Tuesday, March 14, 2017

RTP Percepat Pembangunan Di Kampung


KUCHING: Dengan adanya peruntukan Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM5 juta, projek pembangunan infrastruktur di kampung dapat dilaksanakan lebih cepat.

AHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, secara tidak langsung peruntukan RTP dapat menyegerakan permohonan dari kampung-kampung yang memerlukan pembangunan.

Malah menurutnya, RTP yang dimulakan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini pernah mendapat tentangan pembangkang yang berkemungkinan tidak mahu melihat pembangunan di kawasan kampung.

"Sejarah RTP dimulakan Arwah Tok Nan dan disambung Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Ketua Menteri).

"Ketika mula diperkenalkan, pembangkang paling lantang membantah tanpa alasan yang tidak dketahui. Mungkin mereka tidak mahu melihat pembangunan di kampung," katanya.

Beliau berkata, permohonan untuk peruntukan RTP akan diterima menerusi ketua masyarakat, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan badan bukan kerajaan (NGO) di kampung serta individu.

"Permohonan setiap kampung akan disenaraikan mengikut keutamaan. Saya akan mengumpul permohonan dari seluruh kawasan saya termasuk permohonan membina surau, dewan, padang sukan, tadika, jalin, parit dan pelbagai permohonan lain untuk manfaat penduduk kampung," ujarnya.

Menurutnya lagi, senarai yang dikumpul dengan jumlah RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pelaksanaan.

"Jika permohonan melebihi RM5 juta, maka senarai akan dihantar tahun akan datang," jelasnya.- Sarawakiana

No comments:

Post a Comment