Saturday, November 8, 2014
Wardina Saffiyah sakitkan hati penggiat seni di Malaysia
Suka-suka cakap tanpa fakta akhirnya mengguris hati orang lain yang tak ada kena mengena dengan kejadian buli. Jika nak diambil kira, sudah begitu banyak filem-filem aksi milik Barat yang berbentuk keganasan dan gangsterisma ditonton rakyat sebagai hiburan tetapi tidak ditekankan Wardina. Tak pasal-pasal industri filem tempatan pula nak dipersalahkan.
Banyak faktor menjurus kepada sifat agresif dan keganasan katanya filem adalah salah satu daripadanya tetapi ia bukan punca sehingga mendorong perlakuan buli di asrama sekolah.
Kejadian buli di kebanyakan asrama-asrama sekolah merupakan budaya yang diamalkan sejak 80an lagi. Ia telah berlaku sejak dulu cuma tidak ada publisiti seperti sekarang. Asalnya orang menyebutnya sebagai 'ragging'.
Beza sekarang dengan zaman dulu, waktu persekolahan dulu tidak ada kamera bervideo. Orang nak rakam video dulu guna video camera yang sebesar kotak kasut...Kamera intai pula bukan semua orang mampu guna, lagipun kena belanja besar setakat nak tangkap satu dua gambar. Berbeza sekarang, hp kecil pun ada perakam video. Jenis harga yang dekat RM100 pun ada kamera dan perakam video berkualiti. Jadi budak boleh gunakan dan upload dalam youtube..
Lagi satu, dulu tidak ada kemudahan internet yang luas, tidak ada facebook, tiada Whatsapp, tiada Twitter, tiada Instagram dan sebagainya.
Di bawah adalah sebahagian kejadian buli yang paling popular pernah menggemparkan negara dulu, yang tidak ada kaitan sedikitpun dengan sifat agresif oleh filem gangster terbitan Yusof Haslam ataupun yang lain...
- Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur (1988)
Seorang pelajar baru mati akibat cedera parah di perut ditumbuk oleh sekumpulan pelajar senior. 2 dicekup. Pelajar bertanggungjawab bagaimanapun digugurkan pertuduhan setelah memohon maaf secara terbuka di mahkamah dan kepada keluarga mangsa. Seorang lagi bebas atas sebab kekurangan saksi.
- Buli di UPM, (1989)
6 orang pelajar lelaki senior mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Mereka mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling kemudian hidupkan kipas sampai freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas.
- SMK Jerantut (2003)
Tujuh pelajar senior membelasah seorang pelajar tingkatan dua sehingga cedera
-SM Agama Datuk Kelana Petra Maamor (2005)
Kes Mohd Farid Ibrahim yang mati kena belasah sekumpuan pelajar senior
-SMK Hutan Kampung, Alor Setar (2006)
Kes Yusrizad Yaakob cedera teruk di kepala dan pinggang selepas dibelasah rakan-rakan sekolah.
Ada banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, bagaimanapun ia adalah sesuatu yang harus dibendung oleh kementerian pendidikan. Penulis juga warga asrama satu ketika dulu, pernah dibuli dan membuli, cuma bezanya tidak sampai ke tahap kecederaan. Tetapi apa yang nyata ia sedikitpun tidak ada kena mengena langsung dengan aksi filem atau sebagainya..
Labels:
Berita Rakyat,
Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dia ni asal buka mulut je bau longkang
ReplyDeleteDah sampai masa pengiat seni melalui persatuan seniman ambil tindakan blacklist pompuan ni....ajar sikit.
ReplyDeleteDia bukan seorang yg cerdik,tak tahu nak analisa keadaan,apa-apa pun dia akan tuding jari pada kelompok yg dia kurang senang keran sebab yg Allah saja yg tahu.Dia main cakap je macam sebuah parti yg berkopiah,bila ada kejadian jenayah,keruntuhan moral dll perkara negetif,semuanya akn menuding jari kepada TV dn kerajaan,walau pun perkara yg berlaku itu dibawah kawalan mereka sepatutnya.Kesilapan sendiri mereka tak nampak.
ReplyDelete