Kepada masyarakat Dayak khususnya di kampung-kampung, kita haruslah peka objektif sebenar DAP sekarang.
Tanyalah diri, adakah program 'impian Sarawak' dibuat kerana DAP benar-benar prihatin kepada kehidupan penduduk di pedalaman atau sebenarnya hanya mempergunakan Dayak untuk menguasai DUN Sarawak?
Ikutilah kenyataan ahli DAP Melayu, Aspan Alias.
Projek tawan Sarawak DAP perkara biasa - Aspan
SUBANG JAYA: Tindakan DAP melancarkan program 'Impian Sarawak' untuk
memperkukuhkan pengaruhnya di Malaysia Timur adalah perkara 'biasa',
kata ahli DAP Melayu, Aspan Alias.
Memandangkan DAP bercita-cita besar mahu mentadbir negara, maka
tindakan 'membina tapak' di negeri itu dilihat perlu dan wajar, kata
beliau.
"Mereka (DAP) dah ada pengikut di Semenanjung, tetapi menunjukkan ada
penurunan grafnya mungkin hilang beberapa kerusi. Untuk bangkit semula,
DAP mesti cari jalan di kawasan baru di Sarawak. Sebagai parti yang
agenda di dalamnya yang tetap hidup, mereka mahu mengawal negara
(keseluruhannya).
"Itu dah biasa, mereka nak kuatkan pengaruh mereka di Malaysia Timur.
Ia perkara biasa," katanya ketika ditemui pemberita Antarapos.
Aspan berkata DAP memilih untuk mensasarkan Sarawak kerana majoriti penduduknya berbangsa Cina.
Faktor itu dipercayai memudahkan parti itu meraih sokongan pengundi
dengan hanya fokus kepada perjuangan dan kepentingan masyarakat Cina
semata-mata.
DAP pada minggu lalu mengumumkan program 'Impian Sarawak' dengan
mensasarkan pembangunan projek kemudahan asas seperti air dan elektrik
di kawasan perkampungan negeri berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun menolak dakwaan
kononnya program tersebut diwujudkan sebagai persediaan DAP menjelang
pilihan raya negeri itu, sebaliknya lanjutan daripada sambutan Hari
Malaysia.
Sumber: antarapos.com
Sumber: antarapos.com
Hanya retorik. Impian Sarawak sebenarnya Impian DAP untuk menguasai Sarawak |
ASALAM, BRO, TEMAN PERCAYA ORNG SARAWAK BIJAK MENILAI.
ReplyDeleteDoakan yang terbaik untuk rakyat Sarawak. Moga-moga Dayak Sarawak tidak lagi ditipu pembangkang DAP.
ReplyDelete