Tuesday, November 25, 2014

Awas! Kedah haramkan 15 perkataan bagi bukan Islam.



Kedah akan mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam samada dalam bentuk cetakan ataupun pengucapan umum (ceramah).

Keputusan kerajaan Kedah sangat bertepatan bagi memelihara kesucian Islam yang sebelum ini banyak perkataan-perkataan dalam Islam sering digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan orang-orang Islam yang pro-PR kepada parti itu, kononnya mereka adalah mesra Islam.

Antara perkataan tersebut ialah;
  1. Assalamualaikum 
  2. Insyaallah
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah
  5. Alhamdulilah
  6. Lailahaillallah
  7. Masyaallah
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd
  11. Watallahi
  12. Tabarakaallah
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. La haula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
Artikel lengkap http://www.kedahnews.com/2014/11/kedah-senarai-15-perkataan-larangan.html

Larangan ini bakal berkuatkuasa di Kedah setelah Enakmen 1988 dipinda bagi memelihara kesucian Islam daripada diserang di pelbagai sudut. Penulis percaya dengan pengukuhan undang-undang begini akan menyekat segelintir ahli DAP daripada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti mereka.

Antara contoh yang kita perlu elak di masa depan ialah pengucapan yang pernah berlaku sebelum ini seperti yang kita lihat dalam rakaman di bawah;

<

Terdapat dua jenis manusia apabila menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam ucapan umum di hadapan umat-umat Islam (majoritinya penyokong PAS) seperti ini.

  • orang bukan Islam yang membaca ayat Al-Quran
  • orang bukan Islam yang membacakan ayat Al-Quran.

Lebih menyedihkan, terdapat bijak pandai agama dalam PAS yang tidak tahu membezakan di antara keduanya malah menyokong penggunaan ayat-ayat suci oleh bukan Islam.

Dunia sekarang sudah terbalik. Yang kita lihat, para ulama dan mufti diperlekehkan, sedangkan orang bukan Islam dimuliakan malah disokong apabila membacakan ayat-ayat suci kepada orang Islam walhal dia sendiri tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kedah adalah tepat. Langkah pencegahan perlu dibuat daripada awal. Peribahasa Melayu mengatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekecil mana pun pintu perpecahan harus ditutup agar tiada lagi ruang untuk musuh-musuh Islam merosakkan perpaduan ummah yang terjalin di negara kita.


Wallahualam.

3 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH! Semoga Kedah akan terus menjadi NEGERI ISLAM JELAPANG PADI, pusaka nenek moyang kita, yg. bertambah KUAT dan BERANI!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan Kalimah ALLAH SWT oleh si KAPIR tak diHARAMkan kah spt yg. dalam video si DAPBANGKAI RASIS di atas?!

      Delete
  2. BENCInya aku tengok si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI RASIS ni MEMPERMAINkan kalimah ALLAH SWT serta perkataan Islam dan ayat Al-QURAN suci kita dgn. begitu KEJI sekali - kat NEGARA ISLAM kita ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete