Thursday, November 13, 2014

Petanda besar akan berlaku - umat Islam masih terleka

Masjid Al Aqsa sedang diceroboh. Umat Islam lain sibuk bertelagah sesama sendiri dengan urusan dunia. Bahkan sehingga ke tahap memuliakan kaum kafir lebih daripada saudara seakidah dan seagama. Semuanya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat untuk kehidupan selepas mati kelak.

Sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat. Hanya Allah maha mengetahui. Sudah lupakah kita, Allah sesekali tidak akan menzahirkan sesuatu kejadian tanpa maksud atau hanya sia-sia? 



Empat bulan darah berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut :
  • 15 April 2014, 
  • 8 Oktober 2014  
  • 4 April 2015 
  • dan 28 September 2015. 

Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa ianya adalah perkara biasa.

Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi tanpa disedari.

Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.

Persoalannya,“Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia?”

Jawabannya; “Pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya bukan diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.”

Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak lain sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari di tengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu..

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali.

Setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil!

•2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi mencari penempatan baru (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah. 
•15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat. 
•5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel sehingga ke hari ini.

Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan umat Islam di seluruh dunia.

Akan tetapi, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb Oktober 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967.

Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan)

Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini bakal mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.

Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran dan secara tidak langsung umat Islam akhir zaman akan diuji secukupnya.

Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi hampir tiada mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia.

Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang bahasa dan isyarat alam yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.

Kaum Zionis sudah menguasai Al-Aqsa

Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka sudah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hisalam’ sebenarnya di sebelah timur sini.

Tidak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka. Bakal menjadi perhatian dunia.

Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar akhir zaman dan Imam mulia. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa. Jaga-jaga kita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.

Simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:

  1. 15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  2. 8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah 
  3. 20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari 
  4. 4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  5. 28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah 


Apa yang bakal berlaku kali ini adalah di luar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin iya-Mungkin tidak. Mungkin ada kejadian- Mungkin tidak ada langsung.

Kalau tiada, Alhamdulillah. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370?

Mungkin ada gempa bumi/tsunami/ meletupnya gunung berapi atau hujan meteor?

Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea?

Mungkin ianya lebih besar dari pergolakan Korea Utara-Korea Selatan?

Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus?

Sebab bunga-bunga perang sudah ada. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul?

Jazirah Arab sudah terbakar. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang, Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana.

Gambar tersebar di facebook hari ini. 
Petunjuk seperti awan sedang duduk istirahat sambil berdoa

Lihatlah apa yang berlaku di Palestin sekarang. Masjid Al Aqsa sedang dikuasai regim zionis. Penduduk tempatan dihalang daripada beribadat di dalamnya. Sebahagian ruang masjid sudah dicemari, Al Quran dibakar dan menunggu masa untuk dirampas keseluruhannya.

Ia petanda sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Dan kita umat-umat Islam di seluruh dunia, hanya sibuk dengan keadaan persekitaran kita, memikirkan untung rugi keesokan hari.


INGAT! Ini adalah sebagai pandangan sahaja. Tidak paksa sesiapa pun untuk faham apatah lagi untuk percaya. Segalanya atas ketentuanNya jua.

Wallahu’alam

8 comments:

  1. byk klah ko punya jerebu.
    nampak sgt ko nk alihkan tumpuan sebenar
    Sejak bila pulak jerebu warna merah dan menukar gerhana bulan jadi merah?

    Banyak2 ingt Allah SWT dr kerja nk menafikan itu ini.
    Setiap kejadian Allah tak jadi sia2. ada petandanya

    ReplyDelete
  2. kalau x silap saya tu gambar dome of rock bukan al aqsa kan? mohon betulkan saya jika saya silap...

    ReplyDelete
  3. seluruh kawasan sekitar itu adalah al aqsa. satu masjid dome of rock itu masjid haram al sharif, satu lagi masjid al qibli..Home

    ReplyDelete
  4. Anon 10.46pm, Masjid Al-Aqsa merangkumi 3 buah Masjid yg. termasuk Masjid Qubbat As-Sakhrah (Dome of Rock), Masjid yang kubahnya berwarna hijau tua iaitu Masjid Qibli, yang merujuk kepada qiblat pertama umat Islam atau juga dipanggil Masjid Juma’ah, dan di hadapannya adalah Masjid Umar - teruskan membaca di
    di http://www.sinarharian.com.my/kealpaan-umat-islam-dan-kepentingan-al-aqsa-1.93559, Kealpaan umat Islam dan kepentingan Al-Aqsa,11 Oktober 2012.

