Thursday, September 18, 2014

Kaum Barat dan Yahudi mula campurtangan Hal Ehwal Negara!




PBB dah mula campurtangan urusan hal ehwal pentadbiran dan keselamatan negara minta hapuskan Akta Hasutan 1948, bebaskan tahanan.

Gerakan yang mahu pihak luar terbabit dengan isu keselamatan negara kita serta mendesak kerajaan menghapuskan Akta  Hasutan adalah musuh negara!  Lebih-lebih lagi mereka yang sedang berusaha untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia serta meminta bantuan Barat bagi merealisasikan impian mereka. Hukuman setimpal bagi golongan ini sepatutnya tali gantung.

Kata jurucakap PBB itu, Rupert Collvile, "Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan".

Bagaimanapun, PBB tidak pula berminat dengan kriteria yang jelas bagi pengkhianat yang berusaha mengancam keselamatan serta mempunyai niat meruntuhkan negaranya melalui apa jua medium atas nama hak asasi manusia.

PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) ini sangat terkenal dengan kegagalan yang paling buruk dalam sejarah moden dan diragui penubuhannya kerana tidak berfungsi sedikitpun dalam menangani jenayah perang terhadap kaum/etnik yang terancam terutama oleh rejim pengganas Zionis Israel di Palestin yang berterusan menganiaya kehidupan rakyat Palestin.

Mereka GAGAL dalam isu Rohingya, GAGAL dalam menangani krisis negara-negara di Timur Tengah dan paling utama, sekadar jadi pemerhati terhadap pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza oleh Zionis.

Kini mereka menunggu masa untuk bertapak di Malaysia dengan bantuan pengkhianat-pengkhianat yang mengancam kestabilan rakyat di negara kita.

Akta Hasutan 1948 adalah perisai negara.. Bersamalah mempertahankannya... Musuh-musuh negara sekarang tidak mampu berbuat apa-apa dengan kewujudannya sekadar menyalak dari jauh, hingga akhirnya mereka terpaksa meminta bantuan luar untuk menentang kita.

Semoga Allah melindungi kita daripada ancaman anasir-anasir jahat yang tidak pernah berputus-asa dalam tipudaya mereka untuk meruntuhkan negara.




DAP akan bergaduh dengan PKR rebut kerusi Bawang Assan

Giliran DAP pula akan gaduh dengan PKR di Sarawak... Memang Pakatan tongkang kosong. Rebut kerusi, rebut jawatan, rebut kawasan, rebut kuasa, akhirnya perang sesama sendiri, boikot calon, boikot kempen pilihanraya, boikot ceramah, boikot undi.

Peliknya boleh lagi bagi tahu seluruh Malaysia, Pakatan Rakyat bersatu padu!




SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tidak akan tunduk terhadap tuntutan Parti Keadilan Rak-yat (PKR) yang melahirkan hasrat bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusi DAP Sarawak, David Wong berkata hasrat Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How untuk meletakkan calon mereka di kerusi berkenan pada PRN nanti adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Jelas beliau, DAP pernah bertanding di kerusi DUN Bawang Assan beberapa kali sejak era Ling See Ming sebagai perintis parti itu pada 80-an. 

“Justeru, agak mustahil kita menyerahkan kerusi berkenaan kepada mereka untuk ditandingi. Apatah lagi kami telah berkhidmat di kawasan itu sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

 Baru-baru ini, See melahirkan hasrat parti itu bertandingkan di kerusi berkenaan ekoran daripada kegagalan DAP memenangi kerusi itu pada PRN lalu.

Wong berkata, mereka (DAP) telah menjalinkan hubungan kukuh dengan kampung-kampung sekitar kawasan Sungai Bidut dan kampung-kampung lain.

