Thursday, September 26, 2013

Jalur Gemilang terbalik di Miri




MIRI: Agak mengejutkan apabila mendapati ada jabatan kerajaan tidak prihatin dengan kedudukan bendera negara, Jalur Gemilang apabila ia dikibarkan secara terbalik.

Tindakan tersebut yang bukan sahaja membuktikan kurangnya kepekaan malah semangat patriotisme di kalangan kakitangan yang bertugas di pejabat berkenaan tetapi telah menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang di hadapan pejabat berkenaan.

Malah ada yang lebih prihatin, telah bertindak membuat aduan ke pejabat akhbar ini semalam, meminta supaya perkara itu ditegur dan jangan diulangi, kerana bimbang ia diambil kesempatan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab walaupun kesilapan itu tidak disengajakan.

Artikel selanjutnya

Kredit kepada The Borneopost

Sarawakia: Masih ada yang kurang peka terhadap pengibaran Jalur Gemilang, sehingga ada yang tidak ambil kisah keadaannya ketika digantungkan. 

Lebih menyedihkan ia berlaku di sebuah Jabatan Kerajaan yang sepatutnya menjadi contoh kepada institusi-institusi swasta yang lain. 

Diharap kejadian seperti ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan mengedar surat pekeliling agar semua jabatan kerajaan dan agensinya mengibarkan bendera dengan betul.



No comments:

Post a Comment