Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

PRK Kuala Kangsar - Video tentang siapa Datin Mastura?




Sepatah dua kata dari orang Kuale, saudara Azmi Ismail mengenai Datin Mastura yang juga calon BN untuk Pilihanraya Kecil Parlimen, Kuala Kangsar. Turut bersama beliau, kelihatan anak kepada calon yang turun ke padang menemui para pengundi di tengah malam serta berkempen mewakili pihak ibu mereka.

Datin Mastura merupakan pilihan terbaik buat rakyat antaranya yang pertama; Beliau merupakan orang yang ambil tahu hal-hal rakyat. Beliau menetap di Kuala Kangsar, mengundi juga di Kuala Kangsar.

Yang keduanya: Penduduk di Parlimen Kuala Kangsar cukup mengenali beliau bersama arwah suami, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar yang merupakan bekas MP di kawasan tersebut. Beliau sering mengikut suami turun padang menemui rakyat kawasan. Jadi apa-apa sahaja masalah rakyat, beliau sudah maklum sejak dulu.

Yang ketiganya: Anak-anak beliau semuanya baik-baik belaka. Mendapat didikan sempurna daripada ibubapa. Penampilan serta perwatakan mereka juga baik, maknanya bukan daripada kalangan orang-orang yang bersifat kasar dan keras. Yang pasti, penduduk kawasan tentunya lebih mengenali keperibadian mereka semuanya..

Menurut Azmi Ismail, beliau telah menemui Datin Mastura secara peribadi dan cukup yakin Datin Mastura mampu menyambung legasi suaminya yang ditinggalkan.

Sebelum meninggal, arwah ada mempunyai urusan dengan beliau namun selepas berita nahas helikopter melibatkan arwah di Sarawak, beliau menganggap urusan tersebut terhenti di situ sahaja. Namun beliau terkejut apabila mendapati Datin Mastura tahu semua hal-ehwal rakyat melibatkan suaminya di kawasan parlimen tersebut dan berjanji untuk menyambung urusan yang ditinggalkan arwah. Maka, tepatlah pilihan Datin Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

*****

Kata orang, pertuturan melambangkan peribadi. Jika buruk perkataannya, maka buruklah sifatnya. Jika di awal berkempen sering menghina, mencaci serta merendah-rendahkan orang lain, sudah pasti masyarakat dapat gambaran begitulah keadaannya terhadap orang kebanyakan ketika berkuasa kelak.

Alhamdulillah, calon BN kita di Parlimen Kuala Kangsar tiada sifat yang kita lihat begitu. Ketabahan beliau terhadap pemergian orang tersayang, ditinggalkan dengan tanggungjawab, menghadapi cacian serta pelbagai penghinaan manusia yang berhasad, akan menjadikan beliau lebih layak sebagai pemimpin yang baik.

Semoga Datin Mastura mendapat mandat daripada rakyat dengan izin Allah serta menyambung legasi Allayarham Wan Khair dengan mudah dan bertanggungjawab




  

Tuesday, December 2, 2014

Jijik! Gambar bangkai babi di kolam Talapia

Taubat tak makan ikan ini lagi.. Syukur tak berlaku di negeri lain. Menjadi was-was kita dibuatnya. Kesan negatip bila peniaga Melayu tak ada dalam bidang sama. Kalau harap spesis penternak seperti ini, mereka tak kisah sensitiviti orang. Bagi mereka, tolak kayu, tolak batu, semua sondol belaka..

Julai yang lalu, heboh dikatakan ikan patin yang diternak di Perak diberi makan bangkai babi berikut penemuan tulang-tulang babi dalam kolam ikan patin yang pecah.

Baru-baru ini, tersebar pula dakwaan terbaru yang mengatakan seorang penternak ikan memberikan bangkai babi sebagai makanan kepada ikan talapianya di sebuah kolam.

Menurut sumber, lokasi dalam gambar adalah di Bukit Redang Panjang, Ijok Selama Perak.

Dakwa sumber, objek terapung di tengah-tengah kolam tersebut diletakkan bangkai binatang dipercayai babi dan dibiarkan berulat. Ulat-ulat yang keluar dari bangkai babi itu akan merayap dan jatuh ke dalam kolam yang menjadi sumber makanan kepada ikan talapia.

Jika benar dakwaan ini, elakkan makan ikan talapia buat masa ini sehingga JAIP mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap dakwaan ini.

Sumber gambar - Peraktoday

2
345

Saturday, September 14, 2013

Gambar 13 peserta Demo Bubar DUN Perak dipenjara 2 tahun








KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik Perak pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.

Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.

Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.

Katanya, semenjak kes ini bermula iaitu 6 Februari 2009, ke semua mereka yang tertuduh telah hadir memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak mahkamah.

Peguam juga telah mengemukakan alasan-alasan munasabah berhubung keseluruhan tertuduh dengan mengambil kira kesan, kos dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang 5 tahun perbicaraan kes ini.