Tuesday, September 17, 2013

Panas! Pemimpin BN menghina rakyat..

Kita baru sahaja selesai meraikan sambutan ulangtahun ke-50 Sarawak merdeka dalam Malaysia. Pemimpin-pemimpin daripada dalam dan luar negeri datang memeriahkan sambutan dan rakyat diraikan dengan berbagai-bagai acara yang menghiburkan.

Sungguh, tanpa pengorbanan dan kebijaksanaan pemimpin yang terdahulu dan sekarang, sudah pasti kita tidak mampu mengecapi apa yang kita nikmati sekarang.


Dalam keasyikan kita menyaksikan kemeriahan sambutan hari tersebut, terdapat satu golongan yang tidak menyenangi dengan kegembiraan rakyat ini.

Mereka berusaha keras supaya negeri Sarawak yang makmur  berubah menjadi kacau-bilau dan supaya rakyat yang hidup dalam bahagia, bersengketa sesama sendiri. Tujuannya satu, supaya rakyat memberontak dan supaya kepimpinan negeri ini hancur.

Dengan demikian mudahlah pihak dari luar mencampuri dan menentukan segala urusan dalam kehidupan kita.

Fitnah Dajjal - Sumbangan itu satu penghinaan kepada sipenerima
Artikel Sarawak Report bersempena 16 September, menyaksikan keghairahan seorang wanita Barat memburuk-burukkan pemimpin kita. Tidak cukup dengan fitnah dan pembohongan yang ditaburkan dalam penulisannya, kini usaha mereka pula diperlekehkannya. 

Apakah terlalu mulia peribadi wanita itu berbanding wakil rakyat kita yang datang membantu rakyat dalam kesusahan?
The Mother of Alms giver?? Rumahnya begitu mewah
 
Bukan mudah menjadi pemimpin yang sentiasa diperhatikan pergerakan sepanjang kariernya. Amat mudah diburukkan bukan hanya yang tidak mempunyai rekod membantu rakyat miskin dan susah, yang turun padang membantu turut sama mendapat tamparan yang sama. Cuba jelaskan apakah tindakan yang betul mengikut cara Eropah....

Demikian menurut Sarawak Report, pemberian pemimpin kita untuk orang miskin itu satu penghinaan kepada sipenerima. Begitu lancang sekali tangan yang fitrahnya menulis tentang fitnah dan maruah orang, jika kita nak bandingkan dengan tangan yang memberi dengan niat untuk membantu dan dijadikan teladan kepada yang lain.

Bukti wakil rakyat bekerja
 Menjadi tanggungjawab pemimpin BN untuk menghulurkan sumbangan. Dan yang mengambil gambar pula bukanlah disuruh tetapi sebagai kenangan dan rekod dalam laporan kerja harian. Bukan untuk publisiti murahan. Mereka tentunya cukup sedar akan hal itu.

Clare tidak tahu tentang maruah, namun dia kononnya ‘lebih mulia dalam segala hal’ bertindak memalingkan perbuatan mulia ini sebagai penghinaan kepada penerima bantuan. Sungguh berjaya dia menarik komentar-komentar yang menyokong pendapatnya tanpa perlu mengambil bahagian dalam pemberian bantuan dan pengagihan zakat. Muliakah mereka?  

Yang pasti Clare tidak pernah memberi sumbangkan untuk membantu rakyat Sarawak yang memerlukan. Kita yakin para komentarnya juga tidak sanggup datang ke rumah orang miskin menghulurkan bantuan sekalipun menggunakan wang orang lain.

Pemimpin DAP juga menghina orang miskin? Lihat juru-juru kameranya dari setiap sudut
Memberi sumbangan bukan menghina. Tetapi sukakah kita orang berkasut ke dalam rumah kita? Yang mana lebih menghina?
 
Kini, mereka mencampuri hal ehwal orang Islam dalam pembahagian zakat. Zakat adalah kutipan daripada orang Islam, peruntukan kepada orang Islam.

Terpulanglah kepada pihak bertanggungjawab bagaimana cara pembahagiannya. Ia tidak menyumbang sedikitpun kepada populariti individu tertentu kerana ia adalah hasil kutipan wang bertujuan untuk melaksanakan rukun Islam yang keempat, bukannya untuk riak atau ujub seperti apa yang difikirkan oleh sesetengah orang tidak beragama. 

Wang zakat bukan daripada Clare dan para komentarnya
Jika majoriti  besar penganut kristian di Sarawak memahami hal ini, mengapa Clare mempolitikkan pembahagian zakat untuk orang Islam? Malulah kita mengatakan sesuatu sedangkan kita sendiri tidak memahami hukum syariatnya.

Tidak dinafikan Negeri Sarawak masih mempunyai tahap kemiskinan rakyatnya, namun bukanlah dengan cara membahagi-bahagikan harta Taib Mahmud, YB Datuk Hj. Daud dan pemimpin BN lain, lalu selesailah masalah tersebut.



Tahun lepas BN telah menyalurkan bantuan sebanyak RM671.7 Juta kepada 270,000 isi rumah. Cukup ramai rakyat yang gembira (Maaf, tidak cukup ruang untuk meletakkan gambar sipenerima serta gambar duit sebagai bukti) Tambahan pula, semua gambar-gambar tersebut adalah penghinaan bagi Clare dalam Sarawak Reportnya.

Kadar kemiskinan di Sarawak menurun kepada 2.4 peratus pada 2012 berbanding 5.3 peratus pada 2009, satu angka yang cukup membanggakan berbanding peningkatan sebanyak 21.8% di UK untuk penggal 2011-2013 sahaja mengikut laporan IFS.

Kita mahukan pemimpin kita berjiwa rakyat, kita juga mahukan pemimpin yang rajin bertemu rakyat. Tetapi kita tidak boleh terima sesiapa sahaja yang cuba memperlekehkan usaha kerajaan memenangi hati rakyat dengan hanya menulis fitnah daripada satu negara yang beribu batu jauhnya dari kediaman kita.

Syabas YB, teruskan usaha....

Gambar yang dipampang di SARAWAK REPORT bukan sesuatu yang aib. Ia sebenarnya bonus daripada media pembangkang bahawa BN benar-benar membantu rakyat ketika dalam kesusahan, bukan seperti pembangkang yang hanya sibuk cuma ketika menjelang pilihanraya sahaja.

2 comments:

  1. Org sarawak percaya sebab ppuan mat saleh tu lebih lawa drpd YB Daud.. hahaha, hitam lwn putih..

    ReplyDelete
  2. Dunia sudah nak kiamat bro.. Perbuatan baik pun dipandang hina. Kalau aku, aku tak ingin dipandang mulia di sisi manusia tapi hina di sisi Allah. Lebih baik manusia memandang hina akan perbuatan baikku, tetapi Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete