Tuesday, November 4, 2014

Lakonan Pak Jabit Hantu Mak Limah setanding Anwar malah lebih berani



Memang hebat ucapan Pakcik Man Kadir a.k.a Pak Jabit. Cuma kali ini lebih hebat dari filem komedi Hantu Mak Limah.

Ada sesiapa nasihatkanlah pakcik ini, cukuplah kaitkan kes liwat Anwar dengan DS Najib dan isterinya kalau tak tahu pokok pangkal cerita. Tak pasal-pasal saja pakcik dapat dosa kering memfitnah..

Kata Pakcik Man,

 "Jika Anwar didapati bersalah, saya harap pengamal undang-undang, peguam-peguam, pendakwaraya, hakim-hakim sila koyakkan seluruh ijazah saudara semua..."

 "sebab negara ini sudah tidak ada undang-undang dalam sebuah negara demokrasi.. yang ada undang-undang rimba yang diminati daripada zaman Mahathir Mohamad sehinggalah kepada Najib Razak yang dibantu oleh Rosmah Mansur..."

 "Undang-undang mereka hanya untuk mengaut keuntungan, mencuri harta rakyat, menipu rakyat, rasuah.. inilah yang mereka lakukan dengan mengenepikan undang-undang demokrasi.."

Inilah fitrah PKR..

Baru tunjuk solidariti saja sudah jadi taksub, mereka lupa keadaan diri mereka sendiri. Jika pakcik sudah berani menuduh Najib dan Rosmah sebagai dalang dalam kes liwat Anwar, bermakna pakcik sudah bersaksi atas apa yang diucapkan itu. Termeterailah persaksian itu di hadapan dua malaikat pencatat amal.

Saiful sudah bersumpah atas nama Allah, dia telah diliwat. Jika ada sesiapa lebih yakin pada tertuduh mengatasi sumpah Saiful, itu terpulanglah...

Cuma kita rasa pelik, apa kaitan kes perbicaraan Anwar dengan rompak harta rakyat, menipu rakyat dan rasuah? Lebih pelik, jika Anwar didapati tidak bersalah, mahkamah dianggap adil. Jika sebaliknya mahkamah dianggap korup.. Jadi untuk apa ada perbicaraan?


Nak tahu bagaimana keadaan undang-undang rimba itu yang dimaksudkan pakcik Man Kadir tadi? Lihat gambar google di bawah, itulah undang-undang rimba...






6 comments:

  1. Apa punya bodoh, zaman sekarang pun ada orang berfikiran kolot macam ni. Kalau kau dah pandai sangat, Kau masuklah jadi peguambela Anwar, Anwar sendiri pun dah tahu terkantoi sebab DNA dia ada dalam tubuh Saiful. Bawalah peguam macamana hebat pun, susah mau lari lagi.

    ReplyDelete
  2. Kalau cakap pasal rasuah, tanyalah pengasasnya dan bapa segala rasuah semenjak dia jadi TPM lagi. Kalau budak hingusan mungkin tak kenal kot, tapi kalau dah tua macam Pak Jabit ni bohonglah kalau tak kenal Anwar lagi. Bukan semua orang boleh tertipu dengan lakonan Pak Jabit ni.

    ReplyDelete
  3. Senang jer cakap sila bakar ijazah, apa ingat surat beranak ke??ni la jenis sembang kat kedai kopi, mulut sok sek sok sek tak ingat hari dah tinggi.... Kobau itik x dibagi mkn lagi....

    ReplyDelete
  4. Berpihak kat dia adil namanya
    jika sebaliknya macam yang pak jabit kata tu lah yang keluar. Sudah sudahlah tu, masalah dia dengan saiful tak payah babitkan orang lain, kita ada tanggungjawab masing-masing kepada agama dan siapa kita menentukan hukuman dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. kesian pak jabit kerana mindanya telah diliwat.

    ReplyDelete
  6. 3 pekara kenapa anwar takut

    1. Sumpah laknat ( Saiful dah buat 2 kali)
    2. Beri sempel DNA (untuk buat perbandingan)
    3. Tak nak disoal siasat (tapi dia seorang jaguh pidato)

    Kalau tak buat kenape nak takut
    Berani kerana benar.

    ReplyDelete