Monday, March 21, 2016

Skandal pembelian banglo, Lim Guan Eng panik?


Lim Guan Eng diagungkan sebagai seorang yang kononnya paling bersih dalam politik di Malaysia, ternyata semakin resah hasil tindakan sendiri. Satu persatu kesilapannya terdedah.. Menandakan orang yang berbuat salah akan sentiasa mengeluarkan kenyataan bercanggah di antara satu dengan yang dibuatnya sebelum ini.

Menurut Guan Eng, beliau tidak tahu nilai pasaran semasa harga rumah yang dibelinya. Jawapan mudah untuk menangkis pertanyaan rakyat yang mahukan penjelasan skandal pembelian banglo tersebut.

Untuk makluman, apa-apa jenis pinjaman melalui bank yang dibuat memerlukan penilaian harta (valuation on the property). Pihak bank perlu mengesahkan nilai aset yang dicagarkan pembeli untuk pinjaman bertempoh ke atas peminjam. Maknanya pihak bank perlu memastikan jumlah pinjaman yang dibuat agar tidak melebihi nilai aset yang dibeli.


Dalam kenyataan Guan Eng melalui media, beliau mendakwa tidak tahu nilai pasaran banglo yang dibelinya. Peliknya bagaimana transaksi boleh dilakukan tanpa mengambil tahu nilai hartanah yang berjumlah berjuta-juta ringgit?

Seperkara yang lebih pelik, beliau juga merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal tanah dan pembangunan tanah di Pulau Pinang. Bagaimana beliau boleh tidak tahu? 




Lim Guan Eng tetap menafikan salahlaku dalam skandal pembelian banglo di negeri yang ditadbirnya. Sekali lagi beliau hendak menyalahkan pihak yang mendedahkan pembelian banglonya. 

Kelmarin beliau menjemput para media untuk datang ke rumah tersebut kononnya bagi membersihkan namanya, tiada apa yang hendak diselindungkannya. Maka berpusu-pusulah datang petugas media yang kebanyakannya daripada portal pro-pembangkang sendiri.

Lim Guan Eng dan petugas media semasa lawatan ke rumahnya di Jalan Pinhorn.

Sangkaan penyokongnya, ia menunjukkan ketelusan kepimpinannya (nothing to hide) sekaligus membandingkan perbezaan antara pembelian banglo Guan Eng dengan Khir Toyo yang kini dipernjarakan oleh skandal yang sama.

Para wartawan kemudian dibenarkan mengambil gambar di perkarangan rumah, ruang tamu dan ruang makan serta dapur banglo tersebut sekehendak hati mereka. Jadi apakah kesimpulan yang boleh dibuat dengan lawatan serta gambar-gambar dalam rumah Guan Eng pada hari tersebut?

Ia masih tidak menjelaskan bagaimana beliau boleh membeli rumah di Green Lane, George Town yang dijual pada nilai yang terlalu rendah. Alasan hanya kerana tidak mempunyai kolam renang untuk diskaun sehingga 60%, sememangnya tidak masuk akal..

Melihat persekitaran dalam rumah dan melihat nilai hartanah adalah dua perkara yang berbeza, hatta tanah kosong sekalipun jika berada di tempat strategik sudah pasti mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi.



Mungkin masih resah, Guan Eng mencabar orang yang bertanggungjawab mendedahkan skandal pembelian banglonya, Datuk Shahbudin Yahaya untuk datang bersemuka ke pejabatnya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR di Georgetown bagi mendapatkan fakta berhubung dakwaan tersebut. Hari Ahad pun pejabat ketua menteri mampu dibuka demi pertemuan itu.   

Sekali lagi para media dijemput, kali ini gimik dibuat dengan lebih rapi.. persis lokasi filem lengkap 'table tag' nama Datuk Shahbudin dengan lakonan sedang meminum kopi menunggu kehadiran beliau. Cukup sempurna sekali photoshot yang dibuat mereka.

Tujuannya cuma satu.. beliau tahu Datuk Shahbudin sudah pasti tidak akan hadir dan kesempatan ini digunakan untuk menunjukkan seolah-olah Datuk Shahbudin tidak berani berhadapan dengan isu yang didedahkan dan hanya berani 'membaling batu, sembunyi tangan'..

Di akhir hari tersebut, keluarlah kenyataan berikut,
'Shahbudin tidak seberani yang saya sangkakan – Guan Eng'
Satu lagi wayang yang dibuat dengan baik. Agaknya skandal salahlaku boleh diperdebat di pejabat sendiri dengan mempersoalkan fakta daripada orang yang mendedahkannya. Seolah-olah menafikan peranan SPRM.

Sememangnya penyokong-penyokong serta ahli DAP layak mendapat pengiktirafan daripada industri hiburan negara dengan lakonan yang jitu tetapi penuh dengan tipu daya dan putar belit.

Sama-samalah kita tunggu apakah penjelasan panik beliau lagi nanti.

Mari lihat info-grafik yang disertakan untuk pemahaman tentang skandal pembelian banglo yang sedang menjadi isu melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Samada benar atau tidak, kita akan ketahui sedikit masa lagi..








No comments:

Post a Comment