Wednesday, September 11, 2013

PBDS Baru 'Hidup Segan Mati Tak Mahu'






PBDS telah ditubuhkan kembali dan pendaftarannya telah disahkan dengan nama PBDS Baru (Parti Bansa Dayak Sarawak Baru). Melalui jurucakapnya Louis Jarau, mereka ditubuhkan sebagai satu parti yang mesra-BN. Ia bermaksud tidak memberi ancaman kepada BN dan komponennya. 

Pandangan saya, kewujudan PBDS Baru memberikan satu nafas baru bagi pembangkang Sarawak. Kegagalan Pakatan Rakyat dan BEBAS dilihat tidak mampu menggugat sokongan masyarakat Dayak terhadap BN. Ia mungkin bertujuan untuk memecahkan undi masyarakat Dayak khususnya kubu kuat BN dengan meletakkan seberapa ramai calon kitar semula daripada pakatan rakyat yang tidak diperlukan lagi.

Nama-nama berikut adalah antara tunjang dan tulang belakang parti PBDS Baru setakat yang saya tahu. Mungkin ada lagi nama-nama besar yang lain, selain disokong oleh DAP Sarawak dan Baru Bian, sekurang-kurangnya di sini kita tahu siapa di kalangan mereka itu. 

Antaranya;

Datuk Seri Daniel Tajem


Adalah orang yang kecewa dengan Barisan Nasional sejak PBDS dibubarkan. Keengganan ROS menerima MDC (Malaysian Dayak Congress) yang diterajuinya sebagai sebuah parti politik telah menyebabkan mereka bertekad untuk bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dalam pilihanraya negeri pada 2006 sebagai tentangan terhadap BN. 

Beliau juga merupakan bekas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak seangkatan dengan Baru Bian. Bagai diduga, jodoh mereka tidak panjang… Daniel Tajem akhirnya meninggalkan parti itu dan menyertai SNAP disebabkan kepincangan Pakatan dalam pembahagian kerusi calon bertanding. 

Kemudian, beliau bersama rakan dalam MDC membuat keputusan untuk menghidupkan kembali PBDS Baru dengan harapan  memperoleh peluang yang lebih cerah berbanding ketika bersama SNAP dan PKR.

Richard Lias 

Juga dari SNAP, bekas calon DUN 43.Ngemah pada PRN 2006 yang hanya memperolehi 341 undi dalam percaturan 3 penjuru menentang BN dan Bebas. Tidaklah popular sangat.. Beliau kemudiannya menyertai PKR sebelum PRN 2011, namun tidak tersenarai sebagai calon bertanding di kerusi tersebut. Dipercayai masih ahli PKR yang aktif, namun mengikut senarai, beliau turut sama dalam mesyuarat pembentukan PBDS Baru bersama Daniel Tajem. 

Soalan : Adakah beliau akan setia sebagai pro-BN? 
Jawapan : Bagaimana seorang pro-pakatan dan pembangkang Sarawak boleh menjadi mesra-BN pada masa yang sama?

Cobbold John Lusoi 


Asalnya seorang blogger ‘Hardcore’ Anti-BN, yang sentiasa menderita dengan syndrome ‘No to Taib’ dan aktif seiring Dr. John Brian Anthony seorang pakar motivasi melalui blognya DayakBaru.com. Sering mengadakan ceramah dan perjumpaan dengan penduduk di rumah-rumah panjang supaya memberi mood kepada pembangkang. 

Ketika pra PRN Sarawak ke9 pada 2006 yang lalu beliau bertanding sebagai calon untuk DUN N25 Balai Ringin menentang Ibi Uding (SNAP) dan Snowdan (BN) atas tiket BEBAS. Nasib tidak menyebelahi beliau, sekadar meraih 742 undi.

Kemudian pada PRN ke10 pada 2011, beliau bertanding lagi di DUN yang sama dalam perebutan kerusi panas (pertandingan 6 penjuru) namun hanya mampu mendapatkan sokongan 85 undi, jauh di belakang Ibi Uding dan Snowdan yang berkelebihan 1175 dan 4060 undi. Kini, beliau bersama MDC dalam pembentukan PBDS baru dengan harapan agar diberi peluang untuk bertanding sebagai calon DUN sekali lagi dalam pilihanraya akan datang…

Soalan : Adakah beliau mesra-BN bersama PBDS?
Jawapan : lol…

Peter John Jaban


Nama yang tidak asing lagi di kalangan orang asing seperti Clare Rewcastle Brown. Pemain peranan utama dalam siaran Radio Free Sarawak sering menghebahkan fitnah ke atas Taib Mahmud dan kerajaan BN sehingga kini. Dikenali sebagai ahli yang aktif terhadap hak asasi manusia/hak rakyat Sarawak di kalangan penggiat media social pro-pembangang. Daripada DJ bercerita politik, dalam hiburan yang tidak pernah menyenangkan BN.

Soalan : Adakah beliau juga mesra-BN? 
Jawapan : Sila rujuk stesen radio free Sarawak untuk mengetahui..

Joseph Tawie


Blogger thebrokenshield.blogspot, juga berkait rapat dengan blogThe Hornbill Unleashed. Aktif dengan artikel-artikel pro-pembangkang di Malaysiakini dan juga salah seorang pengendali laman freemalaysiatoday.com

Soalan : mesra-BN? 
Jawapan : Dilihat lebih pro-pembangkang Sarawak dan DAP

Berdasarkan nama-nama berikut, bagaimanakah mungkin ‘PBDS Baru’ yang diketuai Datuk Seri Daniel Tajem dan dipengerusikan oleh Louis Jarau mendakwa kumpulan mereka adalah mesra-BN? Tidakkah kita melihat apa yang telah dilakukan SNAP pada satu ketika mendakwa bersama BN? 

PBDS boleh menyatakan sebaliknya, hakikatnya ramai boleh menduga gerak permainan politik mereka. Barisan Nasional harus berhati-hati. Jika ‘PBDS Baru’ begitu yakin peranan mereka disokong oleh majoriti besar  masyarakat Dayak, kenapa perlu mengatakan parti mereka Mesra-BN?

5 comments:

  1. We need a party to represent dayaks replace prs and spdp with strong characters like them not just nodding to what taib have to say or being a yesman donkeys. Sorry, its time for bn to move out..

    ReplyDelete
  2. Selamat berjuang...teruskan bro....

    ReplyDelete
  3. Tuai rumah pro-dap. Jgn jadi dayak kalau tak reti ckp dayak

    ReplyDelete
  4. Salam Brotherhood Tuan & ucapan setinggi tahniah atas kelahiran blog terbaru tuan, semoga berjaya dalam perjuangan & kehidupan. :)

    ReplyDelete
  5. tak perlulah nak kata mesra-BN n mcm2 lagi ayat power nak tagih simpati org dayak...sbg parti baru kenalah tunjukkan ketegasan..klau pro-BN (ckp terus-terang), klau pro-pembangkang (pun kena terus terang). tak perlu basa-basi lah.mcm mna nak perjuangkan bangsa Dayak, kalau x bpendirian tetap n tegas?...last2, hala tuju perjuangan parti pun entah kemana....

    ReplyDelete