Thursday, November 27, 2014

Astro dikecam KJ dan Bung Moktar sampai bergegar satu Malaysia. Akhirnya Astro...

Belasah saja! - Khairy Jamaluddin  menyifatkan stesen televisyen yang memonopoli hak penyiaran itu sebagai menyusahkan rakyat.


Astro juga yang menang..

Orang kedua yang mengkritik Astro selepas MP Kinabatangan. Sememangnya kadar yang dikenakan tidak sepadan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Hujan saja, hilang siarannya. Rancangannya pula dimainkan berulang kali sampai naik jemu penonton dibuatnya.

Lebih menjelekkan, ketika tengah menonton tiba-tiba diselitkan iklan selang beberapa minit. Tapi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia kata iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam itu adalah kebiasaan bagi stesen televisyen berbayar. 10 minit iklan untuk setiap jam banyak tu. Menariknya pak menteri kita pula yang bela Astro bila dikritik.

Astro nampak kebal, tak kira siapa yang mengkritik caj perkhidmatannya tetap naik juga sebanyak RM5 pada 1 Disember ini. Tahun depan entah caj apa lagi yang akan dikenakan. Katanya, caj RM5 itu dikenakan atas alasan proses naik taraf Astro HD dengan 8 saluran HD terbaru. Pihak pengguna langsung tidak diberi pilihan.

Itulah keburukan bila hanya satu syarikat sahaja diberi ruang untuk mendominasikan industri stesen TV satelit berbayar di negara kita. Tak macam syarikat perkhidmatan talian telefon dan internet, berbagai pakej ditawarkan dalam persaingan untuk menarik pelanggan.

Awal tahun ini sahaja Astro mencatat keuntungan RM4.8 bilion. Lebih tinggi daripada rizab kerajaan Negeri Selangor yang pernah tercatat dalam sejarah. Di mana rasionalnya kenaikan kadar bayaran ini, hanya mereka yang bersama Astro sahaja yang tahu.

Kita sokong pendirian KJ dan Bung Moktar tentang kenaikan kadar bayaran RM5 yang dikenakan terhadap pengguna. Masalahnya kalau setakat melenting sahaja tapi tiada apa-apa tindakan, tidak guna. Itu hanya menambahkan lagi sakit hati rakyat dengan pelbagai kos sara hidup yang kian meningkat. Lebih baik diam saja.

Soalan pokok kita, siapa pemilik saham Astro? Jika aduan dibuat terhadap Astro, apa bentuk tindakan yang kerajaan boleh buat bagi membendung kenaikan kadar bayaran ini? Siapa lagi berkuasa mengawal caj perkhidmatan oleh sesebuah syarikat, Astro sendiri atau Kerajaan?

Sekian..


4 comments:

  1. Lihatlah betapa KURANG AJAQ dan ANGKUHnya pemimpin MUDA-LIBERAL dlm. PEMUDA UMNO ni; baru setahun jagung; tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa dlm. UMNO sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih tua dan matang dah TAK berguna; dan tidak perlu dihargai!

    Kita TAK mahu pemimpin-LIBERAL-PENGKHIANAT/PENIPU/PENYAMAQ tua atau MUDA, yg. tamak kuasa-kemewahan sampai sanggup MENGGADAI bangsa/agama/negara, BUKAN sewenangnya nak MENGHINA pemimpin yg. lebih TUA hanya kerana umur dan budaya/pemikiran mereka yg. lebih tradisional dan konservativ! Dahlah cakap tak serupa bikin selama ni - si golongan BUDAK-MENTAH-LIBERAL Pemuda UMNO yg. terlalu ANGKUH ini!

    Dan masa Konvensyenlah, si Pemuda UMNO termasuk si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD (yg. asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM); serta si timbalanROMEO-PENGEPIT-BETINA-KIRI-KANAN, baru nak berlagak menjadi HERO-kalah-BOLLYWOOD; kerana sebenaqnya nak MENUTUP KEGAGALAN Pemuda UMNO sendiri selama ni!

    Sedgkan NGO-NGO Islam/Melayu yg. sekrg. dituduh mereka sbg. ‘radikal/ekstremis’lah - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk -kat sodial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/warga pertengahan/TUA, yg. MEMPERTAHANkan Islam/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Lihat KEBIADAPAN PENGEPIT-BETINA ni di -
    http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-swastakan-perjuangan-melayu-1.29667, Jangan swastakan perjuangan Melayu:Pemuda UMNO akan jadi pejuang sampai bila-bila, 27 November 2014:

    KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan tersebut perlu berada di barisan hadapan dan menjadi pejuang kepada Melayu serta bumiputera sampai bila-bila.

    Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda UMNO akan sentiasa berada dalam nilai-nilai kesederhanaan dan menolak anasir radikal serta ekstremis yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

    "Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita.
    "Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.

