Wednesday, November 12, 2014

11 kerusi DUN baru Sarawak, milik siapa?



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan usul penambahan kerusi DUN daripada 71 kepada 82 keseluruhan, hari ini. Bermakna ada sebelas DUN baru Negeri Sarawak.

PR sebelum ini membantah penambahan kerusi DUN kerana ia disifatkan terlalu drastik. Bagaimanapun, usul penambahan kerusi DUN akhirnya telah disepakati oleh 8 ADUN BN dan 7 ADUN Pembangkang.

Kedudukan DUN Sarawak selepas PRN ke-10 mengikut mandat parti adalah seperti berikut;
(BN - 55 kerusi) 
(Pakatan Rakyat - 14 kerusi  + Pembangkang Swak - 2 kerusi)
Beza adalah 39 kerusi..

Berikut adalah sedikit fakta yang penulis faham dan diringkaskan untuk memudahkan kita memahami tentang usul penambahan kerusi DUN dan kedudukan terkini ADUN-ADUN negeri Sarawak.

Orang yang mengemukakan usul penambahan kerusi DUN
- ADUN Satok,  Datuk Amar Abang Johari Openg merangkap Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.

Waktu diusulkan dan tempat
- pada hari kedua persidangan DUN di Bangunan DUN baru, di Kuching.

Sebab penambahan kerusi DUN
- Peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.

Rasional keputusan penambahan kerusi DUN
- Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun, bergantung peningkatan populasi, kepesatan pembangunan dan kegiatan ekonominya.

Tarikh berkuatkuasa
- Sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Yang Dipertua Negeri sebelum pilihan raya negeri akan datang.


Parti Komponen BN Sarawak sebelum ini mengalami perpecahan, akibatnya kehilangan 6 ADUN (dari parti SPDP) dan 4 ADUN (dari parti SUPP), sementara DAP kehilangan 1 ADUN yang dipecat dan kini menjadi Bebas.

Jumlah keseluruhan ADUN BN kini dalam parti komponen - 45 orang
Jumlah keseluruhan ADUN PR kini dalam parti komponen - 13 orang

Kesemua ADUN BN yang keluar parti, menubuhkan parti baru - TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) dan UPP (Parti Rakyat Bersatu) telah mengisytihar untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Bagaimanapun, TERAS yang didaftarkan pada September 2013 dan UPP yang ditubuhkan Julai 2014 belum lagi disahkan sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional.

Bantahan keras SUPP dan SPDP terhadap penerimaan UPP dan TERAS sebagai parti komponen BN sememangnya telah diduga sejak dari awal penubuhan parti baru itu lagi. Penjelasannya mudah, kerana UPP adalah daripada serpihan SUPP, sementara TERAS pula adalah serpihan SPDP.

Apapun, SUPP dan SPDP sememangnya pincang akibat masalah kemelut dalaman parti sementara UPP dan TERAS pula tak pernah diuji dan dibuktikan kemampuannya lagi.

Antara keburukan jika TERAS dan UPP menyertai BN sebelum PRN ialah kekangan oleh pembahagian kerusi. Dengan bertanding atas tiket sendiri, TERAS dan UPP boleh bersaing di sebahagian tempat yang turut dipertandingkan SPDP dan SUPP.

Pemimpin TERAS dan UPP, Tan Sri William Mawan dan Datuk Seri Wong Soon Koh bersama ahli parti dalam sidang media baru-baru ini

Menjelang Pilihanraya Negeri akan datang, BN dijangka akan mengalami kemerosotan undi berbanding keputusan PRN ke-10. Bagaimanapun, itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin BN Sarawak dalam merangka perancangan awal untuk mengelak sebarang tragedi dalam keputusan PRN kelak.

Oleh itu, satu kejutan telah dirangka bagi melonjak impak sokongan rakyat terhadap BN Sarawak.

 Rujuk dalam link janji Ketua Menteri..

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/09/kejutan-menanti-pembangkang-sarawak/

Pendapat peribadi penulis, harap-harapnya di bawah berikut BUKAN ' kejutan buat pembangkang pada PRN ' yang dimaksudkan Tan Sri Adenan Satem dalam akhbar baru-baru ini.

  • Yang pertama, usul penambahan 11 kerusi DUN baru ini tidak ada kena-mengena dengan apa-apa jenis kejutan yang dicanangkan oleh Ketua Menteri.
  • Yang kedua, penubuhan UPP dan TERAS tidak ada kena mengena dengan prestasi buruk SUPP dan kepincangan SPDP.
  • Yang ketiga, kemungkinan 'pertembungan kalah mati' di kerusi DUN yang sama di antara parti komponen BN menentang parti mesra BN bagi menentukan tempat dalam barisan kabinet kerajaan negeri.. 
  • Yang keempat, pengumuman bajet belanjawan negeri Sarawak sebanyak RM6,359 Bilion pada tahun 2015 tidak ada kena-mengena dengan projek rakyat sebagai persediaan menghadapi tarikh pembubaran DUN bagi Pilihanraya Negeri yang ke-11 kelak.

Kami sebagai rakyat Sarawak sentiasa menanti kejutan yang tulen memandangkan PR juga menghadapi masalah sesama parti. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa calon BN yang akan bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak yang baru kelak.

Sekadar pandangan..


2 comments:

  1. Siapa yang akan jadi parti majoriti? masihkah PBB atau sekadar nak bahagi-bahagikan kerusi kepada parti -parti komponen BN atau PR ?

    ReplyDelete
  2. PBB parti majoriti ikut kwsn masing2.. DUN baru nanti mesti kena parti yg kuat (Tubuh parti baru) Kalau hanya SUPP bertanding, bermakna BN saja2 nak bg DAP tambah kerusi

    ReplyDelete