“Apapun, saya tidak boleh mengulas lebih panjang mengenai perkara itu tetapi apa yang pasti mereka tidak dapat melakukan sesuatu lebih daripada apa yang kami usahakan selama ini,” ujar beliau.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahlawan berkata, beliau sendiri pernah sekali bertanding di kawasan DUN Bawang Assan.

Tambahnya, DAP bukan sahaja menyalurkan khidmat kepada rakyat di kawasan itu malah turut melaksanakan projek Impian Sarawak di Rassau seperti projek pembinaan jeti dan dermaga di sini.

Rassau merupakan seba-hagian daripada kawasan DUN Bawang Assan dan projek tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 500 orang penduduk.

Sumber: http://www.theborneopost.com/2014/09/17/dap-tidak-akan-benar-pkr-bertanding-di-kerusi-bawang-assan-pada-prn/

Wednesday, September 17, 2014

Gambar dan video protes pemuda PAS terhadap Mat Sabu?


Kita tidak ada di tempat itu, jadi kita nilaikanlah sendiri. Kelihatan ahli perwakilan yang duduk di bahagian depan, terpinga-pinga melihat sebahagian dari pemuda PAS keluar beramai-ramai di belakang dewan.

Rakaman video dan gambar di bawah mungkin boleh menjelaskan apa yang kita tak tahu..




Kata Mat Sabu, "Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," 

Lebih kurang 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'




Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak dapat memastikan hal itu kerana beliau berada depan pentas.

Beliau berkata jika benar, bekas ketua Pemuda PAS itu menyifatkan ia "suatu yang tidak sepatutnya berlaku".

"Walau macam mana pun, kita akan dengar laporan nanti daripada muktamar Pemuda tentang apa yang berlaku. Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya duduk di barisan hadapan," katanya 








Hishamuddin Rais sudah INSAF dari menghasut

Betul ke video ini? Dah insaf, biar betul!

Aktivis ini totok anti-BN. Boleh pula tak tahan kena penangan Akta Hasutan sampai sakit kepala pergi mahkamah, bangun pagi..? Haahaha.. Tunggulah sampai ara tak bergetah..

Bagaimanapun, Akta Hasutan sememangnya beri kesan yang mendalam, sampai membuatkan pelampau-pelampau politik berfikir dua kali sebelum nak memulakan kerja-kerja menghasut rakyat.

Rujuk sini - www.rakyatnews.my.




Hishamuddin Rais Tak Sanggup Lagi Hasut Rakyat




KUALA LUMPUR 16 Sept - Aktivis pro-pembangkang, Hishamuddin Rais telah menginsafi diri beliau daripada meneruskan aktiviti beliau iaitu menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan negara ini.

Di samping itu, beliau berkata tindakan tersebut dilakukan atas dasar beliau tidak sanggup lagi untuk menghadap hakim semasa perbicaraan dilakukan di mahkamah dan tidak sanggup lagi dipenjara bersama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

"Saya sakit kepala (apabila) pergi ke mahkamah di pagi hari. Itu saya tidak tahan.

"Sudah cukuplah, sudah 2 tahun saya satu bilik penjara bersama Tian Chua. Saya tidak sanggup lagi (menghadapi) Akta Hasutan ini," katanya ketika berucap pada Pelancaran (GHAH) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor disini, semalam.

Pada 29 Mei tahun lalu, Hishamuddin bersama Tian Chua, 51, bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), Muhammad Safwan Anang@Talib, aktivis mahasiswa pro-pembangkang, Adam Adli Abd Halim, 25, anggota PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55 dihadapkan pertuduhan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Bagaimanapun kes Tian Chua dan empat lagi masing-masing dibicarakan berasingan dan masih di peringkat perbicaraan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuesday, September 16, 2014

Lawak! Rakaman Calon PAS, Wan Rosdi sedang di'remote control'kan

Sudah gagal lagi gagap.. Ternyata calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim tidak mampu menjawab sendiri soalan-soalan yang diajukan wartawan.

Lebih memburukkan keadaan, dengan jelas orang di sebelahnya beri jawapan untuk disuarakan saja oleh Wan Rosdi kepada media. Kemudian diarahkan pula supaya jangan duduk menyandar.. Oh, dia sebenarnya nak jadi wakil rakyat atau wakil orang di sebelahnya?

Mengapa fenomena penyakit 'boneka' dan 'remote control' begitu berleluasa dalam kepimpinan Pakatan Rakyat? Jika begini keadaannya, bagaimanakah mereka boleh memberikan khidmat yang baik kepada rakyat?

Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang boleh membuat keputusan sendiri, bukan yang hanya mengikut telunjuk orang-orang tertentu bila bergelar wakil rakyat.




Untuk pendedahan video yang lengkap dengan 'subtitle'nya sekali, sila rujuk link video di bawah.

https://www.facebook.com/video.php?v=10152446322948789&set=vb.724868788&type=2&theater

Hari Malaysia 'Hari Gelap untuk Sarawakian'???

Selamat Hari Malaysia 16 September. Hari yang sepatutnya diraikan dengan tenang dan tenteram. Gambar bawah dipetik daripada laman FB..




Malangnya Hari Malaysia dicemari oleh aktivis 'Sarawak For Sarawakian', yang didalangi pemimpin pembangkang yang disokongi Barat, kononnya pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah Sarawak itu tidak sah.

Mereka wujud terang-terangan di depan batang hidung pemimpin negara kita sendiri. 'Sarawak For Sarawakian' adalah satu agenda SSKM yang semakin lantang merasuki jiwa dan minda masyarakat Sarawak.

Ramai anak muda yang terpengaruh tidak memahami niat mereka, Ia bukan sekadar semangat cintakan kenegerian rakyat Malaysia, ia adalah cita-cita SSKM untuk keluar daripada Malaysia.



Bendera lama Sarawak zaman pemerintahan Charles Vyner Brooke dikibarkan dengan gah, menggantikan bendera rasmi kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan di rumah dan penempatan mereka. Kepimpinan Dato Seri Najib hanya tahu memansuhkan Akta. Apakah ini bukan satu ancaman terhadap kestabilan negara?

https://www.facebook.com/groups/Sarawakforsarawakians/

Doris Jones SSKM cabar PDRM?




Difahamkan berikut adalah update terbaru Dois Jones. Katanya dia tidak melarikan diri ke Britain, tetapi bekerja. Sudah 20 tahun dia bertugas di London katanya..

Mengapa tidak balik ke sahaja Malaysia untuk disoal-siasat jika berani? Update bukan main hebat bagai.. bekerja dengan Hakim bertauliah dari Australia.

Gambar di bawah dipetik daripada laman FBnya. Apa maksudnya Negara-negara Tanpa Negeri yang dinamakan Nations Without States? Nampak seperti agenda untuk tubuhkan negara baru melalui gerakan pemisah dengan dibantu orang asing.

Kini setelah Anwar dan Ambiga gagal mencetuskan perpecahan kalangan rakyat, Doris Jones pula tiba-tiba muncul dengan kontroversi baru. Seolah-olah ada pengganti untuk satu agenda - hancurkan Malaysia.

Apakah alasan kerajaan untuk menghalang gerakan-gerakan seperti ini daripada terus bebas aktif di negara kita sekiranya Akta Hasutan 1948 dihapuskan?


 



Monday, September 15, 2014

Virus Maut Ebola sudah tiba di Kuching???

Penduduk Kuching di sini gempar apabila tersebar khabar angin menyatakan virus pembawa maut, Ebola dikesan di Bandaraya ini. Berita pada mulanya didedahkan oleh themalaymailonline.com/

Kenapa virus ini sangat digeruni oleh dunia? Difahamkan Ebola adalah virus yang menyebabkan penyakit paling dahsyat dan membawa maut, mangsa boleh berdarah sehingga mati jika dijangkiti dalam masa singkat. Setakat ini belum ada rawatan khusus atau cara untuk mengubatinya.

Selanjutnya di bawah..




Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. 

LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini. 

"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit. 

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. 



Terkini melalui Astroawani sebentar tadi

Kes pelajar Zimbabwe di Sarawak tidak disyaki Ebola buat masa ini - Ketua Pengarah


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Zimbabwe yang sedang menuntut di kampus sebuah universiti swasta yang sebelum ini disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD), kini tidak lagi disyaki menghidap penyakit itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD.

“Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala.




Manusia Rosak! Tarian Bogel, Lagu Melayu

Posting yang diambil daripada Laman FB. Cukup merimaskan, sekarang siap posting dalam Facebook pula, tidak ada tapisan, tidak ada sekatan usia lagi. Maksiat berleluasa tanda kiamat dah semakin hampir.

Screenshot dari laman Facebook dengan tajuk 'September 11th 2014 Malay Techno Mini-Mixxxxxx'. Penulis tidak mahu letakkan link kerana aksi melampau. Sila google sendiri jika tak malu..




Lokasi tempat tidak diketahui tapi daripada rakaman, nampak rasanya seperti di Indonesia. Mula-mula promosi dalam media, kemudian promosi di tempat terbuka...

Mereka gunakan lagu melayu kumpulan 'Nirwana Band - cukup-cukup sudah'.. Kebebasan mutlak beginilah yang diperjuangkan pengamal seks bebas di Malaysia. Cukup bertentangan dengan akidah, fitrah dan budaya orang Timur bagi manusia yang mempunyai akal. Perosak umat, negara dan agama..

Jika Akta Hasutan dimansuhkan, kita bimbang kumpulan pengamal seks bebas juga akan mula bersuara, membuat demonstrasi, menghasut penyokong mereka supaya bangkit menentang kerajaan yang menyekat hak mereka di negara kita. Mereka akan menggunakan apa saja cara bagi mencapai matlamat dan kemahuan mereka, ditambah lagi dengan sokongan pembangkang.

Kesannya bukan kecil pada rakyat jelata, samada ISLAM mahupun BUKAN ISLAM tetapi cukup untuk mengubah negara kita menjadi salah satu pusat aktiviti Seks di rantau Asia. Semuanya atas nama hak asasi manusia

Kononnya kerajaan kini mengamalkan undang-undang zalim, tetapi lihatlah siapa yang boleh berkata apa apabila undang-undang terlalu mengikut kemahuan rakyat seperti di negara jiran? Selamatkah akhlak anak-anak kita?



Dengan undang-undang yang ketat di negara kita, gejala sosial ini dapat dibendung. Namun apa akan jadi jika tiada Akta yang dapat mengawal mereka dari berkempen besar-besaran seperti Perhimpunan BERSIH dan sebagainya?

Dan sekiranya kempen Mansuh Akta Hasutan 1948 berjaya, kemudian kempen apa lagi? Kempen Mansuh Institusi Raja-Raja Melayu?




Mansuh Akta Hasutan 1948, DS Najib 'dibelasah'

Buat Perdana  Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikasihi, silalah terima pandangan rakyat yang mahukan pertimbangan adil sebelum memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Dengan segala bentuk ancaman terutama ancaman gerakan pemisah SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) yang semakin merisaukan sekarang ini, apakah kita hendak biarkan sahaja mereka berkempen atas nama kebebasan bersuara? Pertimbangkanlah..

Lihatlah pada komen, usaha, gesaan malah berbagai usaha untuk mempertahankannya..


Kewujudan hashtag bagi sokongan AktaHasutan


Difahamkan pengguna Facebook telah banjirkan 'wall'@NajibRazak minta #kekalAktaHasutan. Dalam beberapa hari lepas, pengguna media sosial Malaysia yang memihak kepada Akta Hasutan membanjirkan halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan permintaan agar tidak memansuhkan undang-undang itu yang melidungi Islam, Melayu dan institusi Di Raja.

