Saturday, November 15, 2014

Ambiga diharamkan masuk ke Sabah dan Sarawak



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis.

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan.

"Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu kepada The Malaysian Insider.

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun.

Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan.

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu."

Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak."

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu.

Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya.

"Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus."

Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini.

Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi."

Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini.

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa.

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir. – 15 November, 2014. - The Malaysian Insider


Komen penulis ;

- Ambiga boleh lawan dengan apa sahaja medium untuk masuk ke Sabah. Nak masuk rumah orang kena dipersetujui tuan rumah dahulu baru boleh masuk, Bukan ikut kehendak hati main rempuh macam kempen BERSIH dulu.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sedikit maklumat untuk dikongsikan di bawah;

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak;
Perkara 6: Imigresen 
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Turut diharamkan ke Sabah ialah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Tahun lepas, Ambiga mencabar keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mahkamah atas sebab sama apabila dihalang daripada memasuki Sarawak. Beliau bagaimanapun gagal dalam tuntutannya dan tidak lagi mempunyai peluang untuk ke Sarawak.

Jika Sabah menggunakan alasan yang sama sepertimana Sarawak, maka apa jenis tuntutan pun yang Ambiga buat, pasti tidak akan dapat mengubah keputusan pengharamannya ke negeri itu. Andaikata keputusan kerajaan negeri itu boleh dicabar, sudah tentulah Anwar dan Kit Siang awal-awal lagi sudah menjejakkan kaki ke negeri Sabah dahulu.

Ramai aktivis politik dihalang daripada memasuki Sabah dan Sarawak, Gobalakhrisnan contohnya pernah cuba memasuki Sarawak sekalipun dengan alasan untuk berkempen bagi pihak BN, tetapi beliau tetap diharamkan. begitu juga presiden PERKASA, pemimpin PKR seperti Rafizi, Tian Chua, Saifudin Nasution dan yang lain-lain.

Pendekkata, Sabah dan Sarawak tiada ruang untuk mereka yang mempunyai kontroversi untuk bebas berkeliaran dan mengganggu perpaduan rakyat di negeri ini.

3 comments:

  1. Puak PENGGANAS MUSUH ISLAM/Melayu termasuk puak Kristian pro-Zionis mahu Sarawak dan Sabah yg. kaya minyak-gas digabungkan dgn. Singapura utk. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

    Patutnya PERKASA jgn. mendiamkan diri bila diANCAM si EKSTREMIS Kristian di Sabah; yg. ingat Sabah tu bapak depa punya sampai nak menghalang PERKASA di Sabah dari MEMPERTAHANkan dgn. LANTANG hak BUMIPUTERA Islam/Melayu Sabah spt. kaum-kaum MELAYU Sulu, Bajau, Iranun, Orang laut dsbnya?!

    Bahkan, S'wak-Sabah makin mahu diKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Dan PADAN MUKA si BABIga ni! Apa hak si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM ni nak menSABOTAJ lagu KEBANGSAAN NEGARA ISLAMK kita ni utk. 'NGO'-KEPARAT dia?! Pi MAMPOS!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. PEMBETULAN:

    Dan PADAN MUKA si BABIga ni! Apa hak si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM ni nak menSABOTAJ lagu KEBANGSAAN NEGARA ISLAM kita ni utk. 'NGO'-KEPARAT dia?! Pi MAMPOS!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete