni; BM TMK, Ince ak Evin; BM TMK, Steven Hudson ak Miso; BM JTP, Nor Azuan Ariffin; LK KOM, Sulhajji Daah dan LK I PAP, Mohd Azhry Maani.

Monday, October 6, 2014

Alhamdulilah! Bot tempur TLDM CB204 serta krew ditemui selamat



Kesemua 7 krew bot tempur TLDM CB204 ditemui selamat, menurut laporan Agendadaily news dalam laman twitter. Harian Metro pula melaporkan mereka berada dalam keadaan selamat bersama kapal berdekatan KOM Sinar Sakti. 

Kita tunggu pengesahan rasmi daripada pihak TLDM sebentar lagi.

Kita berharap berita yang disampaikan adalah sahih, teruskan berdoa agar kesemua anggota terlibat selamat daripada sebarang musibah.





Terkini - tanda awal kelibat Bot tempur CB204?



Laksamana Dato TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya menyatakan Pelantar ERB West yang terletak 9 batu nautika dari Timur Pulau Mengalum, melaporkan telah melihat sebuah bot terapung awal pagi tadi. Kapal KD Lekiu dihantar menyiasat ke kawasan tersebut.

Gerakan mencari dan menyelamat masih giat diteruskan.

Operasi SAR kesan Bot Tempur TLDM CB204 yang hilang

Setakat ini belum ada maklumat rasmi tentang kehilangan bot tempur CB204 milik TLDM. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. 3 kapal TLDM, KD Lekiu, KD Paus dan KD Serang telah dikejarkan ke tempat terakhir ia dikesan.

Bot itu telah terputus hubungan di perairan Sabah ketika cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora. Marilah kita bersama mendoakan keselamatan kesemua 7 anggota tersebut.

Bot Tempur canggih CB204 milik TLDM 
Antara laporan media hari ini..

Bot Tempur TLDM hilang

Kota Kinabalu: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.
Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh - HM