Ia termasuk luahan kekecewaan, marah dan rayuan agar beliau mendengar rungutan mereka berikutan pengulangan perdana menteri pada 5 September bahawa akta tersebut digantkan dengan Akta Harmoni Nasional.

"Apa lagi yang anda akan hapuskan selepas ini? Kta pengundi rasa tindakan itu boleh mengekalkan keamanan di negara ini?" tulis Asharff Alias dalam laman Facebook yang muncul di wall Najib.

"Tunggulah, ia akan menyukarkan lagi anda untuk mengawal mereka. Jangan salahkan akar umbi kerana tidak melakukan tugas mereka apabila itu berlaku! Adalah salah untuk anda mendengar pembangkang dan bukannya akar umbi!"

"Jika anda ingin mengikut kemahuan mereka, sertailah mereka! kita tidak memerlukan pemimpin yang lemah seperti ini!"

Satu lagi posting yang muncul di laman Facebook Najib, Bahazelah Wahab menulis bagaimana bimbangnya beliau jika akta ini dimansuhkan, kerana selama ini ia telah membantu "menutup mulut mereka yang mempersoalkan agama, bangsa dan orang Melayu,"

"Walaupun akta itu yang hentikan saya daripada berkata apa-apa yang menghasut, saya tidak fikir saya akan dapat berkata apa-apa lagi kerana saya terlalu kecewa." katanya.

Lynda Camellia berkata beliau telah hilang hormat kepada Najib dan lebih suka tidur di rumah daripada mengundi BN daam pilihanraya umum akan datang.

"Apa gunanya mengundi BN, jika pandangan kami tidak mempunyai nilai?" Apabila anda diancam walaupun sedikit oleh pembangkang, anda lari bertempiaran... terima kasih, bapa pemansuhan," katanya semalam.

Kebanyakan tulisan lain di Facebook Najib menyuarakan sentimen mereka, dengan ramai lagi menambah mereka mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang dimansuhkan, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, dipulihkan.

Micheal Yong berkata, "kebanyakan rakyat yang mendesak Perdana Menteri untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan dan memulihkan ISA, sila dengari kami."

Saharuddin Lela, seorang anggota umno berkata ramai rakan-rakannya tidak lagi akan menyokong BN jika Najib meneruskan rancangannya untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Harapan UMNO ialah ISA dikembalikan untuk keselamatan agama, bangsa Melayu dan sultan-sultan," katanya. ISA dimansuhkan pada 2011 berikutan bantahan daripada masyarakat awan dan juga para pembangkang.

Tetapi Adamin Aidil berkata, langkah Najib menunjukkan beliau tidak belajar selepas memansuhkan ISA. "Anda ingin menghapuskan semua perkara yang melindungi keharmonian kaum dan kebahagiaan... bukankah pelajaran anda dari memansuhkan ISA cukup?

"Bolehkah tidak anda melihat keadaan huru-hara di Malaysia dengan semua perhimpunan yang menyusahkan? Adakah anda tidak berpuas hati melihat kebencian antara kaum, penghinaan terhadap Islam, orang Melayu yang diperkecilkan, pengkhianatan terhadap sultan?"

Banyak posting termasuk #kekalkanaktahasutan hashtag itu yang mengingatkan hashtag yang digunakan oleh pengkritik perbuatan, #hapuskanaktahasutan.



Sunday, September 14, 2014

Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah terbunuh di Syria

Beliau telah dipilih Allah untuk berjihad dan syahid di bumi Syam. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al Fatihah.



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin dilaporkan terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di Syria.

Menurut laman Facebook salah seorang pejuang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, Abu Talhah II, selepas bertahun di penjara, Mohd Lotfi akhirnya syahid di Syria.

