Sunday, November 2, 2014

Gambar suasana Karnival Lan Berambeh anak Sarawak di perkarangan Stadium Bukit Jalil malam tadi

Tahniah kepada Datuk Seri Rohani Abdul Karim di atas usaha beliau dalam menjayakan karnival ini


Malam tadi hadiri Majlis Makan Malam Anak Sarawak Lan Berambeh 2014 yang diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Dihadiri TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri, dan dihoskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim. 

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, majlis yang akan bermula pukul 8 malam itu akan dijadikan medan pertemuan antara pemimpin dan anak-anak Sarawak untuk berkongsi pengalaman masing-masing.

Adenan selaku pemimpin ter­tinggi Sarawak menyampaikan amanat beliau kepada anak-anak Sarawak yang menetap di Semenanjung untuk terus memajukan diri mereka.

Dianggarkan 80 peratus anak-anak Sarawak yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar Sarawak dan termasuk juga mereka yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Majlis yang dihadiri lebih 3 ribu orang itu mendapat sambutan meriah meskipun perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dan JDT sedang berlangsung malam tadi.

Atucara sementara menunggu kehadiran tetamu kehormat diadakan persembahan nyanyian oleh para penyanyi jemputan. Tetamu dihidangkan dengan makanan Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok dan Mi Jawa sebagai pengalas perut sementara menunggu masa makan yang dijangka jam 9.30 malam.


Kredit foto kepada wirakenyalang

No comments:

Post a Comment