Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah di'bogel'kan oleh Dyana dan Rara

Laporan polis dibuat oleh MP DAP, Teo Ni Ching terhadap Dr Mashitah berikutan ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO di PWTC berkenaan isu pembakaran beberapa cebisan helaian Al-Quran oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, kenyataan Dr Mashitah tersebut mengundang rasa tidak senang dan boleh menimbulkan huru-hara dan berpecah belah. Difahamkan, laporan polis itu dibuat kerana dalam ucapan Dr. Mashitah menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah yang turut mengandungi perkataan 'Rasa tercabar atau tidak?'

Artikel seterusnya di astroawani

Sugul saja raut wajah kedua ahli melayu DAP.. Rasa bersalah ke?

Sedih melihat dua gadis melayu beragama Islam yang merelakan diri mereka diperalatkan oleh DAP sekehendak hati.

Saat ini kita bukan lagi memperkatakan soal parti atau ideologi politik, tetapi kedudukan maruah bangsa dan agama sendiri. DAP tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk mempolitikkan isu yang melibatkan agama, jika bukan dengan bantuan orang melayu itu sendiri.

Maka, apakah mereka sangkakan laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadap Dr Mashitah itu sekadar bersuka-suka kemudian dilupakan, atau tujuannya untuk mencari publisiti? Dan apabila DAP mengajak bergambar bersama dengan dokumen dan laporan polis itu, adakah ia semata-mata untuk kenang-kenangan di hari tua?

Tidakkah mereka sedar apabila DAP mengambil tindakan ke atas isu seperti ini, ia dibuat dengan matlamat untuk menggambarkan kepimpinan orang Islam tidak lagi relevan buat rakyat di negara ini?

Apa sahaja bentuk serangan terhadap pemimpin-pemimpin kita pada hari ini akan dijadikan alasan untuk DAP mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Islam di negara kita pada hari besok.

Semua yang dilakukan tercatat dalam laporan harian mereka dan direkodkan untuk strategi DAP pada masa depan. DAP cukup pakar dalam bab strategi, ahli melayunya tahu apa?

Jadi, apa sebenarnya yang diperjuangkan kedua ahli melayu ini bersama DAP?

Tanyalah diri, apabila orang Islam digunakan sebagai simbolik untuk menentang pendirian pemimpin Islam lain dalam perkara melibatkan maruah agama sendiri, pihak manakah sebenarnya yang dimalukan? UMNO atau Islam?


DAP mengajar orang melayu supaya membenci UMNO. Atas apa perkara pun, kaitannya dengan sentimen perkauman atau agama mesti ada diselitkan. Walhal UMNO tidak pernah sekelumit pun mengajak kaum India dan Cina menolak DAP melalui isu perkauman mahupun agama, jauh sekali untuk membuatkan mereka membenci pemimpin agama masing-masing.

UMNO cuma lantang memperjuangkan hak melayu/bumiputera dan agama Islam, begitu juga pemimpin-pemimpin parti lain yang sudah tentu mengutamakan hak bangsa masing-masing, jadi di mana salahnya? Wajarkah ia diamalkan secara hipokrit dengan melakukannya secara senyap-senyap sahaja?

DAP tidak sekadar membenci pemimpin-pemimpin UMNO sahaja, mereka mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran negara dan keistimewaan bumiputera/melayu secara terang-terangan.


Ingatlah, tidak ada perjuangan yang lebih besar daripada mempertahankan syiar Islam di negara kita. Biarpun umno koyak rabak direntap lawan, Islam sama sekali tidak dijajanya bagi meraih sokongan politik kaum bukan melayu. Nafsu DAP itu buas dan rakus, walau diberi air seluas lautan ia takkan mampu menghilangkan dahaga mereka yang tak pernah puas.

Politik melayu adalah politik yang seimbang. Seimbangnya ialah kerana akan sentiasa wujud segolongan orang melayu bangang yang sanggup menentang dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang dikecapi oleh bangsa sendiri. Bangsa melayu bukan rasis... yang rasisnya ialah orang yang tidak melihat apa yang orang melayu buat untuk menjatuhkan orang melayu yang berkuasa demi kepentingan politik bangsa lain...

3 comments:

  1. Akan tiba masa nye Allah tunjukan kebenaran

    ReplyDelete
  2. Si puak BABI RASIS DAPBANGKAI ni - patut BERAMBOS dari TANAH MELAYU ISLAM kita ni! Depa saja boleh cakap apa depa suka - BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU yg. MAJORITI kena asyik TUNDUK-mcm-KULI walau diHINA, diCACI, diGERTAK dsbnya!

    Sampaikan umat Islam tak boleh bersuara tentang ISLAM serta nasib umatnya kat NEGARA ISLAM ni apasal - patutnya NGO-NGO Islam/Melayu buat "counter-report" tentang sikap RASIS DAPBANGKAI ni nak MENGGERTAK umat Islam/Melayu psl. hal ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. buat pemimpin yang beragama Islam tak kira apa parti
    Tutup lah Aurat tu dulu , hok tu pun tak buat nak nyibuk hok yang lain .

    ReplyDelete