Tuesday, November 18, 2014

Amaran keras dari CM Sarawak kepada syarikat bodoh, bacul dan korup..

Amaran Tan Sri Adenan Satem kepada syarikat-syarikat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pembalakan di negeri ini benar-benar memberi kejutan buat pertama kali sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Selama ini terdapat banyak kegiatan penerokaan haram oleh syarikat pembalak dilaporkan malah ada di antara mereka berani menjual nama kerajaan negeri untuk memperdayakan penduduk setempat.

Walhal kerajaan tidak sekali-kali pernah mengarahkan kerja-kerja penerokaan sehingga mengambil balak atas sebab kononnya untuk aktiviti pembangunan.

Syarikat pembalak yang tidak bertanggungjawab semakin rakus, mereka menceroboh tanah NCR milik orang kampung, merosakkan kebun dan sawah padi, merosakkan sungai dan sumber semulajadi dan sebagainya.

Ia akhirnya menyebabkan penduduk kampung mengamuk, lalu berlakulah kejadian kem-kem, lori balak dan aset mereka dirosakkan dan dimusnahkan. Kes seperti ini telah beberapa kali berlaku terutama di bahagian pedalaman Sarawak.

Kesempatan ini kemudiannya digunakan sepenuhnya oleh pembangkang tempatan yang menggunakan isu pembalakan haram seperti ini untuk memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan negeri. Mereka buatkan banner, merancangkan perhimpunan serta mengambil gambar penduduk yang sedang marah kemudian memaparkan di media sosial seolah-olah mereka telah dianiaya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Contoh yang kita dapat lihat di sini btmmari,blogspot,com  dan www.thebornepost.com

Penulis percaya Tan Sri Adenan tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku. Maka sebab itulah beliau mengeluarkan amaran yang cukup keras secara 'direct' kepada sarikat pembalakan sehingga membuatkan mereka malu untuk merasa gah seperti kebiasaan yang kita lihat.


KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK diberi "AMARAN" oleh KM Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.


Sungguh luarbiasa dan sekali lagi Ketua Menteri Sarawak membuatkan rakyatnya "terkesima" apabila Ketua Menteri Sarawak secara langsung memberi satu. Amaran berbentuk lisan iaitu “jangan main-main dengan saya” pastinya akan menusuk kalbu sehingga menguris sekelumit hati para pembalak dalam satu perhimpunan mengenai pembalakkan di Sarawak.

Malah bukan itu sahaja, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan hadirin apabila mengatakan bahawa Industri Pembalakkan di Sarawak adalah Industri yang "Korup" tatkala Perhimpunan itu disertai oleh hartawan atau orang kaya melalui industri balak Sarawak.

“Sebahagiannya, sudah tentu bukan semua, berlagak tidak tahu apa-apa."

"Alasannya sangat mudah, sama ada mereka (syarikat balak) bodoh, bacul atau korup,” - The Star

Kenyataan itu Ia mengejutkan hadiri yang terdiri daripada anggota kabinet negeri, penjawat awam dan beberapa individu terkaya di Sarawak. “ikrar integriti” mengambil peluang itu memberi amaran tegas terhadap kegiatan pembalakan haram.

Beliau malah menamakan enam syarikat itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka supaya “jangan main-main dengan saya”.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem & Menteri Tan Sri James Jemut Masing adalah menteri yang paling lantang di Sarawak.


Sumber:http://www.pengerindu.com/

2 comments:

  1. Aku masih ingat ketika ke Limbang bertahun dulu, SEDIHnya. Dari bandar, aku dapat melhat sungainya yg. indah, dipenuhi balak-balak terapung, yg. membahayakan feri dan juga penduduk kpg-kpg Air kaum Bumiputera serta merosakkan sungai. .Aku lihat perahu dan bot dari kpg. Air ni punya susah payah mengelak balak-balak terapung ni. Juga, banyak jlnraya di Limbang termasuk di kpg-kpg rosak akibat lori balak/kelapa sawit yg. kadang-kadg dipandu laju pula tu, serta pencemaran udara akibat lori ni mengeluarkan asap berkepul-kepul!

    Sedangkan kaum Bumiputera Limbang masa tu, yg. aku jumpa cuma berniaga gerai-gerai makan kecil. Tetapi bangunan-bangunan besar termasuk hotel-hotel besar kepunyaan kaum Pendatang yg. aku syak Taukeh-taukeh Balak ni, makin meningkat kat Limbang – kerana rakyat Brunei yg. kaya ramai ke Miri dan Limbang! Bahkan transpot guna 4WD dimonopoli kaum Pendatang dan dikenakan tambang-cekik-darah utk.ke Miri!

    Harapnya SPRM juga menyiasat PERAMPASAN Tanah-tanah negeri tepi pantai di Miri oleh Taukeh-Taukeh balak ni! Kan SPRM dah cakap, hasil RASUAH akan disita, jadi tolong ambil balik tanah-tanah negeri tepi pantai yg. telah diROMPAK ni – tak kiralah walau Banglo-banglo besar dah dibina! Bagi balik kat rakyat dan buat selamanya sbg. Tanah Adat – bina UiTM utk. Bumiputera, Hotel-hotel BUMIPUTERA murah tetapi canggih, dan taman pantai yg. panjang - utk. kegunaan dan kegembiraan semua rakyat termasuk yg. MISKIN – tanah pantai sebenaqnya bukan hanya kepunyaan VIP!

    Dan sekiranya RASUAH dah dibuktikan, tolong juga TANGKAP CEO-CEO sy. balak ni serta CEO-CEO Sy. ladang kelapa sawit , walaupun selalunya tuanpunya, sy. sama. Sebab tanah-hutan terutamanya tanah-hutan Adat, selepas dibalak akan dijadikan ladang kelapa sawit – maka tanah-hutan tersebut terus jadi kepunyaan taukeh-taukeh balak ini! Dan kenakan DENDA BERJUTA di samping hukuman PENJARA utk. CEO-CEO korporat ini – yg. selama ni ingat mereka KEBAL dari undg-undg akibat kemewahan/kekuasan mereka!

    Begitu juga bagaimana Miri boleh menjadi pusat PELACURAN termasuk PATI GRO dari Filipina/China terutamanya; yg. mana pelanggan utamanya disyaki dari omputih/si KAPIR Shell Brunei – yg. aku syak sindiket ini juga dikuasai Geng-geng Kongsi Gelap. Haritu polis ada tangkap GRO-GRO dari China; tapi lapuran berita tu seolah nak kita simpati pd. GRO tu yg. kononnya di 'eksploit‘; HANTAQ saja balik negeri depa!

    Bahkan Miri yg. terkaya minyak-gas di Asia Tenggara ini mahu dijadikan pusat Kristian Extremis pro Zionis/ISrael di Borneo – oleh puak PENGGANAS pemisah Sabah-Sarawak yg. ditaja CIA/Mossad/NATO di S‘pura! Sebab itu kena perbanyakkan pembinaan MASJID/SURAU/Sek. Agama/Univ. Islam utk. kaum BUMIPUTERA Islam/Melayu di seluruh Baram; dan juga POLIS BUMIPUTERA, serta POLIS ISLAM (lain dari Polis Syariah) utk. menerima dan meyiasat sebarang aduan BUMIPUTERA serta umat Islam kerana Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN yg. sepatutnya diLINDUNGI dgn. amat KETAT mengikut undg-undg Perlembagaan.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete