Saturday, November 15, 2014

Habislah... JPJ akan keluarkan nombor plat di Malaysia?

Sekejap rasa setuju, sekejap rasa tak setuju. Tapi juga kebaikannya! Sekarang ini ramai mat-mat rempit buat nombor plat ikut saiz suka hati sendiri saja. 

Yang kapcai design plat nombor rapat-rapat sampai susah nak baca walaupun dari jarak dekat.. Huruf guna yang berkilat macam cermin, jenis ada tapi macam tak ada.. Ini kelebihan untuk jenayah ragut...

Yang mat-mat motor besar pula, nombor pendaftaran jenis sticker letak bawah tempat duduk, sampai kena lindung tayar belakang pun ada.. Kadang-kadang orang tak tahu pun adanya nombor pendaftaran. Contoh macam gambar di bawah...



Eloklah JPJ buat peraturan itu. Di negara barat dengan nombor plat standard tak ada pula kes terbabas sampai masuk gaung.. Cuma satu sahaja yang kita tak mahu, janganlah sampai JPJ melebih-lebih pula..

Itulah korang, hari tu troll JPJ dengan isu plat nombor sampai buat agensi u-turn.. Sekarang kita juga yang risau takut-takut nanti dorang pula balas dendam troll tu dulu. Buatnya saiz seragam plat nombor sebesar A4 paper, mampus kita...hodoh gila rupanya.... 

Habislah kereta dengan motor di Malaysia semuanya ada plat penghadang angin di belakang buat sapu pasir, daun kering ke tepi jalan..  Main-mainlah lagi korang dengan KP PJ itu... kekeke....

P/S: Macam 'ada trick' di sebalik cadangan itu - satu lagi projek juta-juta ringgit akan dibolot orang tertentu.. Siapa yang untung ye?


Cadangan hanya JPJ keluarkan nombor plat 
- Elak pemilik kenderaan langgar undang-undang.



BATU PAHAT 14 Nov. - Kementerian Pengangkutan bercadang menjadikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai agensi tunggal yang diberikan kuasa mengeluarkan nombor plat kenderaan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan itu agar semua kenderaan menggunakan nombor plat yang seragam meliputi jenis dan saiz.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk mengelak pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang pelbagai sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan membuat nombor plat sendiri sehingga ada segelintirnya menyalahgunakan kelebihan itu dengan menggunakan huruf dan nombor yang bersambung. Tindakan itu turut menyukarkan pihak berkuasa lain melaksanakan tugas penguatkuasaan kerana terdapat kekeliruan ketika mengesan nombor plat yang pelbagai,” katanya selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Sri Gading, di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, langkah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya hanya JPJ yang mengeluarkan nombor plat kenderaan. “Kaedah ini telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Singapura dan Indonesia yang menggunakan nombor plat seragam tanpa bentuk yang pelbagai.

“Selain itu, kepelbagaian nombor plat yang digunakan pemilik di negara ini menyebabkan mereka gagal diambil tindakan sekiranya melanggar had laju atau lampu merah,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan serta operasi JPJ supaya dijalankan secara berhemah, teratur dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Kajian ini penting bagi memastikan kelancaran lalu lintas tidak terhalang selain pengguna jalan raya pula tidak terperangkap dalam kesesakan akibat operasi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.

 - utusan malaysia

9 comments:

  1. -Berapa harga? Siapa anak2 Datuk yg Dapat?
    -Kalau harga 1 keping RM 200.00 mmg tak patut. mcm gelang AC Mizal
    -Seluruh keturunan anda bakal Dilaknat Allah SWT.

    Nak berniaga memang kena untung, bukan BEBANkan dengan cara tak masuk akal.

    ReplyDelete
  2. Yang untung kroni jugak.. cdgn nak cekik rakyat serupa cdgn kotak hitam kat keta2 dulu.. Syukur negara kita pembangkang kuat. kalau x lagi ramai kroni2 jadi jutawan segera

    ReplyDelete
  3. gila ke JPJ kerja 5 hari orang kalau plate patah/jatuh hari sabtu/ahad tak payah pakai plate

    ReplyDelete
  4. Satu lagi projek barisan Nasional nak pelingkup rakyat. Harga minyak dah naik, GST lagi... Lani nombor plat lak nak dikronikan. Udah2le tu gomen nak tekanan rakyat. Elok2 plet nombor harga rm10-20 kurang jadi rm100-200.. Gomen ni sikit2 nak cukai.. Buat plet nombor kalau JPJ buat konfom nanti kena cukai, GST lagi...

    Hoi! Org kaya makin kaya, org miskin nanti jadi papa kedana... Banyaklah ko punya cdgn tu.. Tak halal rezeki hasil peras duit rakyat. Bengong punya org!!!!

    ReplyDelete
  5. Kedai cina asessoris..no plat besar puting tetek...kecik skit dr bijik kelentit..dpn belakang gerge rm300 xdak sapa brbunyi.kalu rmh ada 4 bji kereta..empat2 saiz plat sama...kali lah berapa.? apa2 pun yg kaya cina bangsat.

    ReplyDelete
  6. Takpelah. JPJ nk keluarkan no plate, silakan. Harga sama dgn yg dikenakan sekarang bila register kereta baru. Tahu berapa harga yg pengedar kereta charge? RM50 je, tak lebih. Kalau JPJ yg ambil alih, ratenya mesti dlm area itu. Jgn nk makan lebih2, nanti rakyat akan ludah dan sumpah jd setan. Nk jugak tengok kereta mewah, mahal, besar dan kepunyaan somebody pakai plate 'besar gedabak'. Yg bestnya, kereta plate JPJ11 pakai plate gedabak jugak...huhu...mesti best. Bila nk start? Org besar2 start dulu aaaaaa... Proton aku follow jer...!!!

    ReplyDelete
  7. Jpj patut kluarkan pemplet specifikasi plat yg Sesuai lepas tu uar-uarkan kpd para pengguna...habis dan tutup cerita ni... buangat masa jer..

    ReplyDelete
  8. Sekali tauke cina berdehem, terus sunyi sepi cadangan tu.

    ReplyDelete
  9. Ala la la latok jangan saman....

    ReplyDelete