Saturday, March 26, 2016

Perang saraf penyokong PKR terhadap DAP




Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, ketidakserasian diantara parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) semakin jelas kelihatan lebih-lebih lagi jika dikaitkan isu perebutan kerusi.

Ini jelas berikutan salah satu parti 'Pakatan Harapan' telah menaikkan banner di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggugat kedudukan parti lain biarpun mereka bersama dalam satu pakatan.

Terbaru, kelihatan kain rentang dan bendera PKR di kawasan DUN Tasik Biru yang menggesa pengundi untuk memberi sokongan kepada PKR dan menolak kehadiran DAP dikawasan mereka.

Tidak mustahil situasi sebegini juga akan merebak di beberapa kawasan seperti DUN Batu Kitang, DUN Simanggang, DUN Senadin dan beberapa DUN lain yang kini menjadi rebutan antara kedua-dua parti.

Adakah mungkin ini merupakan salah satu strategi PKR untuk menggugat kedudukan parti DAP?

Walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pernah menyatakan bahawa akan terus berhubung dan berbincang dengan Pengerusi PKR bagi membincangkan pembahagian kerusi, namun ia kelihatan agak sukar apabila DAP juga turut meletakkan calon di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan PKR.

Seperti biasa, situasi begini sememangnya sudah begitu sinonim dalam pakatan apabila menyaksikan pertandingan sesama sendiri dalam pilihanraya biarpun mereka bertanding diatas tiket yang sama.

Ternyata Pakatan Harapan hanya gah pada nama tetapi tidak pada persefahaman demi kebaikan parti masing-masing.

Untuk rekod, kawasan Singai-Bau merupakan kawasan DUN Tasik Biru yang disandang oleh Datuk Peter Nansian Ngusie (BN) selepas mengalahkan calon PKR John Tenewi Nuek@John Tenewi dan calon SNAP Frankie Jurem Nyamboi pada PRN ke 10 yang lepas. - Sarawakiana

No comments:

Post a Comment