Saturday, November 8, 2014

Kecoh! Mesyuarat DAP tiba-tiba jadi tempat berperang mulut!!!

Waktu berlaku kejadian dan lokasinya tidak dinyatakan.. Tetapi tarikh upload rakaman ini pada Ogos yang lalu.

Sekadar nak berkongsi, kepada sesiapa yang nak tahu wajah parti DAP daripada sebelah dalam...

Sebelum ini, mereka melalak dalam kebanyakan ceramah parti di hadapan penyokong melayu menghentam dasar yang dibuat oleh kerajaan BN dan umno, bukan sahaja menuduh korup tapi mengamalkan perkauman.. Apa sahaja isu yang cuba dibangkitkan mesti ada kaitan rasis dan umno biarpun dengan sekelumit perkataan.

Tapi itu tidak menjadi hal, kerana kita faham mereka sudah tidak ada isu lain untuk menghentam melainkan dengan cara begitu. Video berdurasi 5 minit ini akan menggambarkan suasana sebenar apabila anda menjadi ahli DAP dan duduk di dalam salah satu mesyuarat parti yang diadakan oleh mereka.

Daripada situasi video di bawah, berikut adalah apa yang penulis faham,

Kekecohan berpunca apabila sesi mesyuarat itu dibuat menggunakan bahasa Mandarin sehingga menyebabkan ahli-ahli lain berbangsa India berasa tidak senang kerana tidak dapat memahami apa yang dibincangkan oleh mereka.

Rasanya bukan setakat itu sahaja, banyak soal jawab sesama mereka juga menggunakan bahasa Mandarin sehingga timbul rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan India itu yang kemudiannya bertindak meninggalkan mesyuarat itu.

Beberapa ahli DAP India yang lain dilihat menempelak pengerusi mesyuarat kerana penggunaan bahasa Mandarin, serta mempertikaikan kenapa tidak menggunakan bahasa Melayu supaya mereka juga boleh faham apa yang dibincangkan..

Antara dialog yang dapat ditangkap, kata perempuan India DAP itu,

"kenapa tidak boleh cakap, you kata dia punya melayu boleh, tapi nak guna...(sambil menunjuk ke arah kumpulan Cina yang duduk di belakang)..."

Percakapannya segera dipotong pengerusi mesyuarat DAP,

"you mau saya cakap bahasa Tamil?"

"ya! dia cakap melayu macamana?" tanya India DAP itu lagi

"Orang tak tau (bahasa) melayu! ".. jawab pengerusi mesyuarat selamba.. Kemudian India DAP itu berkata,

"saya tak tau cina... you tau India saya boleh cakap India!"


Pengerusi mesyuarat itu kelihatan angkuh, langsung tidak mahu bertoleransi dengan kehendak ahli-ahli DAP berbangsa India hanya kerana masalah komunikasi oleh penggunaan bahasa. Akhirnya muncul seorang lelaki cina yang entah dari mana, mungkin samseng cuba memainkan peranan mahu membawa mereka berbincang di luar..  Berlaku ketegangan, provokasi sesama mereka,

Inilah DAP. Mengaku sebagai warga Malaysia, tapi ahlinya tak boleh berbahasa melayu... Bahasa melayu tak semestinya bahasa Malaysia, memadai bahasa pertuturan yang tunggang terbalik seperti yang biasa digunakan di pasar-pasar ikan, takkan itu pun tak boleh faham...? sungguh tak masuk akal..

Begini hendak mentadbir kerajaan Malaysia?

Yang paling kelakar, MC mesyuarat itu ugut-ugut nak panggil polis sambil menghalau ahli DAP India itu keluar. Ingatkan DAP memang tak suka kepada polis?

Mari kita saksikan...


2 comments:

  1. Ramai cina DAP xreti cakap melayu.. dgn Bangla lagi senang nak komunikasi

    ReplyDelete
  2. Cina suka cakap Cina untuk mengutuk orang yang tak tahu cakap Cina.

    Boss aku India tau cakap cina..biasa translate Cina kutuk dia belakang2..

    Katanya Cina mmg sial & tamak..

    ReplyDelete