Tuesday, March 29, 2016

Khir Toyo akhirnya bebas daripada penjara. Alhamdulillah.

Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang.

Permohonan bekas MB Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi tadi.

Melalui sistem parol, Mohamad Khir dibebaskan lebih awal oleh kerajaan dan dibenarkan menjalani aktiviti harian dengan pemantauan pihak penjara.

Beliau dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki di Mahkamah tinggi shah alam.

Keputusan itu dibuat pada akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah  memerintahkan hukuman itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad khir, 46, dituduh mendapatkan diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, barangan berharga iaitu dua lot tanah serta sebuah rumah di Shah Alam daripada Syarikat Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga 3.5 juta ringgit, sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Sumber artikel: Astroawani

2 comments:

  1. aku dah lepas, lepas ni giliran kau la plak lge.. haha

    ReplyDelete
  2. salah tu, umur dia dah 51 tahun ni

    ReplyDelete