KUALA KANGSAR: Mahkamah
Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda
RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah,
Bukit Chandan ketika krisis politik Perak pada 6 Februari 2009 lalu.
Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.
Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.
Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.
Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.
Katanya, semenjak kes ini bermula iaitu 6 Februari 2009, ke semua mereka yang tertuduh telah hadir memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak mahkamah.
Peguam juga telah mengemukakan alasan-alasan munasabah berhubung keseluruhan tertuduh dengan mengambil kira kesan, kos dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang 5 tahun perbicaraan kes ini.
Orang yg lebeh sesuai di masukkan kepenjara adalah Nizar Jamaluddin .Betul tak?
ReplyDeleteramai lagi layak yg layak masuk penjara.. setakat 13org tu hanya ikan bilis. Nizar patut kena denda dan penjara sebab jadi penghasut dan batu api bubarkan dun
ReplyDelete