Sunday, November 2, 2014

Perangkap jahat DAP gunakan isu agama untuk cetuskan kemarahan Kristian Sabah, Sarawak di KLIA2 terhadap BN


Kepantasan penyebarannya tidak masuk akal langsung. Dan segala-galanya begitu sempurna sehinggakan kesan daripada pengaturan serta objektif drama berkenaan, hampir tidak dapat dikesan.

DAP adalah dalang utamanya. PKR pula ambil nama dan 'mengorbankan' Anwar Ibrahim untuk menjayakan rancangan jahat DAP. Manakala parti picisan Borneo, STAR, yang dipimpin oleh Jeffrey Kitingan menjadi barisan hadapan bagi menghilangkan jejak DAP dan PKR.

Serangan DAP kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam isu Ibrahim Ali, merupakan fore-play kepada drama ini. Motifnya bukanlah kerana Ibrahim Ali sangat memandangkan pengaruh Ibrahim Ali tidaklah sekuat mana, apatah lagi di Sarawak sebaliknya mahu mencetuskan kemarahan meluap-luap di kalangan penganut agama Kristian Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Insiden di KLIA2 baru-baru ini menjelaskan bagaimana DAP bertindak dengan begitu baik mengikut perancangan yang teratur rapi.


Sabtu lepas, 25 Oktober, ratusan cakera padat dan bahan bercetak Melayu-Kristian mengandungi kalimah 'ALLAH' telah dilaporkan oleh media-media pro-Pakatan, dirampas daripada seorang rakyat Sabah, Maklin Makiau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Matlin singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanannya dari Medan ke Kota Kinabalu. Bagasinya yang mengandungi bahan-bahan untuk penganut Kristian dikatakan sebagai persediaan sambutan Krismas tidak lama lagi.

Agak aneh, Matlin bagaikan sudah bersedia untuk rampasan tersebut. Buktinya ialah penyiaran berita tersebut oleh Matlin di Facebook, tidak sampai beberapa minit selepas insiden berkenaan (SINI) dan kemudian turut disebarkan oleh sebuah blog pada 26 Oktober (DI SINI).

Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat Matlin dilihat sudah cukup bersedia untuk menyebarkan kes itu. Kes yang tidak menimbulkan kegemparan itu bagaimanapun, mendapat 'perhatian luar biasa' daripada kalangan bloggers, Facebooker dan orang media untuk tempoh yang singkat.

Malay Mail Online merupakan antara yang terawal membuat laporan iaitu pada 30 Oktober (SINI). Dan laporan berkenaan pula adalah berdasarkan kepada SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN.

Siapakah SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN itu?

Seperti yang diketahui SOP propaganda Pakatan (DAP) adalah dengan menggunakan media-media pro-Pakatan seperti Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini dan beberapa blog lain. Mereka akan menyebarkan berita dan serta-merta para pengkomen setia dan berbayar mereka akan buat kerja selain pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri untuk menyebarkan berita tersebut.

Salah seorang daripada pengkomen terawal adalah Ong Kian Meng yang merupakan antara Evangelic terulung dalam DAP. Dia segera mengaitkan insiden tersebut dengan Perjanjian 20 Perkara Sabah (DI SINI).Maklin turut berbuat perkara yang sama. (DI SINI)


Perkara menarik yang perlu diberikan perhatian ialah, sebarang item dalam proses transit, bagasi biasanya dipindahkan ke pesawat secara terus tanpa perlu membawa bagasi-bagasi tersebut ke terminal utama. Dalam kes ini, Matlin sebenarnya memang berharap, pihak berkuasa akan memeriksa bagasi tersebut, seterusnya merampas dan rampasan tersebut akan dijadikan tajuk berita untuk disebarkan, sekaligus membangkitkan kemarahan masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah.

