Monday, November 3, 2014

Gambar-gambar perhimpunan kes Anwar siang tadi yang patut diteladani BN

Nampaknya semakin jelas rakyat malah penyokong PKR sendiri sudah letih diheret ke jalan raya hanya untuk tunjuk solidariti. Akhirnya yang mendapat kredit ialah konco-konco Anwar yang tentu akan mengambil kesempatan daripada kehadiran orang ramai untuk kepentingan politik diri masing-masing.

Hari ini adalah hari yang ke-5 perbicaraan kes liwat Anwar. Tidak ramai yang kelihatan berhimpun seperti yang dirancangkan AMK terdahulu.

UMNO diharap jangan terpedaya dengan suasana seperti ini. Gambar bawah hanya menunjukkan bilangan yang sedikit pada hari perbicaraan Anwar sahaja, bukannya bilangan mutlak yang akan menolak pembangkang pada pilihanraya akan datang.

PKR pada dasarnya masih kukuh, ditambah lagi dengan kehebatan berdrama Azmin selaku MB yang kerap turun padang menemui rakyat selain menunjukkan jurang yang besar dalam cara berpolitiknya dengan Anwar serta pemimpin-pemimpin PKR lain.

Gambar suasana di luar Istana Kehakiman siang tadi.

 
 
 
 
 
 
 

Gambar di bawah sebaliknya menunjukkan keadaan penyokong Saiful Bukhari. Secara jujurnya, bagi penulis ia agak keterlaluan dengan kain rentang yang mempersenda-sendakan kredibiliti pesalah seperti ini. Bagaimana rakyat hendak meletakkan rasa simpati kepada Saiful Bukhari sedangkan penyokongnya bertindak seperti penyokong taksub PKR sendiri?

Semoga menjadi iktibar kepada UMNO dan komponen BN yang lain.



No comments:

Post a Comment