    “Jangan sekali-kali menswastakan perjuangan untung nasib orang Melayu ini kepada mana-mana pihak melainkan hanya Pemuda UMNO, kita akan menjadi pejuang sampai bila-bila,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
    Sementara itu, Khairul Azwan berkata, peremajaan parti harus bermula dengan perubahan pemikiran ahli-ahli UMNO dan tidak berada di takuk lama.

    Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan gaya hidup digital yang diamalkan oleh generasi muda sejak hampir 10 tahun lalu.

    “Peremajaan parti mesti berlaku dalam konteks peremajaan minda, hal ini tak guna kalau kita mempunyai ramai pemimpin pemuda yang kita ketengahkan tetapi pemikiran kita di takuk lama, pemikiran kolot masih kita amalkan," katanya.

    NENEK TUA Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Inilah Pemuda UMNO-LIBERAL yg. makin melahirkan jenerasi-yg.-BIADAP-pd.yg-lebih-TUA/BERJASA, hanya kerana umur dan budaya konservativ/tradisional kita! UMNO adalah kepunyaan semua lapisan termasuk yg. dah TUA dan KONSERVATIV/TRADSIONAL, asalkan TIDAK mengkhianati bangsa, agama dan negara spt. si-LIBERAL-PENIPU/PENYAMAQ/PENGKHIANAT!!

    Tengok seorg. lagi ni, sampai pi kutuk sesama Islam “Arab/Bangla“ – kononnya mereka menguasai KL ni; awat tak berani nak kutuk PENDATANG KAPIRDAJAL Cina/India-RASIS pula?!

    Kalau pun nak PERTAHANKan hak Bumiputera mcm. HERO-BOLLYWOOD-hanya-waktu-Konvensyen; TAK payahlah nak sewenangnya MENGHINA pemimpin Islam/Melayu yg. lebih tua yg. banyak JASANya hanya kerana umur/budaya tradisonal mereka (yg. dianggap ‘kolot’ oleh si muda-LIBERAL), serta saudara se Islam kita (yg. ramai dari rakyat Islam BANGLADESH yg. TERPAKSA cari kerja kat sini sebab KEMISKINAN); tetapi TAKUT pula nak MENGHINA PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS Cina/India!

    Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/politik/tubuh-jabatan-pantau-tanah-orang-melayu-1.29704, Tubuh jabatan pantau tanah orang Melayu , 27 November 2014:

    KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa satu jabatan baharu diwujudkan di bawah pihak berkuasa pentadbiran Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya khusus untuk memantau serta mengawal selia aktiviti pembangunan di ketiga-tiga wilayah berkenaan supaya tidak menjejaskan kepentingan hartanah bumiputera pada masa depan.

    Gesaan itu dibangkitkan oleh wakilnya, Wan Shahrul Nizam Wan Othman yang mana beliau mahu jabatan berkenaan jika ia benar-benar ditubuhkan harus dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Hartanah Bumiputera.

    Katanya, idea jabatan itu diutarakan susulan perkembangan terkini di Kuala Lumpur yang menyaksikan kampung dan tanah milik orang Melayu di ibu kota itu semakin lenyap kerana aktiviti pembangunan sehingga menyebabkan mereka terpaksa beralih ke kawasan pinggir bandar.

    “Pembangunan berlaku begitu pesat, tetapi di sebalik pembangunan itu orang Melayu dan Bumiputera diketepikan. Itu yang menghairankan kita kerana Perdana Menteri, menteri-menteri, pegawai kerajaan dan parti yang memerintah negara ketika ini kesemuanya adalah Melayu.

    “Tapi apabila pembangunan dilaksanakan, orang Melayu dipinggirkan. Seolah-olah orang Melayu mahu dikeluarkan dari Kuala Lumpur dan yang tinggal hanya Arab, Bangla,” katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu, di sini hari ini…….. .

    Menurutnya, UMNO tidak boleh digolongkan sebagai 'parti tua' yang merujuk kepada ramainya pemimpin yang memegang jawatan tertentu melibatkan tempoh yang terlalu lama.

    “Ada ketua bahagian pegang jawatan sampai 20 hingga 30 tahun, suddah-sudahlah...bagi peluang kepada orang muda pula. Ini yang menyebabkan parti kita tidak popular,” katanya.

    NENEK TUA Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Dunia tanpa sempadan
    Hidupkan semula penggunaan parabola..
    Kami pun tak hingin nak tengok astro

    ReplyDelete
  4. cuba bawa ke mahkamah, sebagai trial case .. saya rasa astro sewenang-wenangnya naik harga dengan sedikit penambahan servis. Sepatutnya pengguna diberi pilihan samada mantain tahap lama tanpa naik caj atau rela hati menerima penambahan servis dengan gaji baru.

    ReplyDelete