PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK ke-11 akan datang adalah objektif
utama Pakatan Rakyat sekarang dalam persaingan untuk merampas kerajaan daripada
penguasaan BN. Keputusan Pilihanraya DUN yang lalu telah memberikan kelebihan kepada
Pakatan Rakyat dengan kejayaan merampas 8 kerusi daripada penguasaan BN.
Kita jangan lupa sebenarnya kempen mereka telah berjaya
sekalipun BN menang dengan majoriti 2/3. Sedikit sebanyak undi rakyat Sarawak telah
beralih arah kepada pembangkang. Kempen pembangkang khususnya Pakatan Rakyat
sebenarnya baru bermula, kemuncaknya daripada Tsunami Reformasi yang ditunjukkan
pada PRU-12 (2008).
Disebabkan itulah, data keputusan DUN Sarawak pada 2006 dan 2011
tidak boleh dijadikan dokongan bahawa BN akan berada dalam keadaan selesa di
negeri ini. Kita tidak tahu lagi bagaimana sokongan rakyat pada PRN akan
datang.
Strategi Baru
Faktor kaum memainkan peranan yang besar
dalam menentukan hala tuju politik di Negeri Sarawak. DAP cukup sedar tanpa sokongan
masyarakat Dayak khususnya di kawasan pedalaman akan membantutkan rancangan
dan usaha mereka daripada mengambil-alih kepimpinan kerajaan negeri, setidak-tidaknya
mengurangkan majoriti besar sokongan rakyat terhadap BN dan sebagai penentu ukur kekuatan mereka bagi
merancang gerak kempen untuk Pilihanraya Parlimen selepas itu.
Mengapa DAP, bukan Pakatan Rakyat? Ia disebabkan DAP
mendominasi kerusi DUN pembangkang di Sarawak dengan kelebihan 12 kerusi berbanding PKR yang
hanya 3 kerusi pada PRN yang lalu. Menunjukkan sokongan terhadap pembangkang
terlalu lemah di kawasan Bumiputra berbanding kawasan-kawasan dalam bandar.
Pihak pembangkang tempatan yakin tidak ada cara lain selain
menggunakan pengaruh DAP kerana PKR, SNAP, PAS dan BEBAS dilihat tidak mampu
menyaingi penguasaan BN. Kerana itu, penglibatan pemimpin Bumiputra dalam DAP MESTI
DILAKUKAN untuk mencapai objektif mereka. Bagaimana? Dan siapakah orang itu?
Dr John Brian Anthony
Salah seorang
daripada pemimpin Dayak yang paling menonjol dan paling lantang menentang BN
adalah Dr John Brian. Beliau seorang bekas ahli PBDS, bekas ahli
SNAP, bekas ahli PKR dan kini menyertai DAP sebagai langkah awal parti itu untuk
menembusi penguasaan BN di kawasan majoriti Dayak. Ada juga beberapa lagi nama-nama lain, namun
setakat ini cuma beliau saja yang paling menonjol.
Mungkin disebabkan desakan kuat untuk meraih sokongan Dr
John Brian oleh DAP, maka beliau pun dilantik sebagai salah seorang
daripada 7 orang anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru, semasa
Kongress yang ke-16 parti itu pada 15 Disember 2012. Bagaimanapun perlantikan
ahli CEC ketika itu dipertikaikan sehingga sekarang kerana dikatakan tidak
mendapat mandat penuh daripada perwakilan-perwakilan negeri yang lain. Dipercayai
kebanyakan keputusan itu dipengaruhi oleh kepimpinan DAP daripada Pulau Pinang.
Peranan utama Dr John
Brian adalah sebagai duta masyarakat Dayak bagi parti itu. DAP tentu cukup
berhati-hati dalam soal melibatkan sensitiviti masyarakat Dayak lebih-lebih
lagi dalam isu hak tanah adat (NCR) kerana itulah satu-satunya modal yang
paling ampuh sering digunakan pembangkang tempatan terhadap Barisan Nasional selain isu-isu kecil yang lain.
