Kami telah melihat bagaimana layanan buruk FAM sebelum ini sehingga mengarahkan pasukan Sarawak bermain di stadium kosong menentang Sabah, Perak, Selangor dan Johor tanpa penyokong sendiri.
Suara gesaan supaya Sarawak menarik diri daripada FAM masih kuat kedengaran. Jangan sampai ada suara berang sehingga menjadikan isu ini kepada isu politik.
Inilah nasib pasukan Sarawak yang dilabel juara liga cap ayam, bila menang besar orang kata rasuah dan mengatur perlawanan..
Soalan saya kepada FAM - Apakah kalau Sarawak tewas 6-1 akan ada siasatan begini rupa?
Rujuk juga artikel melanaublogger di bawah;
Akhirnya kemarahan penyokong dan rakyat Sarawak memuncak kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM)
Mungkin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlupa seketika Isu membabitkan "Ngap Sayot" pasukan bola sepak Sarawak yang pernah menjejaskan integrasi Nasional suatu masa dahulu sehingga menyebabkan orang politik campur tangan bagi mengendurkan kembali ketegangan yang berlaku.
Sarawak hampir keluar dari Persekutuan Malaysia apabila ketidakadilan berlaku kepada pasukan kendalian Awg Mahyan ketika itu. Kalau tak silap pada masa itu parti UMNO/BN/PBB Sarawak berada ditahap yang kukuh untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi. Hari ini sepatutnya pihak yang terlibat jangan mengambil mudah dengan mengeluarkan kenyataan Fitnah dan melulu semata-mata.
Baca selanjutnya luahan MelanauBlogger..
FAM bertanggungjawab terhadap mutu bola sepak Malaysia yg paling lemah..rasanya FAM perlu di disiasat kemungkinan RASUAH..
ReplyDeletePenglibatan pemain dalam rasuah tidak sepatutnya dijadikan alasan FAM untuk menafikan kemenangan besar Sarawak, seolah2 untuk menutup malu pasukan Perak. Memang benar, FAM juga harus disiasat kemungkinan berlaku rasuah.. terima kasih atas pandangan.
ReplyDeleteTS Aseh nak bercakap tentang rasuah? Kah! Kah! Kah!
ReplyDelete