PBDS telah ditubuhkan kembali dan pendaftarannya telah
disahkan dengan nama PBDS Baru (Parti Bansa Dayak Sarawak Baru). Melalui
jurucakapnya Louis Jarau, mereka ditubuhkan sebagai satu parti yang mesra-BN.
Ia bermaksud tidak memberi ancaman kepada BN dan komponennya.
Pandangan saya, kewujudan PBDS Baru memberikan satu nafas baru bagi pembangkang Sarawak. Kegagalan Pakatan Rakyat
dan BEBAS dilihat tidak mampu menggugat sokongan masyarakat Dayak terhadap BN. Ia mungkin bertujuan untuk memecahkan undi masyarakat Dayak khususnya kubu kuat BN dengan meletakkan seberapa ramai calon kitar semula daripada pakatan rakyat yang tidak diperlukan lagi.
Nama-nama berikut adalah antara tunjang dan tulang belakang
parti PBDS Baru setakat yang saya tahu. Mungkin ada lagi nama-nama besar yang
lain, selain disokong oleh DAP Sarawak dan Baru Bian, sekurang-kurangnya di sini kita tahu siapa di kalangan mereka itu.
Antaranya;
Datuk Seri Daniel
Tajem
Adalah orang yang kecewa dengan Barisan Nasional sejak PBDS
dibubarkan. Keengganan ROS menerima MDC (Malaysian Dayak Congress) yang
diterajuinya sebagai sebuah parti politik telah menyebabkan mereka bertekad
untuk bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dalam
pilihanraya negeri pada 2006 sebagai tentangan terhadap BN.
Beliau juga merupakan bekas Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Sarawak seangkatan dengan Baru Bian. Bagai diduga, jodoh mereka tidak
panjang… Daniel Tajem akhirnya meninggalkan parti itu dan menyertai SNAP
disebabkan kepincangan Pakatan dalam pembahagian kerusi calon bertanding.
Kemudian,
beliau bersama rakan dalam MDC membuat keputusan untuk menghidupkan kembali
PBDS Baru dengan harapan memperoleh peluang
yang lebih cerah berbanding ketika bersama SNAP dan PKR.
Richard Lias
Juga dari SNAP, bekas calon DUN 43.Ngemah pada PRN 2006 yang
hanya memperolehi 341 undi dalam percaturan 3 penjuru menentang BN dan Bebas. Tidaklah
popular sangat.. Beliau kemudiannya menyertai PKR sebelum PRN 2011, namun tidak
tersenarai sebagai calon bertanding di kerusi tersebut. Dipercayai masih ahli
PKR yang aktif, namun mengikut senarai, beliau turut sama dalam mesyuarat
pembentukan PBDS Baru bersama Daniel Tajem.
Soalan : Adakah beliau akan setia sebagai pro-BN?
Jawapan : Bagaimana
seorang pro-pakatan dan pembangkang Sarawak boleh menjadi mesra-BN pada masa
yang sama?
Cobbold John Lusoi
Asalnya seorang blogger ‘Hardcore’ Anti-BN, yang sentiasa menderita dengan syndrome ‘No to Taib’ dan
aktif seiring Dr. John Brian Anthony seorang pakar motivasi melalui blognya
DayakBaru.com. Sering mengadakan ceramah dan perjumpaan dengan penduduk di
rumah-rumah panjang supaya memberi mood kepada pembangkang.
Ketika pra PRN
Sarawak ke9 pada 2006 yang lalu beliau bertanding sebagai calon untuk DUN N25
Balai Ringin menentang Ibi Uding (SNAP) dan Snowdan (BN) atas tiket BEBAS.
Nasib tidak menyebelahi beliau, sekadar meraih 742 undi.
Kemudian pada PRN ke10 pada 2011, beliau bertanding lagi di
DUN yang sama dalam perebutan kerusi panas (pertandingan 6 penjuru) namun hanya
mampu mendapatkan sokongan 85 undi, jauh di belakang Ibi Uding dan Snowdan yang
berkelebihan 1175 dan 4060 undi. Kini, beliau bersama MDC dalam pembentukan
PBDS baru dengan harapan agar diberi peluang untuk bertanding sebagai calon DUN
sekali lagi dalam pilihanraya akan datang…
Soalan : Adakah beliau mesra-BN bersama PBDS?
Jawapan : lol…
Peter John Jaban
Nama yang tidak asing lagi di kalangan orang asing seperti
Clare Rewcastle Brown. Pemain peranan utama dalam siaran Radio Free Sarawak
sering menghebahkan fitnah ke atas Taib Mahmud dan kerajaan BN sehingga kini.
Dikenali sebagai ahli yang aktif terhadap hak asasi manusia/hak rakyat Sarawak
di kalangan penggiat media social pro-pembangang. Daripada DJ bercerita
politik, dalam hiburan yang tidak pernah menyenangkan BN.
Soalan : Adakah beliau juga mesra-BN?
Jawapan : Sila rujuk
stesen radio free Sarawak untuk mengetahui..
Joseph Tawie
Blogger thebrokenshield.blogspot, juga berkait rapat dengan
blogThe Hornbill Unleashed. Aktif dengan artikel-artikel pro-pembangkang di
Malaysiakini dan juga salah seorang pengendali laman freemalaysiatoday.com
Soalan : mesra-BN?
Jawapan : Dilihat lebih pro-pembangkang
Sarawak dan DAP
Berdasarkan nama-nama berikut, bagaimanakah mungkin ‘PBDS
Baru’ yang diketuai Datuk Seri Daniel Tajem dan dipengerusikan oleh Louis Jarau
mendakwa kumpulan mereka adalah mesra-BN? Tidakkah kita melihat apa yang telah
dilakukan SNAP pada satu ketika mendakwa bersama BN?
PBDS boleh menyatakan sebaliknya, hakikatnya ramai boleh
menduga gerak permainan politik mereka. Barisan Nasional harus berhati-hati.
Jika ‘PBDS Baru’ begitu yakin peranan mereka disokong oleh majoriti besar masyarakat Dayak, kenapa perlu mengatakan
parti mereka Mesra-BN?
We need a party to represent dayaks replace prs and spdp with strong characters like them not just nodding to what taib have to say or being a yesman donkeys. Sorry, its time for bn to move out..
ReplyDeleteSelamat berjuang...teruskan bro....
ReplyDeleteTuai rumah pro-dap. Jgn jadi dayak kalau tak reti ckp dayak
ReplyDeleteSalam Brotherhood Tuan & ucapan setinggi tahniah atas kelahiran blog terbaru tuan, semoga berjaya dalam perjuangan & kehidupan. :)
ReplyDeletetak perlulah nak kata mesra-BN n mcm2 lagi ayat power nak tagih simpati org dayak...sbg parti baru kenalah tunjukkan ketegasan..klau pro-BN (ckp terus-terang), klau pro-pembangkang (pun kena terus terang). tak perlu basa-basi lah.mcm mna nak perjuangkan bangsa Dayak, kalau x bpendirian tetap n tegas?...last2, hala tuju perjuangan parti pun entah kemana....
ReplyDelete