Saturday, November 15, 2014

Surau 'dihiasi' oleh ceramah politik bukan Islam

Keadaan yang nampak biasa tapi tidak sepatutnya berlaku.. Kini kita lihat kesucian masjid/surau yang menjadi tempat ibadat dan lambang perpaduan jemaah-jemaah Islam kerap dicemari. Dengan keadaan politik yang diamalkan di Malaysia sekarang, masjid dan surau bukanlah tempat sesuai untuk menyampaikan ideologi atau kempen politik masing-masing. 

Gambar dibawah menunjukkan seorang perempuan india, penulis percaya beliau adalah KS Bawani, yang terkenal dengan viral video 'listen, listen,listen' tidak lama dulu.. 

Nampaknya video tersebut telah menjadi inspirasi untuknya bersuara dengan lebih lantang lagi..

Tidak ada maklumat tentang apa yang disampaikannya di dalam surau ini, tetapi ia mungkin ada kaitan dengan kempen solidariti 4UM9 (hentikan intimidasi terhadap mahasiswa) yang dilaungkan kumpulan sosialis yang pro-pembangkang. 

Bawani adalah penyokong Fahmi Zainol jika menurut laman wall facebooknya. 


Gambar di bawah, mungkin pada siang yang sama atau mungkin hari yang berlainan tapi guna pakaian yang sama, sedang memberi ucapan dalam kempen solidariti di Occupy UM.


Rupanya Fahmi Zainol dibantu aktivis mahasiswa luar kampus yang aktif menentang dasar-dasar kerajaan kononnya menyekat kebebasan suara mereka. Malangnya, yang ramai di kalangan penyokongnya adalah pelajar Melayu sedangkan keistimewaan mereka dijaga oleh kepimpinan umno termasuk segala kemudahan pembelajaran mereka di institut pengajian tinggi.

Ada segelintir mahasiswa percaya suara mereka adalah keramat. Merekalah penentu kerajaan, mereka juga menentukan pemerintah dan masa depan negara. 

Kata mereka kerajaan salah guna kuasa, tetapi siapa pula yang menyalah guna kemudahan yang disediakan kerajaan?








2 comments:

  1. inilah masalahnya bila penganjur melayu yg kononnya Islam cetek agama...maka tidak hairanlah si kafir ambil kesempatan atas nama kebebasan bersuara dah hak asasi...

    ReplyDelete
  2. orang kristian cukup marah kalau org luar bawa hal politik memburuk2kan orang lain dalam gereja mereka. Tapi kat surau mcm dah biasa. pepuak khawarij munafik sekali dgn kafir byk guna surau utk pecah belahkan umat2 islam...! memang gampanglah semua puak tu sanggup guna surau utk jatuhkan maruah org islam yg lain...

    ReplyDelete