    Dan di - http://www.wecare4ummah.com/2013/09/israel-menutup-masjid-suci-umat-islam.html , Israel Menutup Masjid Suci Umat Islam Untuk Perayaan Tahun Baru Yahudi: Tebing Barat, By Ismail Latip, September 07, 2013:

    ......Perkarangan al-Aqsa, yang terletak di Bandar Lama al-Quds, adalah tapak tumpuan kerana menjadi kepentingan kepada kedua-dua umat Islam dan Yahudi. tempat berkenaan dikenali kepada orang Yahudi sebagai Temple Mount, sebagai tapak suci dalam agama Yahudi. Ia adalah tapak Islam ketiga paling suci selepas kota Mekah dan Madinah di Arab Saudi. Orang-orang Yahudi tidak dibenarkan untuk berdoa di dalam kompaun berkenaan.

    ReplyDelete
  5. Artikel yang BERNAS Sarawakian Marks; TERIMAKASIH!

    Malangnya, negara-negara Islam yg. begitu kaya raya dgn. minyak-gas-Uranium serta OIC (utk- pembuatansenjata Nuklear), telah diJAHANAMkan dari dalam oleh si peimimpin Islam-LIBERAL serta PENYAMAQ Islam dari ejen-ejen ZIONIS KEPARAT (penyamaq Islam-ejen/puak-Yahudi adalah MO yg. digunakan juga utk. menjatuhkan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol) - sampaikan umat Islam termasuk di Palestin boleh diBUNUH/diROMPAK sesuka hati oleh Barat-Zionis (apalagi puak Yahudi Zionis telah menguasai Barat/UN/ICC/ICJ dan segala mcm. pertubuhan Dunia).

    Lihat - di http://www.sinarharian.com.my/kealpaan-umat-islam-dan-kepentingan-al-aqsa-1.93559, Kealpaan umat Islam dan kepentingan Al-Aqsa,11 Oktober 2012:

    .....Mengapa Pentingnya Masjidil Aqsa Kepada Umat Islam?

    Mengenai kunjungan Sheikh Raed Solah ke Malaysia, Dr Zainur berkata permasalahan paling besar dan utama yang cuba disampaikan oleh Sheikh Raed ialah isu Masjid Al-Aqsa, yang mana menurut beliau begitu penting kepada seluruh umat Islam berdasarkan enam fakta yang utama.

    Pertama, Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan.

    Kedua, ia adalah masjid kedua yang dibina di atas muka bumi ini 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram.

    Ketiga, Masjid Al-Aqsa adalah masjid suci yang ketiga di sisi Allah SWT selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

    Keempat, di Masjid inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana Masjidil Aqsa adalah tempat persinggahan terakhir Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda diangkat ke langit.

    Kelima, Masjidil Aqsa ini dikelilingi oleh bumi para nabi (Bumi Ambia’) menjadikan Baitulmaqdis sebagai bumi yang istimewa di sudut akidah umat Islam.

    Yang terakhir ialah bumi Palestin ini dikenali dengan panggilan "Bumi Perjuangan.

    Terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa pahala menunaikan solat dalam Masjidil Aqsa adalah 500 kali ganda. - Bernama

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    Malangnya, negara-negara Islam yg. begitu kaya raya dgn. minyak-gas-Uranium (utk- pembuatansenjata Nuklear) serta OIC, telah diJAHANAMkan dari dalam oleh si peimimpin Islam-LIBERAL serta PENYAMAQ Islam dari ejen-ejen ZIONIS KEPARAT (penyamaq Islam-ejen/puak-Yahudi adalah MO yg. digunakan juga utk. menjatuhkan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol) - sampaikan umat Islam termasuk di Palestin boleh diBUNUH/diROMPAK sesuka hati oleh Barat-Zionis (apalagi puak Yahudi Zionis telah menguasai Barat/UN/ICC/ICJ dan segala mcm. pertubuhan Dunia).

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Melihat kpd keadaan dunia skrg bibit2 perang besar dh nampak. Korea utara vs Korea Selatan, Rusia vs Ukraine dgn Barat, China vs Jepun dgn Amerika, Zionis vs Islam di Palestine..tunggu detik saja.

    Apapun kaitan Prophecy dgn kejadian Gerhana2 itu mmg tak mustahil skrg ni pun dh terlalu byk perkara pelik-pelik dlm dunia dah berlaku. Kanak2 5 tahun dan 6 tahun dah reti buat sex terang2 dkt public. Islam makin lemah walaupun penganutnya semakin ramai tanda2 agama itu hanya tinggal pada amalan sahaja tanpa pengabdian kpd Maha pencipta..

    Fitnah makin berleluasa, para Ulama dan ilmuan agama diperlekeh dan jatuh ke lemah fitnah oleh org2 jahil dan disokong oleh sekumpulan besar manusia yg mendewakan hak2 assai dan percaya kpd kesamarataan. Negara kini dikuasai oleh org2 yg bukan ahli-ahli.

    Bibit2 kehancuran dah nampak. Betul kata dlm alquran, manusia akhir zaman hidup dlm huru-hara... dgn fitnah yg berleluasa.. Innalillah... Bertaubatlah sebelum tanda besar kiamat muncul..

    ReplyDelete