Pendedahan untuk penyokong pembangkang Sarawak
Dipetik daripada blog thedapinsider;
http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/cec-tipu.html?m=1
Pendahuluan
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes
penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh
taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya
melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih
aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua
rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan
kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak
mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa
melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat
DAP menolong saya.
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya
akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke
manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.
No comments:
Post a Comment