Monday, November 10, 2014

Mahasewel Fahmi Zainol hampir-hampir dibelasah sekumpulan pelajar UMS malam tadi

MALANG LAGI BUAT FAHMI ZAINOL, TIDAK HANYA DIHALAU PELAJAR UMS, HAMPIR DIBELASAH, BAHKAN DISAMAN KERANA KESALAHAN JALANRAYA!
- buletinsengal.blogspot.com



Penjilat Anwar Ibrahim dari UM yang bakal menjadi seorang lagi anak Melayu-Bumiputera keciciran dan gagal dalam akademik kerana terpedaya dengan kehidupan politik yang tidak sepatutnya dia campuri secara serius, mengalami malang yang berturut-turut.

Entah majal apa yang melanda dirinya, dia sentiasa ditimpa malang di mana-mana. Tujuannya mencari populariti atas nama perjuangan kononnya, sebagaimana mimpi kaum pelajar yang berasakan mereka bertanggungjawab membetulkan kepincangan masyarakat dan golongan pemerintah. Malangnya, dia tidak menimbulkan kekaguman. Cerita-cerita dongeng yang didengarnya tentang Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais yang pernah menjadi pemimpin pelajar yang cukup terkenal pada pertengahan 70-an, gagal diseimbangkan dengan perkembangan masakini yang memberikan akses maklumat yang lebih banyak berbanding 1970-an di mana Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais boleh mereka-reka pelbagai cerita bohong untuk menimbulkan minat dan sokongan kepada mereka.




Sebelah siang, sebaik-baik sahaja dia tiba di Kota Kinabalu, Fahmi dan rakan-rakannya cuba menimbulkan kekecohan dengan membuat ceramah atau flashmob di Pasar Tamu, tetapi Fahmi dan rakan-rakannya dari PRO M kemudiannya ditahan oleh pihak polis hasil laporan orang ramai. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing.

Kemudian mereka dibebaskan. Rancangan untuk menceroboh UMS diteruskan kerana Fahmi Zainol beranggapan, para pelajar UMS sudah tidak sabar-sabar ingin bertemu dengannya. Namun sekali lagi Fahmi Zainol kecewa kerana kedatangannya telah pun diketahui dan pembocoran tersebut dibuat oleh para pelajar UMS dan para pelajar UMS itu mempunyai rancangan mereka sendiri iaitu MENGHALAU dan MEMALUKAN FAHMI ZAINOL serta rakan-rakannya.

Dengan dibantu oleh para pengawal UMS, para pelajar UMS itu telah menahan dan menyekat Fahmi Zainol dan kawan-kawannya daripada memasuki pekarangan UMS. Berlaku pertikaman lidah dan Fahmi Zainol serta rakan-rakannya enggan keluar dengan memberi alasan, mereka telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para pelajar UMS. Mujurlah para pengawal keselamatan itu ada, kalau tidak, Fahmi Zainol dah pecah muka dan bincut (benjol) kepala kalau tidak pun patah tulang dibelasah para pelajar UMS yang berang dengan sikap biadapnya.


Tontonilah video saat-saat memalukan Fahmi Zainol dan konco-konconya dihalau dari UMS kerana menceroboh! video blog

Para pengawal keselamatan UMS tidak ada pilihan lain kecuali menghubungi pihak polis dan meminta agar Fahmi Zainol dan rakan-rakannya dihalang daripada membuat kekacauan di UMS.




Jam 10:30 malam, kesemua mereka telah dibawa ke balai polis dan sekali lagi proses tersebut hanya berlangsung selama 10 minit. Jam 11:40 malam, Fahmi Zainol dan rakan-rakannya dibebaskan.

Mereka kemudiannya dijemput oleh para penyokong mereka yang van jenis PERODUA RUSA berwarna putih dengan nombor pendaftarannya adalah WKF 6154. Di dalam van itu sendiri, terdapat 10 orang penyokong Fahmi. Fahmi dan kawan-kawannya menaiki van tersebut menuju Hotel Hayat.


Namun dalam perjalanan, van yang ditumpangi itu telah ditahan oleh sebuah kereta peronda polis. Pemandu van tersebut telah disaman kerana membawa lebih muatan.

Tak fasal-fasal... dari satu masalah ke satu masalah yang ditimbulkan oleh Fahmi Zainol. Ternyata Sabah yang disangkakannya lebih mudah, sebenarnya jauh lebih susah. Barangkali semasa dia belajar di Universiti Malaya, para pensyarahnya telah tersalah ajar sehingga terlupa untuk memberitahu yang Sabah adalah negeri berautonomi yang undang-undangnya dan penguatkuasaannya berbeza berbanding Semenanjung.

5 comments:

  1. Kah kah kah kah.....woi, dulu kau buat mak bapak kau sedih dengan sikap kurang ajar dan biadap kau ....sekarang kau buat mak bapak kau MALU pulak....kah kah kah kah.

    Woi, pemimpin2 pr pun agaknya dah sedar berok laknat sekor ni adalah liabiliti, bukannya aset.

    ReplyDelete
  2. Sial budak ni dah mula berjangkit kat org lain....

    ReplyDelete
  3. akan keluar dari mulut anwar dan macai, ini semua konspirasi umno dan orang Sabah diupah juta ringgit. tabiat anwar sejak azali, apa yang dia buat, dia kata orang buat.

    ReplyDelete
  4. Halau saja mereka keluar dari Sabah. Manusia tidak sedar diri..

    ReplyDelete
  5. hahahaha... padan dgn muka kau... budak hingusan baru saja kenal anwar dah berlagak lebih dari ahli politik. Kuliah kau ponteng, pelajaran semua ditinggalkan semata2 nak buat kempen.. yang kau dapat, makian org sabah,kena saman, kena tangkap. buatlah lagi nak??

    ReplyDelete