Thursday, November 20, 2014

Selepas PPS, wujud NGO menyerupai PDRM menggemparkan negara

Bermacam-macam cara pihak tertentu cuba nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri.. Sebelum ini PPS pro-DAP di Pulau Pinang disiasat kerana menyalahgunakan nama NGO untuk membuat pasukan berunifom sendiri seperti PDRM.

Kali ini Briged PPPM atau nama NGOnya Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia muncul dengan penampilan lebih berani. Persatuan yang asalnya ditubuhkan sebagai sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah di kawasan mereka. Tetapi kini lain pula jadinya.. Mereka dilihat sudah ada jawatan pegawai, dengan tag pengenalan, entah mungkin bergaji bulan seperti kakitangan kerajaan juga.

Sekali pandang tak ubah seperti PDRM.. uniform gelap lengkap dengan epaulet dan ribbon bar.  Apa pandangan anda?


Mereka juga dilihat menjalankan penguatkuasaan memeriksa premis dan kedai-kedai. Rujuk pada gambar bawah.. Penulis kurang faham, adakah sebuah persatuan NGO mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawab seperti pihak penguatkuasa kerajaan? Sekiranya pemilik premis enggan bekerjasama, apa pula bentuk tindakan yang akan diambil mereka? 


Kes terbaru, 2 orang daripada anggota mereka telah ditahan lengkap dengan kereta peronda mirip MPV pasukan peronda PDRM. Dalam kad beliau jelas tertera nama Briged PPPM yang mengandungi maklumat nombor ahli, cawangan dan jawatan - Ketua Inspektor dan Konstable? Cukup hebat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita?

 
Kereta 'polis' PPPM?
Negara kita sekarang terancam bukan oleh anasir daripada luar sahaja, bahkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan NGO sebagai lesen untuk melakukan kerja-kerja tertentu bagi pihak yang berkepentingan. Tidak pasti samada PPPM yang sebenarnya terlibat atau sebaliknya. Tetapi melihat daripada gambar yang ada menunjukkan nama PPPM jelas digunakan.

Kita tidak mahu wujud satu pasukan mirip pasukan keselamatan sendiri yang boleh mengelirukan orang awam yang dibentuk kononnya untuk kepentingan masyarakat. Akhirnya nanti mereka tubuhkan unit bersenjata pula. Diminta pihak berkuasa siasat tindakan seperti ini sehingga ke akar umbi.

Di bawah adalah laporan kosmo berkenaan penahanan seorang anggota PPPM


Polis siasat Briged PPPM - Kosmo


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) kerana didapati menggunakan kenderaan mirip kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menjalankan siasatan itu selepas seorang anggota pa­sukan kereta peronda polis membuat laporan mengenai kehadiran kenderaan yang digunakan NGO itu di sebuah kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya, Se­langor baru-baru ini.

Mengikut laporan itu, anggota polis terbabit mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki ahli NGO tersebut menggunakan corak petak-petak warna ku­ning dan biru yang seakan-akan sama dengan kereta peronda polis.

“Belum ada laporan polis mengenai kekeliruan ini, bagaimanapun pihak kami sedang menyiasat kesalahan yang mungkin dilakukan pihak ber­kenaan (Briged PPPM),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Briged PPPM ditubuhkan Julai lalu bertujuan mengawasi kawasan perumahan di seluruh negara yang didakwa mempunyai masalah jenayah.

Setiap ahli Briged akan memakai pakaian sera­gam berwarna hitam serta lambang pangkat seakan-akan pasukan keselamatan.



6 comments:

  1. Apa nak jadikan dengan puak rasis nie. Suruh masuk polis tak mahu, kutuk polis memang selalu. Pihak berkuasa kena tidak menghidu dan membenteras aktiviti haram mereka? Segera dihapuskan sebelum menjadi huru-hara.

    ReplyDelete
  2. jelmaan komunis moden agaknya....

    ReplyDelete
  3. Dahlah ahli-ahli PPS HARAM dah terlepas - tak dak pun TINDAKAN selepas diTANGKAP sekejap! Ini satu lagi 'NGO puak PENDATANG MENYAMAQ sbg. PDRM pula - bayangkanlah SAMSENG KONGSI GELAP menyamaq mcm.. ni dan dpt. ambil butiran ahli perniagaan Islam/Melayu sewenangnya?! Mana KDN dan Kem. Pengguna - walaupun ROS cakap nak ambil TINDAKAN?! Heran betullah aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xde pihak menaja xkan menjadi kerja begini.. mesti ada yg fund persatuan sampai byk sangat duit buat uniform, pangkat, elaun, pejabat dgn kereta. Semua tu bukan duit ahli sendiri.. masalahnya siapa di belakang persatuan-persatuan mcm ni?

      Delete
  4. semua ni duit poket dorg sendiri....jangan menuduh macam2.... lagak seperti tuhan tahu sebagainya.... jadi ahli pppm, baru tahu apa yang sebenarya....jangan nak rasis sgt, samakan pppm dengan pps @ komunis....niat mereka baik...bukan nak mengambil alih pdrm...semua sedia maklum pdrm pihak yang berwibawa, xmakan rahsuah, penuh integriti.....memang xde sapa2 boleh lawan.... tujuan briged ni plak, nak membantu pihak polis, kesihatan, untuk buat pemantauan...tapi atas pihak2 tertentu yang mempunyai agenda tertentu nak menyeru pihak2 berkenaan sakit hati ngan pppm, harampamkan pppm, padahal pppm ni ngo atas tiket kepenggunaan...pegi buat pemantauan harga....bukan peras ugut pekedai.....jangan salah paham.....dalam ngo ni semua parti politik ada, dap, pkr, bn, umno, pas.....dan janga rasis dengan memmbuat keyataan pertubuhan cina, mamak dan sebagainya....ada orang sakit hati dengan pppm, sebab pppm lebih lantang dari mana2 ngo....nak suruh bayar cukai, tapi hak kita, org negara lain sapu.....seronok ke??macam isu minyak subsidi, kita bayar cukai....kenapa orang negara bangla, singapura, semua dapat harga sama macam kita?? sedangkan kita yang bayar cukai......bukan dorg.......ini yang pppm perjuangkan.....harga naik semua salahkan kerajaan,padahal peniaga yang xikut arahan kerajaan......dan mesin kuda...kenapa mesti isu ni dah lama sangat berleluasa....salah siapa???bila pppm bersuara, mewakili komuniti suara besar, semua nak hentam cakap pppm salah.....habis melalui suara siapa kita nak bersuara?? kalau buat laporan, tapi masih tiada tindakan? salam pppm juga?? fikir2kan wahai pembaca budiman.....

    ReplyDelete
  5. dapat maklumat pppm dah kenal pasti blogger ni melalui suruhanjaya komunikasi dan multimedia(skm@mcmc) dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib disusuli tindakan undang2 dan mahkamah kerana fitnah dan merosakkan imej pppm...

    ReplyDelete