Bekas PM yang selama ini penulis sanjung, beliau pernah menjadi contoh kepada pemimpin negara-negara Islam yang lain. Masa itu telah berlalu. Tun Mahathir kini telah berubah. Entah di mana silapnya, tekadnya untuk menggulingkan Najib semakin menjadi-jadi.
Tun Mahathir tanpa disangka kini bersama pembangkang. Puak yang satu ketika dulu mencemuh beliau. Menggelar dengan bermacam gelaran yang terkutuk untuk seorang pemimpin negara. Tapi kerana mahukan Najib digulingkan, parti DAP yang disokong Israel menjadi sahabatnya.
Terus-terang, tindakan beliau membuatkan ramai orang sudah hilang hormat kepadanya.
Syabas kepada dedakian pro-Mahathir. Kamu sudah ada saudara baru - DAP, Ambiga dan lain-lain.
Gambar kenangan komplot saling mempergunakan di antara satu dengan yang lain. Slogan Selamatkan Malaysia, tetapi sebenarnya berniat jatuhkan Najib. Satu sejarah telah tercipta.
KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi ‘Selamatkan Malaysia’.
Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.
Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan
Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.
Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.
Kredit gambar mysuara.net.
Nenek jijah dan nurul izzah pun tak hadir sidang perjanjian ni, tapi yang peliknya pengerusi majlis tak sebut pun nama dua ekor betina tu. Mereka berdua tu tak sokong ke gerakan syok sendiri PAKATUN tersebut??
ReplyDeleteBetul tu.. wan azizah dgn nurul xde.. mingkin masih marahkan tunM��
ReplyDeletedeklarasi bodoh tak ada nilai..buang masa..macam tak ada kerja lain....elok di bakul sampahkan saja..rakyat apa ngok..kalau 99.9 peratus sokong boleh lah kata rakyat..apa jenis otak pembangkang malaysia ni..
ReplyDeleteOrang tua susah dipujuk.Najib jangan senang2 nak gantung orang.Yg untung Dap serta pemacainya.
ReplyDeletekpd yg nak tahu hal sebenar politik malaysia ni elok mendapatkan fakta yg sah...kita mempunyai mahkamah untuk mengadili sesuatu kes yg difailkan....yg aku hairan kenyataan dr mahathir yg terang mendakwa najib memberi duit 1m kpd datuk shahril tidak difailkan dimahkamah....ini satu contoh dakwaan mahathir...dan banyak lagi yg didakwanya...jgn dikatakan mahathir nyanyok...sebenarnya PM kita takut sbb benda tu betul...sbb tu dia berdiam diri...
ReplyDelete