Saturday, October 18, 2014

Fatwa sertai PAS yang lebih gempak. Dosa Pahala dijaja lagi.

Fatwa politik dosa pahala di'recycle' lagi. Kali ini sertai PAS dikira JIHAD setaraf berperang dan berjuang di Syria. Berdakwah kepada masyarakat jahil, bercakap benar di hadapan pemimpin zalim adalah Jihad.

Itu kata AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor. Benar pengertian Jihad itu luas, cuma masalahnya kenapa mesti dalam PAS?

Berjuang dengan bercakap benar tidak WUJUD dalam PAS... Rakyat Malaysia telah menjadi saksi bagaimana ahli-ahlinya bertelagah sesama sendiri.

Para Ulama PAS sendiri dikeji, tok guru mereka dikhianati, parti mereka dipecah-belahkan hatta Baiah sesama mereka telahpun dimungkiri tapi masih diterima, sekadar hukum gantung aktiviti satu tahun... itu saja...

Dalam parti PAS ada banyak lorong-lorong dan simpangnya. Kalau nak masuk parti PAS kerana Islam kena pilih dulu PAS jenis yang macamana, antaranya;

1. PAS zaman Hj Ahmad Fuad Hassan, Dato Asri Muda dan seangkatannya ataupun
2. PAS zaman Hj Abdul Hadi Awang?

Ikut PAS zaman Hj Abdul Hadi Awang sekarang kena pilih

1. PAS pro-ulama
2. PAS Anwarinas aka PASma-chai?

Ikut PAS pro-ulama kena pilih lagi

1. PAS Pro-ulama yang tak suka presiden
2. PAS Pro-ulama dan pro-presiden

Ikut pro-ulama antara keduanya kena pilih sekali lagi

1. PAS pro-DAP yang anti hudud (bersama PR)
2. PAS anti-DAP yang mahukan hudud (keluar PR)

Akhirnya tanpa sedari, kita dah tersesat dalam parti PAS itu sendiri.... Jangan ingat baju sama hijau itu tak sama dengan langau hijau. Jadi hujah berjuang dalam PAS dapat pahala sekarang memang dah tak boleh pakai lagi.

Maaflah.., PAS sekadar islam tinggal namanya saja. Tak ada beza pun dengan parti politik biasa seperti PKR, DAP mahupun parti BEBAS yang lain.

Artikel dipetik daripada Sinar Harian


'Sertai Pas pun sudah dikira jihad'



SHAH ALAM - Tidak perlu ke Syria, sertai Pas pun sudah jihad. kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.

Menurut Riduan, Pas adalah jawapan terbaik bagi mereka yang mencari pahala untuk berjihad, berdakwah dan berkorban untuk perjuangan Islam.

" Kena faham faham erti jihad dan perjuangan sebenar. Jihad dan perjuangan Islam amat luas pengertiannya.

“Berdakwah kepada masyarakat yang jahil adalah jihad, berjuang menegakkan syariat Islam dalam ruang konteks demokrasi melalui pilihan raya  melalui parti politik adalah jihad, bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim juga adalah jihad, belajar ilmu pengetahuan dan menyampaikan ilmu juga adalah jihad," katanya.

Menurut beliau, Pas konsisten dengan pendekatan berjuang secara aman dalam meluaskan pengaruh dalam masyarakat.

"Kita tidak pernah sokong perjuangan secara kekerasan. Kita kecam sesiapa juga yang mengaitkan Pas dengan aktiviti militan kerana itu bukan cara kita. Saya kira ini cara licik mengaitkan kita dengan kumpulan militan hingga menyebabkan kita dipandang seorang oleh orang bukan Islam, " katanya.

Bagai menyekat resapan pengaruh militan dalam kalangan rakyat negara ini, Riduan mencadangkan kerajaan supaya membanyakkan lagi program Islamik untuk meningkatkan kesedaran sekali gus membersihkan semula imej Islam yang terjejas.




6 comments:

  1. boleh lah bagi ceramah kat budak sekolah rendah.....

    ReplyDelete
  2. Isu kalimah Allah, isu gereja damansara, isu bible, isu oktoberfest, isu tentang sekolah agama di ipoh, dll semua tu jihad?

    ReplyDelete
  3. Bercakap benar walaupun menyanggah pemimpin adalah jihad. Tapi tak berani lawan oktoberfest, jihad apanya....huhhhh!!!

    ReplyDelete