Namun demikian, pengkebumian jenazah Allahyarham terpaksa ditunda hari ini dan dilaporkan masih berada di Hospital Antarkia, Turki.

Ini berikutan beberapa proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum dibawa masuk ke Syria.

Dijangkakan jenazah akan tiba selewat-lewatnya esok (Isnin).







Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, parti itu memecat Mohd Lotfi daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Dalam pada itu, seorang lagi pejuang di Syria, Akel Zainal II turut memuat naik status yang memberitahu kematian Mohd Lotfi

"Alhamdulillah, berita yang terbaharu tentang Ustaz Lotfi Ariffin (Abu Musab), telah berjaya syahid dalam mempertahankan agama Allah.

"Ustaz Lotfi telah syahid pada waktu Maghrib semalam. Semoga Allah menerima jual belimu Guruku, bergembiralah kamu mengecap nikmat Allah yg menjadi idaman seluruh makhluk," ujarnya dalam laman Facebooknya.

YB Karim gesa pertahan Akta Hasutan 1948

Kekal Akta Hasutan... Itulah yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan negara. Tatkala DS Najib mengulangi hasrat kerajaan untuk pertimbang memansuhkan akta tersebut, ramai pemimpin BN bangun bersuara menyatakan pendapat mereka.

Petikan daripada Borneopost;

KUCHING: Tidak ada keperluan untuk memansuhkan Akta Hasutan bagi digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebaliknya memadai jika pindaan dibuat bagi memperbaiki akta tersebut.

“Kenapa perlu memansuhkan Akta Hasutan sekarang? Adakah ia mempunyai banyak kelemahan atau pihak berwajib yang menjalankan penguatkuasaan tidak memainkan peranan?

“Secara peribadi, saya tidak melihat keperluan untuk mewujudkan akta baharu, sama ada ia dipanggil Akta Keharmornian Nasional atau apa sahaja, jika niatnya sama,” katanya.

Beliau berkata antara fasal-fasal tertentu yang boleh dibuat selari dengan perubahan semasa adalah berkaitan media sosial tetapi bukan keseluruhan akta.

“Memperkenalkan akta baharu adalah seperti melahirkan bayi.

“Kita tidak memerlukan itu di Malaysia melainkan kerajaan bangga akta itu diperkenalkan kerajaan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipetik dalam sebuah portal berita atas talian berkata, kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam usaha menggantikan Akta Hasutan.

Katanya kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada akan memansuhkan atau meminda akta tersebut.

Tambahnya, akta baharu itu perlu ‘lebih baik’ berbanding Akta Hasutan dan bertindak ‘mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.

“Kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baharu tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk kepentingan elemen pencegahan.

“Kerajaan tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram,” katanya yang dipetik sebagai berkata.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/09/14/tiada-keperluan-mansuh-akta-hasutan/#ixzz3DIK4fwxY


Gambar PAS bersolat dengan kambing di depan



PAS menunaikan solat beramai-ramai di kawasan PRK DUN Pengkalan Kubor. Seperti PRK sebelumnya, kebanyakan dibuat di kawasan terbuka.

Surau dan masjid di Pengkalan Kubor tidak diimarahkan. Mungkin semua takut bercampur dengan jemaah masjid yang pro-umno.

Ikut kata PAS, politik dan Islam berpisah tiada. Tapi bila bab solat, lebih rela buat atas padang walaupun dengan binatang ternakan yang berkeliaran sebab tak nak berdiri satu saf dengan orang yang bukan seakidah politik.

Kalau berpolitik pun, janganlah sehingga beri gambaran buruk tentang Islam depan kaum-kaum bukan Melayu. Pasti mereka hairan, kenapa Malaysia perlukan banyak surau/masjid untuk orang Islam sedangkan solat pun boleh dibuat di atas padang.

Gelagat aneh Shamsul Iskandar di PRK Pengkalan Kubor

Dalam media PKR mengumumkan telah menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS sebagai membuktikan perpaduan kukuh antara parti dalam komponen PR.

Kenyataan dibuat melalui Tian Chua yang katanya walaupun wujud perselisihan di antara pimpinan tertinggi parti dalam PR, ia tidak akan menggugat kepercayaan pengundi mereka di Pengkalan Kubor.

Ye la, kukuh lah sangat.. Cuba tengok Twitter posting Shamsul kat bawah...

Tengok tu... makan ayam kampung lagi?



Satu perkara yang kita sedia maklum, PKR ini sesama sendiri pun sanggup 'berbunuhan', berbaling kerusi hanya untuk rebut jawatan tertinggi dalam parti. 

Hari ini boleh pula mereka jadi tak kesah jawatan Menteri Besar PKR di ganyang PAS, yang sepatutnya menguntungkan parasit-parasit mereka.. memang luar biasalah kalau tiba-tiba mereka boleh terima PAS setelah apa yang berlaku. 

Gambar di atas kita lihat Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin cukup seronok dengan pemimpin-pemimpin UMNO ketika mewakili parti semasa hari penamaan calon. Pulak tu, sengaja dimuat-naiknya ke dalam twitter yang sememangnya ramai follower pro-PAS.

Ini nampaknya seperti isyarat perang psikologi.. seolah-olah nak bayangkan PKR tak akan bersama PAS menentang UMNO di Pengkalan Kubor. DAP juga tak muncul.. Pasti ramai penyokong fanatik PAS yang 'berkasta tinggi' akan marah dengan tindakan Shamsul itu.

Rumah Totok PAS of the year! 

PAS ramai penyokong fanatik di Kelantan. Cukup ramai.. mereka ini ada yang sanggup ke tahap menyamak tangan kalau bersentuh dengan orang UMNO. Mengkafirkan apatah lagi..

Perbuatan Shamsul itu akan memberi kesan kepada PAS. Agaknya dia nak bagitau - hari tu di Selangor bukan main besar kepala. PRK kali ini, PKR tak akan lawan umno untuk rebut kerusi, jadi PAS... kau terjunlah ke dalam sungai bersama labumu..

Kalau betul itu yang dimaksudkan, memang cukup jahat parti yang dinamakan PKR ini..


MH198 - Lagi dugaan buat MAS



Pesawat MAS MH198 yang dalam perjalanan ke Hyderabad terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana mengalami masalah dalam penerbangan. Ada sumber mengatakan pesawat tersebut mengalami masalah teknikal dalam kabin selepas berangkat.

Disebabkan kita tidak tahu 'bahasa teknikal' dalam kejuruteraan pesawat, jadi janganlah kita terikut-ikut menambah panik orang ramai dengan mengubah laporan 'holding and burning fuel' yang mungkin membawa maksud lain.

Yang pasti, ia bukan bermaksud 'kebakaran minyak dalam tangki' seperti yang disebarkan sesetengah 'jurutera dari langit' dalam media sosial. Holding mungkin bermaksud 'bertahan/delay', 'burning fuel' mungkin dimaksudkan menghabiskan minyak melalui flight roaming melingkari satu kawasan, sebelum mendarat bagi meringankan beban pesawat ketika mendarat. Wallahualam..

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi punca masalah yang dialami. Syukur pesawat tersebut telah selamat mendarat di KLIA. Kita tunggu saja laporan terkini melalui media rasmi kelak.




Saturday, September 13, 2014

Dirgahayu Tuan Yang Di-Pertua Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Gambar-gambar Majlis Perarakan Sambutan Harijadi TYT

Selamat panjang umur kepada pemimpin negeri kami, Semoga Allah merahmati dengan kebaikan dunia dan akhirat. Amin. 

Gambar dan artikel dipetik daripada Sarawakiana. 

Sumber utama berita Sarawak boleh didapati di http://www.sarawakiana.net/. 










Lebih dari 10,000 warga Bandaraya Kuching membanjiri Padang Merdeka untuk menghadiri Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka sebentar tadi.

Tun Pehin Sri Taib, yang mengambil alih dari Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin pada 1 Mac menyambut ulangtahunnya yang ke-78 tahun kali pertamanya secara rasmi sebagai Tuan Yang D-Pertua Negeri Sarawak

Sebanyak 114 kontinjen yang terdiri daripada 5,000 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, badan-badan politik dan badan-badan beruniform dan tidak beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. 

Walaupun acara itu secara rasmi tersebut bermula pada pukul 8 pagi, sekumpulan besar orang sudah mula membanjiri sekitar Padang Merdeka dan sepanjang jalan di mana perarakan akan dilangsungkan. 

Tuan Yang D-Pertua, diiringi oleh isterinya Toh Puan Sri Ragad Kurdi-Taib tiba di hadapan pentas utama di bertentangan dengan Padang Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan isterinya Puan Seri Hajah Jamilah.

Turut hadir menyambut ketibaan mereka Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang juga Pengerusi Penganjur Perarakan Sambutan Hari Ulang Tahun Tuan Yang D-Pertua Negeri sarawak 2014, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pegawai Pemerintah Wilayah II Leftenan Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan dif-dif kenamaan yang lain. 

Acara ini bermula dengan Tuan Yang D-Pertua diberi tabik hormat diraja dan memeriksa 103 pengawal ke-hormat daripada Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Major Sagiman Aziz sebelum memeriksa kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan khas bersama Ketua Menteri. 

Ini diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan di ikuti dengan tiga teriakan "Dirgahayu" dari kontinjen-kontinjen yang mengambil nagahgian kepada Tuan Yang Terutama. 

Sewaktu Tuan Yang D-Pertua dipersembahkan dengan kek hari jadi khas di iringi lagu hari jadi dan 78 ekor burung merpati dilepaskan secara simbolik untuk jumlah tahun hari jadi beliau, beberapa buah helikopter melintasi ruang udara di atas Padang Merdeka sambil dilepaskan 17 tembakan meriam.

Kontinjen-kontinjen, termasuk kumpulan kereta vintaj Mini Coopers, kereta lumba Formula1 dan penunggang motor berkuasa tinggi mula berarak melintasi pentas utama sambil memberi penghormatan kepada Tuan Yang Terutama.

Pada akhir majlis tersebut, satu tarian medley yang menggambarkan keharmonian rakyat dan perpaduan bertajuk "Payung Mahkota Dirgahayu Ke-78" dipersembahkan seramai 1,500 penari. 

Tuan Yang Terutama dan orang-orang kenamaan kemudiannya pergi ke Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di mana sesi persembahan sesi Anugerah Negeri dijadual diadakan. -Sarawakiana





Seram! Gambar kepala pontianak yang dipakukan

Tersebar dalam media sosial gambar kepala entiti dipercayai pontianak diambil di kaki Gunung Serapi, Matang, Sarawak. Walaupun gambar tersebut dipercayai memang gambar makhluk halus yang ditangkap dan diletakkan dalam botol, tetapi kejadian bukan berlaku di Kuching.

Kita harap semoga dengan penyebaran ini, tiada pihak yang mudah terkeliru. Gambar ini sebenarnya telah disebarkan pada tahun 2011, dipercayai diambil di Wilayah Minangkabau, Sumatera Barat.

Walaubagaimanapun, kandungan ceritanya tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan pihak yang mempunyai pengetahuan akan kisah sebenar. Wallahualam.

Beginilah rupa makhluk dunia ghaib agaknya. Memang menyeramkan..




Sedikit maklumat tentang makhluk ghaib

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Asal-usul
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Hubungan dengan manusia
Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. 

Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. 

Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. [perlu rujukan] Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

Pemakaian Bunian Wanita
Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.

Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.