Monday, November 10, 2014

JPJ mahu orang ramai mati 5,358 orang sahaja? Apa jenis punya statement daa..

Cuba dengar kenyataan pengarah JPJ melalui astro awani..

Semacam tak kena tempat apa yang dia cakap. Dengan operasi yang dibuat, JPJ cuma nak orang ramai mati seramai 5,358 sahaja...

Penonton dengar pun pelik... sepatutnya dia kata mengurangkan risiko kemalangan maut, bukannya kata nak kematian sekian sekian ramai...

Mungkin dia bercakap dalam keadaan separa sedar...


JPJ buat operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama dengan SPAD dan PDRM. Menurut pengarah JPJ, ancaman utama kepada negara ini adalah kemalangan maut.

Operasi tersebut mensasarkan kepada 3 matlamat utama iaitu ;

1. No plat yang tidak mematuhi spesifikasi.
2. Kadar ketelusan cermin gelap.
3. Penggunaan lampu HID.

Operasi tersebut akan bertempat di 100 lokasi yang berbeza melibatkan seluruh Malaysia. Sebanyak 211 pasukan khas ditubuhkan untuk memastikan pemilik kenderaan mematuhi undang2 jalanraya.

Tujuan utama operasi dilakukan adalah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan. Pada tahun 2013, kematian maut akibat kemalangan ialah sebanyak 6,915 nyawa. Ia melibatkan 477,500 jumlah kemalangan yang direkodkan.

Maka, JPJ mahu mengurangkan jumlah kematian tersebut memandangkan mereka ada KPI yang perlu dipatuhi. Menerusi KPI yang disasarkan oleh JPJ, jumlah mereka2 yang perlu mati akibat kemalangan jalanraya menjelang 2020 adalah sepatutnya tidak melebihi dari angka 5,358 sahaja.

JPJ mahu melakukan operasi agar jumlah yang perlu mati akibat kemalangan ialah sebanyak 5,358 sahaja. Ini adalah teori on paper. Menerusi prediction JPJ, jika operasi ini tidak dijalankan, jumlah yang akan mati akibat kemalangan adalah sebanyak 10,716.

Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan automotik mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan di jalanraya.



11 comments:

  1. Ini cakap orang gila. Dia sepatutnya mensasarkan o kematian bukan mensasarkan angka tertentu untuk mencapai KPI. Macam mana bolih jadi ketua pengarah ni?

    ReplyDelete
  2. Ini bahasa retorik yang kerap digunakan untuk mempertahankan sesuatu projek, program, aktiviti atau apa sahaje.... spt dahulu banyak digunakan istilah dalam proses apabila ditanya mengenai sesuatu. Statement ini menunjukkan betapa bodohnya orang yang menjawab persoalan dikemukakan....Itu angka dan teori je beb.... belajarlah beza teori dengan yang sebenarnya.... bangang.

    ReplyDelete
  3. Macam ni punya orang pun boleh jadi Ketua Pengarah ke..??..

    ReplyDelete
  4. Dalam sejarah rasanya tak pernah pun disebut bilangan sasaran kematian terutama bila melibatkan statement dalam berita. Janggal dgr pegawai kerajaan bila sebut nak kematian 5 ribu lebih org. Sebut teori on paper patutnya tak kata nak org mati.. Biasalah.. JPJ capai sasaran KPI paling tak pun kena rajin2 keluar byk saman.. Mapuh hari2 kena maki org sampai korang pencen..

    ReplyDelete
  5. Maafkanlah... Dia tengah mabuk daun ketum.

    ReplyDelete
  6. JPA ka pilih mamat ni jadi Ketua Pengarah JPJ,BM dia cangkulkah?slang kenegerian pun menebal.

    ReplyDelete
  7. bini masuk sepital. kna denggi. otw nak ke sepital, jpj than. aku gtau nak cepat sebab bini sakit. tapi dia wat pekak. ambil lesen aku, soh trun. tulis sman slow2 sedangkan aku nk cepat nak tgok bini di sepital..sial punya jpj. lngsung x bertimbang rsa. x macam polis trafik. babi betoi. aku akn ingt benda nih sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sial pun jpj nih. kuat makan rasuah gak

      Delete
  8. Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ ni patut diPECAT! KEMALANGAN BUAS makin berlambak - yg. mengorbankan MAJORITI Islam/Melayu, terutamanya oleh LORI/BAS-BUAS yg. tak takut lansung undg-undg yg. terlalu RINGAN! Sebab itu aku syak Menteri ni tak peduli lansung!

    Kalau kat Barat- mana-mana pemandu/pengusaha-syarikat LORI/BAS serta KERETA-BUAS boleh DISAMAN BERJUTA serta diPENJARAkan, dan lesen PEMANDU akan diharamkan bertahun-tahun atau sampai bila-bila! Tapi kat Malaysia ni, pemandu BUAS terutamanya Lori/Bas - mereka seolah SAMSENG-TUANPUNYA-JLNRAYA!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  9. kat negara maju nombor plate semua jpj keluarkan, selesai masaalah size. disini nombor plate rakyat bikin sendiri sudah tentu timbul macam ragam, pastu jpj buat kerja bodo nak check satu satu, apa takde kerja lain ke nak buat?

    ReplyDelete