Kepimpinan tertinggi UMNO perlu mendengar suara perwakilan dari peringkat akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menghilangkan kepercayaan ahli-ahlinya dan merugikan parti itu sendiri.
Terbaru, seorang Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib bertindak meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terutama berkenaan pemansuhan Akta Hasutan 1948. Ia mungkin sebagai isyarat kepada kepimpinan UMNO akan kesungguhan beliau yang mahukan supaya suara pihak dari akar umbi diberi perhatian.
PAU adalah tempat untuk segelintir ketua-ketua harimau menunjukkan ketajaman kuku dan taring masing-masing, juga tempat pendekar menghunus kerisnya yang kemudiannya 'mintak mahap' setelah dihentam teruk oleh macai pakatan di media sosial.
p/s: Letak jawatan, bukan bermakna keluar UMNO....
Ketua Cawangan Letak Jawatan Protes Presiden UMNO
BANTING – Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib, Zulkefli Mohamed Ghouse, hari ini, mengumumkan mengenai peletakkan jawatannya, di sini, sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disifatkan gagal mendengar suara akar umbi terutama melibatkan isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu.
Menurut Zulkefli, keputusan tersebut dibuat setelah menilai kegagalan pentadbiran Najib dalam mempertahankan Akta Dalam Negeri (ISA) dan keputusan terbaru Presiden UMNO untuk menghapuskan pula Akta Hasutan yang dianggap tidak menepati kehendak ahli UMNO dan sebilangan besar rakyat Malaysia.
“Selaku Presiden UMNO dan merangkap Perdana Menteri Malaysia, beliau (Najib) tidak mampu mempertahankan ISA, bahkan beliau memansuhkannnya tanpa ada persetujuan dari akar umbi UMNO atau dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.
“Beliau juga berkeras mahu memansuhkan Akta Hasutan yang memungkinkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia dalam bahaya,” ulas Zulkefli ketika dihubungi Selangor Press.
Zulkefli turut meluahkan kekecewaannya apabila Najib dilihat seolah-olah cuba meletakkan kegagalannya mengemudi Badan Perhubungan UMNO Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas teruk kepada pihak lain dan malu untuk mengakui kelemahannya sendiri.
“Selaku Pengerusi Perhubungan Negeri sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau (Najib) gagal meletakkan calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sehingga BN tewas dengan kekalahan yang teruk,” tambah Zulkefli lagi.
Keputusan Zulkefli untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan merupakan kes pertama dilaporkan selepas insiden kecaman Presiden UMNO terhadap Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Sumber
Inilah semangat perjuangan ISLAM/Melayu yg. kita mahu dlm. UMNO - bukan semangat MEMUNTAHkan mamat-mamat Islam/Melayu-LIBERAL kaki ZUMBA-terhegeh-hegeh, kaki ampu si PENDATANG KAPIRDAJAL- Barat/ZIONIS- serta kaki-asyik-peluk-gong-eng-SIAL DAPBANGKAI!
ReplyDeleteYg. aku heran tu juga, mana pi PEGUAM-PEGUAM Islam/Melayu-HEBAT utk. LAWAN habis-habisan dptkan balik setiap inci Tanah Rizab Melayu yg. diROMPAK, di seluruh Tanah Melayu. PUSAKA nenek moyang berzaman kita ini, terutamanya di P. Pinang dan Selangor?!
BUMIPUTERA Islam/Melayu/Org. Asli, harus miliki paling MINIMA (bukan maksima) 50% dari Tanah Negeri kat Tanah Melayu ni! Ada si LIBERAL UMNO hari ni bilang kita harus BERKONGSI dgn. kaum lain! SedangkanTanah Rizab Melayu boleh hanya tinggal 20% dari keseluruhan Tanah Melayu kerana diROMPAK – maka apahal lagi masih nak terus TUNDUK-mcm-KULI dan terus “KONGSI, KONGSI"-MEMBUTA TULI! Bakal kita jadi spt. BUMIPUTERA Palestin yg. sungguh malang, habis diROMPAK hampir keseluruhan Tanah PUSAKA nenek moyang depa oleh si ZIONIS-paling-KEPARAT yg. asalnya dari Eropah; mahupun spt. Bumiputera Islam/Melayu di Singapura!
Lihat artikel BERNAS tentang PENINDASAN DAJAL ke atas BUMIPUTERA ISLAM/Melayu berkaitan Tanah Rizab Melayu ini – di http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemimpin-politik-tidak-serius-1.17675, Pemimpin politik tidak serius, OLEH MUZDALIFAH MUSTAPHA (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 28 Oktober 2014:
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tidak serius menjaga kepentingan Melayu bagi pemilikan hartanah dalam kalangan pemimpin politik antara punca tanah rizab Melayu yang masih dimiliki oleh orang Melayu hanya tinggal 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Semenanjung.
Bekas Ketua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Prof. Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Nik Yusof berkata, sikap memandang remeh tersebut bukan baru berlaku bahkan 10 tahun lalu, menyebabkan isu itu tidak pernah menemui jalan penyelesaian.
“Sudahlah bumiputera gagal mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti ketika Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga sekarang. Wujud pula satu lagi masalah, tanah yang sepatutnya milik orang Melayu turut gagal dipertahankan.
“Sikap tidak serius pemimpin politik ini wujud dari dahulu lagi. Pernah saya bawa isu ini semasa mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan 10 menteri Kabinet. Tetapi maklum balas yang saya terima amat mengecewakan. Mereka kata akan lihat perkara itu tetapi sampai hari ini tiada tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau semasa menjadi panel Wacana dan Forum: Isu Tanah Rizab Melayu semalam mendedahkan tanah rizab Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu kini hanya tinggal 3.6 juta hektar atau 20 peratus daripada 12.8 juta hektar keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung.......(Teruskan membaca)
Makcik Sambal Belacan.