Wednesday, November 12, 2014

Tidak tahan respon rakyat, JPJ akhirnya mengalah dalam bab nombor plat..


Berikutan rungutan dan aduan rakyat terhadap spesikifasi nombor plat kenderaan secara terperinci oleh ketua pengarah JPJ, akhirnya satu surat pekeliling dikeluarkan bagi menangguhkan peraturan kontroversi tersebut.

Menurut respon orang ramai, penggunaan plat nombor yang tidak mematuhi standard tidak ada kena mengena langsung dengan faktor yang menyumbang kepada statistik kemalangan di negara ini. Penguatkuasaannya dilihat menyusahkan rakyat, malah terdapat aduan kenderaan baru juga turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman.

Berikutan arahan penguatkuasaan KP JPJ tempoh hari, sebahagian besar pengguna laman media sosial telah mengkritik beliau selain mempersenda-sendakannya dengan pelbagai versi lawak jenaka yang ditujukan khas kepada jabatan itu.

Surat yang bertarikh 12hb Nov ini mengarahkan supaya penguatkuasaan JPJ ke atas kesalahan tidak mempamirkan nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta dari tarikh surat dikeluarkan.

Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan terhadap kesalahan penggunaan lampu HID dan Strobe Light diteruskan.





5 comments:

  1. Lemahnya JPJ
    Soal kaitan dengan kemalangan satu soal lain
    Soal MEMATUHI PERATURAN dan PIAWAI no PLAT atau apa jua piawai lain itu satu bab.

    Kenapa lemah sgt semua hal zaman NajibGorr ni

    Lihat negara lain. no plat piawai. Thailand semua satu jenis, pakai embossed plate, saiz sama. Kenapa di Malaysia nk layan puak2 besar kepala ni??

    Kalau hal kecik pun xboleh ajar rakyat patuh.. hal besar2 mana mungkin
    sbb itu jenayah pun banyak!

    Bodoh Menteri JPJ..

    ReplyDelete
  2. Peraturan semudah nombor plate pun nak riuh sekampung. Nama je negara maju...perangai sesetengah rakyat masih KUNO!
    IT IS JUST A NUMBER PLATE! GET A REAL LIFE AND WORK HARD AT YOUR JOB! MAYBE YOU WILL HAVE BIGGER ISSUES THAN YOUR LICENSE PLATE!

    ReplyDelete
  3. sebab banyak peguam suka menangkan pesalah yg dah naik lemak

    ReplyDelete
  4. Plat nombor patutnya tak payah dijadikan operasi melainkan yg terang2 diubah dan tak boleh dibaca.. takkan no.plat yg biasa org boleh baca dari jauh pun kena saman? Apa tujuan no.plat kalau sikit2 pun asyik kena saman? Kalau KPI setakat kumpul seberapa byk saman dikeluarkan, lebih baik rakyat tak payah ikut peraturan lagi.. Satu malaysia buat, tengok larat tak JPJ keluarkan saman?

    ReplyDelete
  5. Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ tu memang patut diPECAT! KEMALANGAN BUAS makin berlambak - yg. mengorbankan MAJORITI Islam/Melayu, terutamanya oleh LORI/BAS-BUAS yg. tak takut lansung undg-undg yg. terlalu RINGAN! Sebab itu aku syak Menteri ni tak peduli lansung!

    Kalau kat Barat pun - mana-mana pemandu/pengusaha-syarikat LORI/BAS serta KERETA-BUAS boleh DISAMAN BERJUTA serta diPENJARAkan, dan lesen PEMANDU akan diharamkan bertahun-tahun atau sampai bila-bila! Tapi kat Malaysia ni, pemandu BUAS terutamanya Lori/Bas - mereka seolah SAMSENG-TUANPUNYA-JLNRAYA!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete