Showing posts with label Hina Islam. Show all posts
Showing posts with label Hina Islam. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Sisters in Islam (SIS) serang Putrajaya tapi gambar membuktikan mengapa keputusan Fatwa Negeri tepat.

Merujuk kepada portal TMI 

Putrajaya harus dipersalahkan kerana fatwa 'sesat' terhadap Sisters In Islam kata pengasasnya

Keputusan Jawatankuasa fatwa negeri yang mengisytiharkan SIS (Sisters in Islam) sebagai menyeleweng dan sesat membuatkan badan NGO itu menyalahkan Putrajaya kononnya memberikan kebebasan mutlak kepada badan agama di Malaysia menggunakan saluran fatwa untuk menentukan sesat atau tidak akidah seseorang itu.

Zainah Anwar, selaku ketua SIS berkata keputusan itu adalah satu contoh badan agama menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator.

Menurutnya sebarang perselisihan pandangan dalam Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa menggunakan saluran fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor.


Penulis percaya Islam tidak sepatutnya dijadikan pentas untuk perdebatan terutama melibatkan hal-ehwal agama kerana ia akan menjurus ke arah putarbelit dan pemesongan hukum demi untuk membenarkan agenda duniawi masing-masing.

Menggunakan saluran perundangan untuk mempertikaikan majlis fatwa boleh mengelirukan umat Islam, sedangkan keputusan yang dibuat melibatkan para ulama dan ilmuan Islam yang berpandukan Hadis dan Al-Quran, bukannya berdasarkan keputusan individu di bawah satu badan yang dilantik kerajaan.

Gambar di atas menunjukkan salah satu sebab mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor harus memfatwakan pertubuhan itu sebagai sesat. 

Sudah dinyatakan dengan sangat jelas dalam surah Al-Ikhlas,
1) Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 
2) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Apakah Sisters In Islam seperti Nasrani yang beriktiqad bahawa manusia itu anak-anak Allah semuanya?



Thursday, October 23, 2014

Malapetaka buat si tukang fitnah Ustaz Azhar Idrus! Amin!



Penulis mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memfitnah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kononnya mempunyai video seks yang menjadi viral di media-media sosial.

Haiwan yang bertanggungjawab membuat video kemudian menyebarkannya, kalau dapat ditangkap, tahulah nanti apa hukumannya. Jangan sekali-kali berani mencuba, doa orang yang teraniaya tidak ada hijab di antaranya dengan Allah!!!  Tunggulah sedikit masa lagi, kita akan tahu siapa dalangnya.

Laporan polis telah pun dibuat, kita harap sangat mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan.. Ini bukan lagi soal politik, ini soal maruah tokoh dan pendakwah Islam yang dipersenda-sendakan oleh manusia yang berhati syaitan!!

UAI bukan maksum, tetapi dia tidak layak diaibkan untuk meraih keuntungan dunia. Dia bukan ahli politik, bukan wakil rakyat walaupun dia penyokong PAS. Sekarang ini Islam diketawakan oleh orang lain, cukuplah dengan isu sentuh anjing, umat islam berlaga sesama sendiri hatta para ustaz dan ulama pun turut diheret sama ke dalam pertelagahan ini.

Takutlah pada Allah! Setiap perbuatan baik atau jahat, kecil atau besar, sengaja atau tidak, tentu akan dibalas seadil-adilnya tak kiralah samada pelakunya beragama Islam ataupun bukan-Islam!


Kepada Allah kita berserah, kepada Dia kita memohon ampun, kepada Dia tempat kita berlindung!



Tuesday, October 21, 2014

Hujah para ustaz tentang sentuh anjing



Berikut pandangan ahli-ahli agama berkenaan kempen sentuh anjing. Dalil mereka dalam bab hukum kena diterima dalam apa keadaan sekalipun. Jangan sekali-kali bersandar pada hujah logik akal yang dibahaskan oleh kumpulan, saudara mara kaum nasrani tentang halal haram dalam Islam.

Mereka yang terlibat, yang mengaku diri mereka Islam, wajib bertaubat sebagaimana saranan mufti Kelantan. 

Bertaubat bukan hanya kerana suka-suka memegang anjing sahaja, tetapi bertaubat kerana mengundang fitnah kepada agama, bertaubat kerana memjadikan Islam diperlekehkan orang, bertaubat kerana mempersendakan apa yang telah diharamkan.







Apabila umat Islam melanggar hukum, pasti ada yang berasa sangat bangga. Kalangan mereka bahkan ada yang berhujah lebih hebat daripada ulama walaupun mereka sedikitpun tiada pengetahuan tentang Islam.

Jangan biarkan perkara yang dianggap kecil oleh bukan Islam untuk mempertikaikan fatwa ulama hanya disebabkan umat Islam tidak dibenarkan mengikut apa yang mereka buat..




Thursday, September 18, 2014

Menghina Nabi SAW, rupa-rupanya dari golongan mereka?



Siapakah orang Islam sendiri yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW di zaman ini? Hayati ceramah ustaz Muhammad Fawwaz, siapa agaknya 2 orang individu Orang A dan Orang B?

Rasanya macam pernah dengar dan rasanya tahu ahli siapa. Itulah yang kita selalu jumpa dalam laman media sosial, apabila seorang jahil murakkab berhujah, mereka tak boleh membezakan siapa lebih mulia melainkan orang-orang yang mereka taksub...

Semoga Allah memberikan kita hidayah agar tidak disesatkanNya dan semoga mereka insaf dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.. Amin

Monday, September 15, 2014

Manusia Rosak! Tarian Bogel, Lagu Melayu

Posting yang diambil daripada Laman FB. Cukup merimaskan, sekarang siap posting dalam Facebook pula, tidak ada tapisan, tidak ada sekatan usia lagi. Maksiat berleluasa tanda kiamat dah semakin hampir.

Screenshot dari laman Facebook dengan tajuk 'September 11th 2014 Malay Techno Mini-Mixxxxxx'. Penulis tidak mahu letakkan link kerana aksi melampau. Sila google sendiri jika tak malu..




Lokasi tempat tidak diketahui tapi daripada rakaman, nampak rasanya seperti di Indonesia. Mula-mula promosi dalam media, kemudian promosi di tempat terbuka...

Mereka gunakan lagu melayu kumpulan 'Nirwana Band - cukup-cukup sudah'.. Kebebasan mutlak beginilah yang diperjuangkan pengamal seks bebas di Malaysia. Cukup bertentangan dengan akidah, fitrah dan budaya orang Timur bagi manusia yang mempunyai akal. Perosak umat, negara dan agama..

Jika Akta Hasutan dimansuhkan, kita bimbang kumpulan pengamal seks bebas juga akan mula bersuara, membuat demonstrasi, menghasut penyokong mereka supaya bangkit menentang kerajaan yang menyekat hak mereka di negara kita. Mereka akan menggunakan apa saja cara bagi mencapai matlamat dan kemahuan mereka, ditambah lagi dengan sokongan pembangkang.

Kesannya bukan kecil pada rakyat jelata, samada ISLAM mahupun BUKAN ISLAM tetapi cukup untuk mengubah negara kita menjadi salah satu pusat aktiviti Seks di rantau Asia. Semuanya atas nama hak asasi manusia

Kononnya kerajaan kini mengamalkan undang-undang zalim, tetapi lihatlah siapa yang boleh berkata apa apabila undang-undang terlalu mengikut kemahuan rakyat seperti di negara jiran? Selamatkah akhlak anak-anak kita?



Dengan undang-undang yang ketat di negara kita, gejala sosial ini dapat dibendung. Namun apa akan jadi jika tiada Akta yang dapat mengawal mereka dari berkempen besar-besaran seperti Perhimpunan BERSIH dan sebagainya?

Dan sekiranya kempen Mansuh Akta Hasutan 1948 berjaya, kemudian kempen apa lagi? Kempen Mansuh Institusi Raja-Raja Melayu?




Thursday, September 11, 2014

Bila politiking mencapai tahap pintu tertinggi...



Hina kaum dan agama, samakan orang-orang Islam dengan anjing, menggelar mangsa perang sebagai pengganas...

Israel itu sendiripun belum tentu suka pada kaum yang bukan sebangsanya. Kanak-kanak pun tak segan mereka bunuh...

Satu penghinaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal.

Orang yang berperangai seperti ini hidup terlalu bahagia di Tanah Melayu yang tidak ada pertelagahan kaum, tidak pernah sedikit pun rasa terancam bila berada di kalangan orang-orang Melayu yang dia hina...

Dia tidak pernah diganggu oleh umat Islam, sama sekali tidak pernah dihina oleh orang-orang Islam, jauh sekali oleh penduduk Palestin.

Inilah hasil politik pembangkang yang disemai melalui kebencian terutama kepada kepemimpinan negara. Islam dan politik dicampur-aduk untuk kepentingan dalam kempen pilihanraya. Orang Islam serang orang islam dari satu pihak yang lain.

Hasilnya yang kita lihat di atas... Jangan salahkan dia sahaja, tetapi salahkan juga pemimpin-pemimpin melayu pembangkang. Merekalah punca segala karut marut yang kita tatap pada hari ini..

Rujuk sini