FAHMI BERDEPAN 9 TUDUHAN, TERIMA SURAT LEMBAGA DISIPLIN UNIVERSITI
Petaling Jaya – Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan.
Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.
UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.
Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.
Kesian si bodoh ni. Masih hingusan tapi dah nak tunjuk pandai. Orang lain pun masuk U dah kerja pun, tak payah lah nak tunjuk pandai pula. Belajar betul-betul dan jadi manusia berguna dulu. Lepas tu buatlan sumbangan pada negara. Jangan jadi macam ni, dah lah degree pun belum dapat, tak pasal-pasal tergadai masadepan. Kesian juga ada emak bapak. Ini bukan zaman 70an, tempatnya amat terhad. Sekarang ni majoriti rakyat Malaysia adalan lulusan Universiti. Jadi janganlah baru orang bagi peluang belajar, dah nak tunjuk besar kepala. Janganlah terikut-ikut dengan perangai peliwat tu, dia dah ada berbillon-billion, tak ada apa nak risau.
ReplyDelete