Monday, October 27, 2014

Gambar penyokong Anwar merempuh pintu pagar UM..

Entah apa nak jadi penuntut universiti sekarang.. Terlalu banyak tumpuan kepada aktiviti berpolitik sebelum tamat pengajian, akhirnya pelajaran terbarai.. 

Sekitar kejadian di depan pintu masuk ke UM sebentar tadi. 

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) ditutup oleh pegawai keselamatan kampus itu sejam sebelum program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" dijadualkan bermula. 

Ketiga-tiga pintu masuk universiti itu ditutup – dua dari arah Petaling Jaya, satu dari Kuala Lumpur – dan tidak satu pun kenderaan dibenarkan masuk. 

Terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti ketika ini. 

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. 

Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus. 

Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini. 


Sudah ada rupanya bakal pengganti Adam Adli.. masing-masing nak tunjuk kehebatan, popular dan mahu terkenal di kampus. Baka pencacai yang dimahukan PKR..












Lintas langsung dari lokasi program:

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Timbalan naib canselor (pendidikan) juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku." ~TMI




4 comments:

  1. Nak harapkan PAS dah x boleh.Terpaksa guna student utk talian hayat.

    ReplyDelete
  2. terkadang sedih, ketum lebih berkuasa .. undang undang dibakulsampahkan, org lain x boleh buat sedang ketum boleh buat apa saja tanpa tindakan pihak berkuasa.
    apakah ini undang undang negara berdaulat...
    pisahkanlah politik dengan undang undang... usah diperkudakan nafsu., hidup bukan lama pun..

    ReplyDelete
  3. Setuju pandangan saudara, rasanya kdg2 kerajaan kena lepaskan sedikit utk elak rempuhan pelajar menjadi rusuhan.. Kita dah lihat apa yang berlaku di Hong Kong dengan baru2 ini, gerakan pelajar yg dipanggil revolusi payung akhirnya berjaya memaksa pihak pemerintah membuat rundingan dan mendengar tuntutan mereka.

    ReplyDelete
  4. UM jgn. jadi PENAKUT - perlu dakwa mamat-mamat PKRSODOM/DAPBANGKAI ni, yg. mengajaq anak-anak muda Islam/Melayu kita menjadi MAHASEWEL-LONGKANG, yg. spt. BINATANG BUAS/PENGGANAS - sebab ini perhimpunan HARAM dlm. Univ! Aku heran betul PDRM tak dipanggil!

    Kat Barat yg, asyik MELALAK kat Dunia Islam psl. "demokrasi dan hak asasi"-PENIPU mereka pun, tak dak Univ. depa yg. akan biaqkan perhimpanan HARAM-mcm-BINATANG-BUAS ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete