Wednesday, November 12, 2014

DAP cadang bina Rumah HANTU untuk rakyat Sarawak

DAP Cadang Bina Rumah Kos Rendah di Sarawak Setelah Menipu Rakyat Pulau Pinang


 

DAP Sarawak tidak perlu menyalak mencadang dan menggunakan bajet kerajaan negeri Sarawak; sebaliknya mereka sepatutnya menggunakan RM 2.706 billon wang hasil keuntungan penjualan tanah di Pulau Pinang untuk membina rumah kos rendah yang dicadang oleh mereka sendiri di Batu Kawa, Kuching.

DAP tidak layak mempersoalkan isu tanah di Batu Kawa, Kuching sebaliknya mereka perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada seluruh rakyat Sarawak berkenaan kegagalan yang membawa kepada pendedahan penipuan DAP terhadap salah guna kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang oleh DAP pusat.





DAP Sarawak sebelum ini membangkitkan kononnya ada isu pemberian tanah kepada kroni BN seluas 263.6 ekar bernilai RM400 juta, namun tidak pernah memberitahu kepada rakyat berkenaan penyalahgunaan kuasa penjualan tanah milik negara kepada syarikat kroni DAP di Pulau Pinang:

  • 102 ekar tanah bernilai RM1.02 billion kepada Tropicana Ivory SDN BHD pada tahun 2011
  • 39.54 ekar tanah bernilai RM 65.34 juta kepada PE Land SDN BHD pada tahun 2013 
  • 245 ekar tanah bernilai RM 483,951,600.00 (RM484 juta) kepada ASPEN Land SDN BHD pada Januari 2014
  • 620 ekar tanah bernilai RM 1.02 billion kepada ECO World Development Group pada September 2014 

Sejumlah 887 ekar tanah telah dijual dengan harga RM 2.706 billion oleh DAP Pulau Pinang kepada syarikat kroni mereka! Apa yang lebih menarik perhatian ialah DAP Pualau Pinang pada asalnya mendapatkan tanah tersebut dari kerajaan pusat dengan kos 'modal' yang amat rendah!

  • Melalui proses mahkamah persekutuan, Batu Kawan Estate seluas 5,260 ekar 'disonglap' oleh DAP Pulau Pinang dengan kos cuma RM 78.9 juta
Dari jumlah 5,260 ekar tanah yang bernilai RM 78.9 juta tersebut, 887 ekar dijual semula dengan harga RM2.706 billion! Anda semua boleh kira sendiri berapa keuntungan DAP!

Kononnya hasil dari penjualan tanah itu, sebanyak RM 500 juta diperuntukkan untuk membina rumah kos rendah di Pualu Pinang. Namun terbukti sehingga ke hari ini, tiada kewujudan satu paku atau satu tiang pun untuk pembinaan rumah kos rendah seperti yang dijanjikan!


Dengan kertas cadangan besertakan pelan lengkap, DAP Sarawak ternyata telah bersiap sedia memerangkap Ketua Menteri Sarawak dalam isu pembangunan untuk rakyat.

Jika pelan lengkap sudah disediakan, sudah pasti DAP tampil dengan juru perunding, arkitek, kontraktor serta pembekal bagi projek cadangan rumah kos rendah tersebut.

Sudah pastinya DAP akan mempertikai gerak kerja penyerahan serta kos tender dan menjadikannya sebagai propaganda politik untuk memburuk-burukkan Ketua Menteri Sarawak. 

Walau apa pun, DAP Sarawak perlu jelaskan kepada rakyat Sarawakkemana perginya RM2.706 billion hasil jualan tanah di Pulau Pinang dan mengapa mereka tidak mampu membina 7,300 unit rumah kos rendah dengan keuntungan billion ringgit hasil keuntungan bersama syarikat kroni DAP?


Sumber artikel: 
http://www.sematankelawas.com/2014/11/dap-cadang-bina-rumah-kos-rendah-di.html


1 comment:

  1. mereka cuba mengumpan, tapi bukti di Penang dah cukup, semua kampong bakal dicuri & diroboh.

    Untuk di pedalaman,
    Kerajaan sudah buat macam2, sekolah, institut perguruan peribumi, pusat latihan kraf, rumah baru dll. mengikut citarasa & perkembangan mereka.

    dibandingkan dgn Provokasi DAP:
    Baru buat SATU JAMBAN di kampong orang asli KECOH satu dunia..
    (pel Dayana Sofya iadi model kononnya)

    Di sini boleh orang biasa macam saya menilai betapa busuknya hati mereka.
    Berbilion dapan cuma hadiahkan satu tandas

    ReplyDelete