Wednesday, November 5, 2014

Gambar adik Ahmad Rafikin yang hilang ketika marathon

Kejadian kehilangan misteri adik Ahmad Rafikin Azman menimbulkan banyak persoalan kenapa ia boleh berakhir dengan tragedi. Bukan kita nak salahkan sesiapa cuma sedikit hairan, bagaimana marathon dipantau dan ada berapa check-point ditugaskan oleh pihak penganjur sehingga peserta boleh melencong keluar dari laluan?

Jungle trecking adalah salah satu sukan lasak yang ada risikonya tersendiri. Sudah banyak kes peserta tersesat melibatkan aktiviti-aktiviti lasak berlaku di negara kita lebih-lebih lagi di kawasan hutan dan gunung. Kehilangan peserta sebelum ini juga pernah melibatkan pelajar kolej, guru-guru, atlet malah warga asing yang dianggap berpengalaman dalam aktiviti lasak.

Semoga pihak yang menganjur tidak memandang remeh aspek keselamatan para peserta sekalipun laluan trek cuma di pinggir hutan atau kaki gunung.

Gambar di bawah menunjukkan adik Rafikin (berbaju hitam) sedang mengikuti larian Marathon pada 1hb Nov yang lalu.



Ucapan penghargaan kepada semua pihak bomba, polis, askar, penduduk kampung, individu dan pihak lain dalam membantu gerakan mencari arwah Rafiqin dari hari pertama sehingga hari keempat dijumpai.

Cuma terkilan ada beberapa page yang melaporkan info palsu yang sama sekali rekaan semata2 sehingga menimbulkan salah faham yang telah menyinggung perasaan keluarga mangsa. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Rafiqin Azman semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.


Ada banyak gambar-gambar lain yang lebih jelas serta pengalaman individu yang terlibat dalam operasi SAR untuk dikongsikan. 



2 comments:

  1. penganjur patut belajar dari kekurangan tanda petunjuk jalan bagi sukan sukan seperti ini..munkin tidak boleh menempakkan pengawas sepanjang jalan laluan tapi fikirkan bagaimana tanda jalan berkesan dapat di lakukan..antaranya guna kan petanda bendera kecil yang boleh di buat dari batang pokok kecil yang di lilit tape merah setiap 10 meter atau yang bersesuain atau gunakan air kapur yang di siram sepanjang laluan..dengan ini peserta akan sentiasa mengikut panduan tanda dan sekiranya berlaku juga adalah sesuatu yang luar jangka,,,,apa apa pun" berfikir segala kemungkinan yang boleh berlaku dan akan berlaku" mesti di uji sebelum mengadakan acara seperti ini..alfatihah untuk adik yang pergi..

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang ikut pengalaman orang-orang tua dulu kawasan hutan ni banyak yang masih 'keras'.. bab orang bunian tu memang spekulasi tapi tak boleh dianggap tahyul. Semua kemungkinan boleh terjadi.

    Pernah dulu pakcik saya tersesat dalam perjalanan ke kebun (5 minit dari jalan besar) walaupun itu laluan itu memang laluan seharian dia.. katanya jalan itu seperti ditutup oleh dahan2 dan semak samun kemudian dia jadi hilang arah.. sepuluh minit kemudian baru dia jumpa balik jalan ke kebun itupun kena redah semborono dengan apa yang dia fikir itu jalannya..mujur mmg ada bawa parang. Klau tak, jadilah kes org hilang sampai berhari2 tak balik... Wallahualam

    ReplyDelete