Sunday, September 29, 2013

Kenyataan Media Pendaftaran Pertubuhan Behubung Penipuan Lim Guan Eng DAP


Pendaftar Pertubuhan di sini ingin menerangkan sekali lagi lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP. ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan ‘Special Congress’ tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut. Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.

Harus di tekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan. Adalah tidak wajar ROS di kaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

1 comment:

  1. Masalah nya si cinabeng dap tu kuat bohong. Ahli cinabeng dan orang cinabeng kat luar pulak terlalu taksub dan bodoh sehingga boleh percaya apa sahaja yang dia orang cakap. Yang diburukkan tetap UMNO/BN. Ada jugak loyar senior yang hebat, tetapi terbukti tidak ada ethics, prinsip dan maruah berdasarkan kes liwat nasional yang melibatkan dia sebagai peguam defendent dan ahli yang berhormat. Kerana duit......semua boleh buat. Itu lah kredibiliti lowyer poilitik.

    ReplyDelete