Tipu helah ke atas BN?
Baru-baru ini kita melihat kewujudan beberapa nama parti
politik mendaftar di bawah ROS. Kesemuanya 5 parti, dikhaskan kepada negeri Sarawak
sahaja. Masing-masing kini mengaku sebagai mesra-BN. Kesemua 5 parti tersebut..
Agak pelik peranan parti politik baru masa kini. Apa kesimpulan yang boleh kita
lihat daripada hakikat ini?
Kepentingan parti – Tidak semua parti baru di Sarawak mampu meraih
sokongan dalam masa pendek terutama menjelang pilihanraya. SNAP dan SWP
sebagai contoh, tidak diterima rakyat Sarawak sepertimana komponen Pakatan Rakyat
di negeri ini. Kebanyakan yang kita tahu, isyarat itu jelas ditunjukkan pada
pilihanraya negeri dan parlimen sebelum ini.
Mengaku sebagai parti yang mesra-BN memberi gambaran kepada
rakyat seolah-olah parti itu direstui BN sekalipun bertanding di kawasan yang
sama. Kita sedar, majoriti besar rakyat percayakan BN, tetapi pada masa yang
sama mereka juga mahukan pemimpin yang baru. Tidak dinafikan, faktor calon
turut memainkan peranan dalam menentukan penguasaan di sesetengah kawasan.
Bermuka Dua – Satu strategi untuk memusnahkan kepimpinan
parti komponen BN dari jarak dekat. Kaedah serangan terus kepada BN nampaknya tidak
begitu memberi impak yang besar kepada sokongan masyarakat Dayak. Pihanraya Negeri dan Parlimen yang lalu telah menjelaskan. Begitu banyak
blog-blog terkemuka pro-pembangkang membantu, telah banyak risalah-risalah propaganda
disebarkan, malah mereka sanggup mengagihkan CD-CD seta video kempen ke setiap rumah yang
dikunjungi, radio stesen gelombang pendek sepanjang masa digunakan, ceramah-ceramah oleh pemimpin tertinggi pembangkang aktif dijalankan, pendek kata semuanya
dibuat secara ‘all-out’, namun keputusannya BN masih tetap berkuasa. Jika begini hasilnya, tentu
ada kaedah yang diubah mereka. Serang dari arah mana pula kali ini?
Melihat kepada pendaftaran parti-parti politik yang baru
seperti ini, tidak dipastikan siapakah sebenarnya di belakang mereka. Mengapa
bumiputra sahaja yang menjadi perhatian, tiadakah kewujudan parti Baru bagi meraih
sokongan kaum Cina terhadap BN?
Tidak tertanyakah kita siapa sebenarnya menaja mereka ini?
a. Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu
(PERSB),
b. Parti Bumi
Kenyalang (PBK),
c. Parti Bansa
Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru),
d. Parti Tenaga
Rakyat Sarawak (TERAS)
e. People’s
Alliance for Justice of Peace (JUSTICE)
Jika diberikan peluang, dengan segera sahaja mereka datang.
Kononnya mesra-BN, ingin bekerjasama dengan BN. Rakyat pula tidak tahu siapakah
sebenarnya pemimpin parti-parti tersebut. Bagi saya, motif mereka cuma satu - bertujuan
mengucar-kacirkan barisan kepimpinan parti komponen BN Sarawak. BN perlulah
berhati-hati terhadap mereka.
PBDS Baru
Saya baru keluarkan posting tentang mereka. http://sarawakia.blogspot.com/2013/09/pbds-baru-hidup-segan-mati-tak-mahu.html Rancangan untuk mendaftarkan PBDS Baru ini dibuat sebelum PRU13 lagi. Ia dilakukan
setelah usaha pembangkang tempatan untuk mendaftarkan MDC (Malaysian Dayak Congress) sebagai
pertubuhan politik tidak diluluskan ROS.
Ketika itu, keyakinan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk
bersaing dan bertapak di Sarawak berada pada kedudukan yang cukup tinggi. Di
mana-mana sahaja kedengaran slogan ‘change we must’ / Sarawak 4 Change' / Ubah dan berbagai lagi slogan ciptaan mereka. Cuma agak
terlewat, baru kini dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan parti politik
yang sah.
Dengan penubuhan
parti-parti politik seperti ini, maka jadi sesaklah dunia politik Sarawak. Populasi rakyat
Sarawak sekarang dianggarkan seramai 1.8 juta orang. Jumlah pengundi berdaftar pula sekitar 1,080 000 orang. Pada PRN yang lepas, 10 parti turut bertanding
termasuk BEBAS. Masuk yang baru ini, sudah jadi 15 parti.
Negeri Sarawak cuma
ada 71 DUN, jadi bayangkanlah berapa jenis penjuru yang mereka hendak cipta
bagi sesetengah kawasan.. Hasilnya? Undi BN akan terjejas. Memadailah buat pembangkang.. dengan
cara ini boleh jadi Pakatan Rakyat menang, boleh jadi juga kalah. Namun,
keputusan apapun yang mereka perolehi tentunya tidak merugikan DAP walau sedikitpun.
Propaganda memburukkan Ketua Menteri diteruskan
Belum pun lama 5 parti baru Sarawak didaftarkan, serta-merta
tersebar desas-desus mengaitkan ia dengan Ketua Menteri Sarawak. Cukup hebat
kononnya permainan politik Pehin Sri.. Salah satu daripadanya ialah kewujudan PBDS.
Rancangan baru Ketua Menteri untuk mengekalkan kuasa? Maka, ramailah rakyat
disajikan dengan propaganda bohong jenis baru seperti ini.
Artikelnya tidak pula menuduh Pehin Sri secara langsung
namun daripada apa yang kita nampak, secara otomatik ia menggambarkan seolah-olah Ketua Menteri Sarawak takut kehilangan kuasa.. Natijahnya, ia mengundang beberapa komen negatif
daripada pelawat laman itu sendiri tanpa mereka mengetahui siapa sebenarnya
dalang di sebalik permainan ini.
Rujuk
laman Freemalaysiatoday http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/28/is-pbds-baru-a-tool-to-protect-taibs-turf/
Apakah pembangkang tiada cara yang lebih baik selain menyerang
peribadi pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
Di bawah berikut adalah minit mesyuarat yang saya perolehi daripada facebook bagi pembentukan sebuah parti politik pada tahun 2009.
Jika Joseph Tawie (no.7) itu adalah orang yang sama, bukankah yang mengulas
dalam freemalaysiatoday itu adalah Joseph Tawie, ahli PBDS Baru mereka sendiri?
Di bahagian mana pula Pehin Sri boleh terlibat dalam pembentukan parti
baru (PBDS Baru) tersebut?
Adalah lebih baik dan dihormati jika kita melakukan cara berkempen yang
lebih telus. Dengan cara begini, mudahlah bagi rakyat Sarawak mempercayai apa
yang diperjuangkan kita untuk mereka. Jika tidak mampu juga, ubahlah diri kita dulu
sebelum kita bercita-cita untuk mengubah Kerajaan.
‘Change
we must’ is all about Dignity..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNot all things that are exposed are fictitious. There's hundreds of other issues involving Taib remain unexplained. Many people and Sarawak state government officials know how Taib mahmud approves land and projects for her family members. Indeed he does not sit in a meeting to discuss his interest, but the command was given to approve his absence. Our land belongs to the people, it's not the property of Taib and his family. I hope he will be lost in the future PRN and be replaced by a more transparent leader.
ReplyDeleteSAY NO TO TAIB MAHMUD! UBAHLAH INI KALILAH!
ReplyDelete