Mengapa perlu Matlin mengambil risiko untuk check-out dan kemudian check-in balik 574 buah buku (133 tajuk), 419 CD dan 5 DVD di KLIA2? Dan mengapa pula Matlin dengan sengaja cuba menarik perhatian Kastam tentang bagasi tersebut?

Dia memang mahu ditangkap dan kandungan bagasi berkenaan dirampas? Satu lagi persoalan yang dibangkitkan, mengapa penjelasan mudah Matlin bahawa kandungan bagasi tersebut adalah untuk kegunaan gereja-gereja di Sabah tidak diterima oleh anggota-anggota Kastam, sedangkan kalimah 'ALLAH' sememangnya dibolehkan guna di Sabah dan Sarawak?

Adakah sebenarnya justifikasi salah anggota kastam tersebut sebenarnya untuk memburukkan lagi sentimen anti Semenanjung dan anti Islam di kalangan pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak?

Pemeriksaan mendapati Matlin adalah salah seorang pemimpin STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan yang cukup obses untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Untuk tujuan tersebut, mereka sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik di Malaysia. DAP pula melihat kerjasama dengan STAR akan mengukuhkan kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak, manakala PKR pula melihatnya sebagai satu pembalasan dendam kepada UMNO kerana pemenjaraan Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

SUMBER: ANOTHER BRICK IN THE WALL

2 comments:

  1. Sebenaqnya, insiden amat kejam kat MH370 & MH17 kita ini juga disyaki berkaitan strategi berterusan dan makin agresif si ZIONIS-Barat dan ejen tempatan mereka dari PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM, utk. memisahkan Sabah-Sarawak yg. amat kaya minyak-gas, dari Malaysia dan disatukan dgn. S'pura - supaya dpt. menubuhkan “Greater Israel' utk. MENGUASAI Asia spt. mana Israel ditubuhkan dgn. amat BUAS utk. MENGUASAI Timur Tengah yg. kaya minyak-gas di samping menjatuhkan ISLAM/umatnya di Dunia Islam (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di - http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)! Itulah yg. aku heran - apasallah K'jaan kita terlalu beri muka pd. S'pura yg. adalah pusat Mossad/CIA-MI6-Perisik Jerman sampai TANAH PUSAKA kita asyik TERGADAI kat S’pura – patutnya HAPUSkan SEGERA program “Rumah Keduaku” utk. warga asing!

    Geng Kongsi Gelap KAPIRDAJAL juga terlibat dlm. industri hartanah disyaki juga terlibat dlm. pembakaran berleluasa ke atas kpg-kpg Islam/Melayu, termasuk di Sabah-Sarawak - utk. MERAMPAS tanah/kpg termasuk menawarkan utk. membeli dr. mangsa yg. terdesak atau sekiranya tanah negeri, utk. MENGHALAU umat Islam/Melayu termasuk pelarian Islam, dr. tanah/kpg. tersebut! Lihat kebakaran berleluasa yg. MENCURIGAkan ini, di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_16/50-rumah-di-perkampungan-air-Kampung-Pondo-Pulau-Gaya-terbakar !

    Dan rejim Cina PAP ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan S'pura dari TANAH MELAYU; juga telah beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian untuk MENGECILKAN terus jumlah dan MENINDAS umat Islam/BUMIPUTERA Melayu, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - sekutu kuat rejim penjajah Cina ini!

    Maka, kita sbg. NEGARA ISLAM; berhak memberikan KERAKYATAN pd. pelarian Islam - apa yg. kita takut sgt. sedgkan Israel dan S'pura, yg. sekutu kuat Barat pun, tak peduli lansung undg antarabangsa (yg. sebenarnya dicipta Barat-Zionis sendiri)!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. INI LAH AKIBAT KEBONGOKKAN NAJIB MEMANSUH AKTA ISA!!!

    HARAP2 NAJIB TIDAK TERSERLAHKAN LAGI KEBONGOKKAN NYA DENGAN MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN!!!

    NAJIB BESAR PUNYA BONGOK!!!

    ReplyDelete