Sunday, November 16, 2014

Pemandu2 Sarawak lebih tahu keadaan jalanraya di negeri ini.

Pernah pandu kereta daripada Kuching ke Miri non-stop? Sesampai sahaja di destinasi, badan akan terasa lenguh, bayangan rasa gegaran/beralun hasil memori yang disimpan sejak awal bertolak. Inilah keadaan jalan luar bandar di Sarawak.

Sarawak adalah negeri yang paling besar di Malaysia. Namun kebanyakan jalanraya yang menghubungkan satu bandar ke satu bandar yang lain masih banyak kekurangan lagi.

Itu belum lagi dikira kawasan-kawasan kampung yang masih ada belum ada kemudahan jalan raya di kedua buah negeri. Jalan yang sedia ada banyak beralun, tidak rata, bergelombang di sana sini.... kenderaan 4WD kalau dipandu laju memang mudah melambung..

Jalanraya di Sarawak juga masih lagi banyak lopak dan diturap setompok-setompok. Elok juga menteri sendiri naik bas untuk melihat sendiri keadaan jalanraya di negeri Sarawak.

Untuk pengetahuan, lori-lori kargo yang bersaiz besar kerap menggunakan laluan yang sama daripada Kuching ke Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Lawas. Dalam satu malam sampai berartus-ratus buah. Jadi tidak mustahil keadaan jalanraya tidak tahan lama terutama ketika musim hujan.

Bukan sahaja keutamaan diberikan kepada Projek Pan Borneo, tetapi juga penambahbaikan jalan-jalan raya yang sedia ada selain melebarkan kepada dua lorong sehala terutama di kawasan simpang kampung dan selekoh tajam.

Kualiti jalanraya Sarawak di kawasan luar bandar kebanyakannya seperti di bawah....


Sumber gambar daripada google. Jalan di atas terletak di kawasan antara Sadong Jaya ke Kota Samarahan.

Kita harap dengan Peruntukan lebih RM30 bilion dalam Bajet 2015 yang diperolehi Sabah dan Sarawak akan memberikan harapan kepada rakyat yang memerlukan banyak penambahbaikan dari segi infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan elektrik.

Rakyat tidak akan melenting seperti pembangkang. Tetapi mereka akan merungut apabila ditanya masalah yang dihadapi. DAP bijak menggunakan isu jalanraya dan bekalan air untuk memancing undi. Biarpun jalan yang dibina setaraf laluan tikus, namun ia dipropagandakan seolah-olah mereka telah menyelesaikan masalah rakyat di negeri Sarawak.

Kita harap ADUN BN kawasan prihatin tentang keadaan ini. Jangan nanti dekat pilihanraya baru tergopoh gapah hendak selesaikan masalah dalam masa satu dua hari. Akibatnya nanti PR juga yang popular walaupun mereka hanya tahu membantu rakyat melalui berbagai-bagai perjumpaan yang sarat dengan cakap kosong dan ceramah-ceramah memburukkan pemimpin sahaja.

p/s: Bila projek lebuhraya Pan Borneo ini akan siap agaknya..

2 comments:

  1. Artikel yg. BERNAS SM!

    Aku juga pernah naik 4WD dari Miri masuk pendalaman Baram - punyalah MAHAL 4WD; cekik darah betul. Lepas tu, drebar tu sengaja berhenti kat kantin yg. dikuasai geng depa di kwsn pendalaman di Lembah Baram yg.begitu INDAH (tapi habis jlnnya dirosakkan lori TAUKEH-TAUKEH BALAK yg. ramai dah MERAMPAS tanah negeri tepi pantai kat Miri tu) - satu pinggan mihun $10; kalau cakap dari awal, lansung takkan pesan! Aku bayaq - sebab takut dipukul nanti pula! Maklumlah jauh di Pendalaman - nasib baik Drebar tu bawa isteri dan anak; kalau tidak takut jugak!

    Jadi betullah cakap mu SM, kerana KEMISKINAN/PENDERITAAN inilah, yg. menyebabkan BUMIPUTERA miskin terutamanya kaum BUMIPUTERA Dayak Penan TERHASUT dgn. politikDAJAL-PENIPU DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Lihat artikel antarabangsa terbaru puak PENIPU ni - di https://intercontinentalcry.org/attempt-expel-indigenous-peoples-proposed-baram-dam-site-denounced-human-rights-groups/ , Attempt to Expel Indigenous Peoples from Proposed Baram Dam Site Denounced By Human Rights Groups: Government and Companies Complicit in Violating Freedom of Assembly and Land Rights, by JOAS, SUARAM and International Rivers on October 24, 2014!

    Yg. herannya tu. Suaram tu pertubuhan HARAM; apahal boleh beroperasi pula di M'sia ni dan aktif pula di S'wak?! dan 'NGO' Jaringan Org. Asal se Malaysia ni yg. aku tak pernah dengaq ni - aku juga syak HARAM sebab apa hak depa nak mewakili semua BUMIPUTERA kat seluruh Malaysia ni - melainkan mereka cuba nak MENGHASUT kaum Dayak spt. biasa, yg. kononnya kaum BUMIPUTERA Melayu termasuk kaum Melayu Melanau, Melayu Brunei dsbnya, bukan Org. Asal/BUMIPUTERA?! Maka, mana tindakan KDN/K'jaan S'wak?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].



    ReplyDelete
  2. Patutnya PENGUSAHA (syarikat) KENDERAAN BERAT kargo, dikenakan CUKAI dan DENDA amat tinggi kerana sering MEMBAHAYAkan keselamatan pengguna jlnraya lain serta MEROSAKkan jlnraya! kalau tidak, lebuhraya baru Pan Borneo baru mahupun jlnraya-jlnraya baru lain pun mungkin asyik kemalangan dan rosak juga - mcm. kat Semenanjung ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete